Buatlah apa yang hati kita suka dan apa yang kita tahu Allah akan suka. Buat baik akan dibalas baik...
Nature
Cinta baru dalam hidupku
Followers
Wednesday, July 03, 2013
Sebuah Cerita Menarik Tentang S.A.
Sekadar hiasan - cilok dari yahoo
Assalamualaikum
Semua penulis cuba nak buat cerita yang best-best, tapi kadang-kadang kita rasa best, mungkin orang lain tidak begitu. Kadang-kadang memang ada pembaca yang suka cerita kita, maklumlah, biasanya juga kita suka apa-apa cerita yang ada kena-mengena dengan kita. Cerita macam itulah kita kata best. Tapi... lain orang lain pula cita rasanya. Sebagai penulis, saya dah biasa sangat mendengarnya.
Apa pun, saya nak bercerita sedikit tentang sesuatu yang berlaku pada saya baru-baru ini. Saya bertemu dengan seseorang yang belum pernah saya jumpa sebelum ini, namun saya pernah dengar tentangnya. Biar saya namakan dia sebagai S. A. Dia mempunyai sebuah latar belakang yang penuh dengan drama yang agak trajis. Sejak usianya 7 tahun, dia dan adik-beradiknya (7 beradik) telah berdepan dengan sebuah 'perceraian' antara ibu dan bapanya. Sejak itu, mereka terumbang-ambing. Ayah tidak benarkan mereka berjumpa dengan ibu lagi. Namun, ke mana sahaja mereka pergi, tiada yang suka kerana mereka 'ramai'... macam kereta api! Kata S.A. kepada saya, "Saya biasa buat kerja macam-macam sejak kecil lagi. Jual kuih rayalah, kerja kat kedai lah. Tidur pun merata-rata. Tidur kat bus stop pun pernah."
Bila saya dengar ceritanya, kecut terasa di ulu hati, membayangkan kanak-kanak yang terpaksa lalui sebuah kehidupan yang memeritkan.
"Bila besar sikit, saya selalu kena pukul dengan ayah sampai berlebam-lebam. Sebenarnya ayah nak lepaskan geram pada emak saya. Kebetulan, saya yang paling sayangkan emak. Jadi, sayalah yang jadi mangsa."
Suatu ketika, S.A. lari dan tinggalkan rumahnya kerana tak sanggup dihentam oleh ayahnya lagi. "Masa tu saya dah form four dan bersekolah asrama penuh. Saya terus tinggalkan rumah dan tak mahu pulang lagi."
Tapi, dengan kuasa Allah SWT, S.A., seorang anak yang pintar, telah berjaya dalam bidang akademik dan kerana kepintarannya, dia telah mendapat biasaiswa untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang profesional di luar negara.
"Saya hairanlah... macam mana awak boleh belajar dalam keadaan yang macam itu?" Itulah soalan saya padanya.
"Saya pun tak tahu... anugerah Tuhan pada saya. Walaupun macam-macam yang dah jadi pada saya dan adik beradik, kami tetap belajar dan berjaya dalam pelajaran."
Hari ini, S.A. merupakan seorang wanita muda yang berjaya dalam bidang kerjayanya. Tetapi masih ada cerita tentangnya lagi. Saya akan sambung lagi, in syaa Allah.
Wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)
