Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Friday, May 31, 2013

Bagaimana Harus Aku Lupakan Dia?



Assalam.

Soalan yang sering bermain di minda mereka yang putus cinta atau kecewa. Macam mana nak lupakan seseorang yang dah lama berkawan atau bercinta dengannya?

Kalau tanya saya, saya pun kurang pandai bab-bab macam ni, sebab tak ada pengalaman. Tapi... kenal juga mereka yang pernah mengalami keadaan seperti ini. Memang susah. Susah nak lupakan orang yang pernah berada di hati kita buat masa yang lama. Malah, kalau sekejap pun kadang-kadang mampu mengacau jiwa raga. Maklumlah, kita bercakap tentang perasaan manusia. Kebanyakan kita memang sensitif. Payah nak kawal emosi.

Pun begitu, bagi mereka yang putus dengan cara yang perit dan sakit, mungkin banyak rasa sakit hati kot. Tambah pula kalau ada yang berpisah kerana satu 'penipuan', tak jujur atau tak bertanggungjawab, lagilah perit yang dirasakan. Mungkin rasa sayang dah hilang, tapi rasa meradang payah nak pergi. Setiap kali teringat, setiap kali itulah sakit hati!

Bukan semua perpisahan membawa kepada kenangan manis, banyak yang meninggalkan kesan yang buruk. Ada yang berdendam buat jangka masa yang panjang, hinggakan payah nak cari pengganti.

Apa pun, kalau kita ingat bahawa semua yang berlaku itu merupakan putaran alam dan qada' dan qadar, kita akan menjadi yakin. Setiap musibah pasti ada hikmah. Kita tunggu sahaja masanya dan setiap kesabaran itu ada ganjarannya. Kita perlu yakin, in syaa Allah, kita akan mampu untuk lupakan semua yang tidak enak. Kita akan terus ke depan mengambil langkah-langkah yang tepat. Semua yang terjadi adalah sejarah semata-mata yang tentunya menjadi kenangan kalau tidak pengajaran. Wallahuaklam.

Wassalam.