Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Wednesday, May 27, 2015

Pandai VS Gedik!

Assalam

Salam hari Rabu buat semua.

Saya memang jarang sekali membaca semula novel-novel saya kecuali bila perlu. Kadang-kadang saya lupa 'detail' jalan ceritanya. Kadang-kadang bila perlukan apa-apa info, saya cari kat Internet dan membaca apa-apa yang ada di Internet tentang novel saya.

Okeylah, kerana keperluan tertentu, saya search tentang novel saya 'Terbanglah Sayang'. Saya sempat membaca pelbagai pendapat dan perasaan pembaca saya di blog, facebook dan sebagainya. Namun saya tersenyum-senyum membaca komen seseorang yang saya memang kenal 'group' mereka ini. Katanya tentang watak utama Fiya dan Inaz. Kedua-dua mereka (Fiya dan Inaz) adalah Best Friends Forever (BFF) - Fiya jenis lasak, bijak pandai dan suka pada alam semula jadi, tetapi Inaz pula, dia suka bising-bising dan agak tergedik-gedik! Huhu... kelakar pulak saya membaca deskripsi seperti itu. Kebetulan, kedua-dua Fiya dan Inaz rebutkan trofi yang sama iaitu Mejar Arash, pilot jet pejuang Sukhoi. Memang macho beb!

Nampak sangat yang Inaz tersua-sua dan put all effort untuk dapatkan Arash. Tetapi Fiya yang sepatutnya dah bertunang dengan Faris, juga minat pada Arash dalam diam. Tentunya Arash juga mempunyai perasaan dan bila Faris tarik diri pada saat akhir untuk berkahwin dengan Fiya, Arash masuk untuk jadi pengganti 'last minute'!

Memang jalan cerita 'Terbanglah Sayang' merupakan sesuatu yang agak kompleks, kerana ada unsur-unsur konspirasi, spekulasi dan tarik-tarik tali. Malah banyak juga rasa sakit hati dan dengki, sesuatu yang sangat common antara rakan BFF. Tetapi saya sangat suka dengan sesuatu yang ditulis oleh si tukang komen tentang karakter Fiya. Katanya, "There is a little devil in every soul" and this soul is a very smart soul!

Hahahaha... memang smart lah si tukang komen tu kerana dia melihat cara Fiya mengatur strategi untuk pastikan dia mendapat kemenangan! Begitulah orang yang bijak. Yang pasti kalau kita hanya pandai 'gedik' sahaja, akhirnya nanti kitalah yang akan kerugian.

Moral of the story - usahalah agar kita menjadi orang yang bijak, bukan sekadar pandai tergedik-gedik, kerana sebagai manusia, kebijaksanaan itu tak pernah membosankan. Sebagai manusia juga, ada unsur 'negatif' dalam setiap kita ini, dan kadang-kadang yang 'negatif' itu dapat membantu kehidupan kita jua asal jangan 'negatif' yang melampau. Sekadar 'a little devil' sahaja... apa salahnya?

Wassalam.

                                                        Saya suka tempat macam ni