Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Tuesday, April 16, 2013

Jom Kita Datang Nilai!


          Kafe Thoyyib di Nilai

  Masak lomak cili api ikan - memang sodap!





Assalam

Semoga hari ini dan hari-hari yang akan datang merupakan masa yang berharga buat kita semua. Okey, bangun pagi ini saya melihat kekecohan yang berlaku di kota Boston, USA malam tadi (di negara kitalah)... sekejap lagi saya akan mengintai di stesen TV Al Jazeera untuk melihat insiden itu.

Sementara itu, saya nak buat promosi untuk anda yang tak berapa kenal dengan kawasan Nilai, terutamanya Negeri Sembilan. Semenjak saya berpindah ke sini, hampir enam tahun (eh dah enam tahun kot), semangat saya dah bercampur aduk dengan semangat Negeri Sembilan ni. Sebenarnya saya memang senang dan seronok tinggal di sini. Mula-mula tu agak janggal lah jugak, maklumlah kita makan benda lain, orang kat sini pulak makan 'podeih-podeih' macam nak terbakar mulut. Tapi sekarang ni, den dah biasa dah. Cuma cakap macam orang Negeri tu, belum boleh lagi. Fahamlah jugak.

Okey, promosi pertama, selain dari makan di Aunty Aini's yang pernah saya rekomen di dalam novel saya 'Pukul 3.00 Pagi', ada lagi satu tempat yang menarik sangat-sangat kalau anda nak makan masakan orang Negeri Sembilan. Tempatnya tidaklah glamor, sekadar gerai biasa sahaja, tapi... pelanggannya ramai giler! Tempatnya terletak di persimpangan menuju ke Kampung Batang Benar, tak berapa jauh dari stesen kereta api Batang Benar. Kalau nampak trafic light... di situlah dia, tak jauh dari tempat belajar memandu. Tak jauh jugak kalau hendak masuk ke highway LEKAS.

Di tempat ini, anda boleh makan pelbagai masakan lemak cili api yang dimasak fresh. Ada macam -macam ikan, termasuk masakan ikan bakar. Gulai asam pedasnya, ya Allah, beb, memang kaw habis! Ada ayam goreng dara, ada jugak masakan gulai kawah Kelantan. Kalau minum air kelapa pandan sekali, memang rasa tak nak balik rumah dah! (saja buat lawak). Tapi memang sodaplah! TERBAEK!. Di situ juga ada jual pelbagai pemanis mulut. Segala macam ada. Yang penting, harganya sangat berpatutan. Saya kata murahlah...

Lagi satu tempat terbaik kalau nak minum kopi kaw, ialah di kafe THOYYIB, yang terletak di Bandar Baru Nilai, tak jauh dari Bank Islam dan juga Hotel Alson Klana. Kopi kat kafe itu, memang sedap giler!

Okeylah... setakat ini dulu. Saya tak dapat komisyen apa pun untuk buat promosi ni, saja nak tolong orang meniagalah. Apa salah, kan? Saya suka tengok orang meniaga dan menjadi. Jom kita, datang Nilai!

Wassalam.