Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Tuesday, May 05, 2015

Hidup Yang Cantik

Assalam

Semoga minggu ini merupakan minggu yang baik buat kita semua, insyaa-Allah. Setiap masa dan saat, itulah pinta kita, kan? Mahu jadi orang yang baik-baik semoga kita diterima Allah swt sebagai insan yang ikhlas beriman pada Tuhan yang satu.

Pun begitu, ada ketika bila kita berlaku baik dengan orang lain, akan ada yang datang untuk ambil kesempatan. Manusia memang banyak yang begitu, sentiasa mencari peluang dan ruang. Memang ramai yang tak hirau untuk bersyukur tetapi berusaha untuk cuba mengaut apa-apa sahaja. Mahu cari untung saja maaa... tapi malas nak berusaha dengan semangat dan titik peluh sendiri. Nak cari jalan pintas untuk dapatkan kesenangan. Mungkin lupa kot yang Allah suka pada mereka yang sentiasa bersyukur dan berusaha gigih!

Untuk hidup yang bahagia, kita perlu rasa bersyukur, tak kiralah kalau yang kita ada tu hanya seciput sahaja. Mungkin jauh lagi baik daripada tak ada apa-apa. Tapi kalau kita asyik merungut dan rasa kita ada hak untuk jadi seperti orang lain yang lebih mewah daripada kita, mungkin juga satu hari nanti kita akan kecewa. Kalau kecewa, susah nak pulihkan hati kita. Ketika itu kita akan rasa bahawa hidup tak adil. Padahal, kita yang menzalimi diri kita sendiri kerana tak mampu menjadi manusia yang bersyukur.

Banyak manusia yang merancang macam-macam kejahatan dalam hati kerana berfikir yang orang lain tak akan tahu. Mereka lupa bahawa Allah sentiasa tahu apa yang bersarang dalam dada. Bila kita gagal untuk dapat apa yang kita rancang, kita mungkin marah pada Tuhan. Kita rasa kita dizalimi, padahal kita yang aturkan semua itu kerana kita tamak haloba! Bila kita jatuh, kita payah nak bangkit. Malah, kalau kita pernah jatuh berkali-kali bertambah payah nak bangun semula. Kita rasa orang lain jahat pada kita, sedangkan kita terlupa bahawa kita yang mengundang kejahatan itu! Nauzubillah min zalik.

Cukuplah wahai manusia... kalau dah tahu itu adalah satu kejahatan, janganlah tambah kejahatan yang lain lagi. Eloklah kalau kita duduk berdoa dan minta ampun pada Allah swt, agar kita ditunjuk kepada jalan yang lurus. Hidup ini cantik dan indah kalau kita sentiasa bersyukur. Hidup ini penuh dengan rahmat dan barakah Allah swt kalau itu yang kita mahukan. Subhanallah.

Wassalam.