Assalam
Semalam, memang tak sempat saya cerita semuanya tentang lawatan kami ke Gunung Jerai. Sebetulnya destinasi kami bukanlah Gunung Jerai, tetapi suatu tempat di tepi laut di kawasan Yan, Kedah. Cumanya saya yang mahu duduk di Gunung Jerai. Apa-apa pun, saya akan letakkan gambar-gambar di tempat yang saya maksudkan itu. Selain itu, saya juga akan letakkan gambar-gambar menarik tentang makanan yang kami makan di kawasan itu. Kami juga sempat ke Kuala Kedah untuk 'pekena' laksa. Memang best lah. Seperti yang saya katakan, saya memang dah biasa di tempat-tempat ini, kerana kaum kerabat saya banyak yang tinggal di kawasan ini. Arwah tok saudara saya pernah tinggal di kaki Gunung Jerai dan kami pernah ke rumahnya. Malah, ibu saya juga ada menanam durian Gunung Jerai di kawasan tanah kami di Kuala Kangsar. Memang banyak nostalgia nya.
Esok, insyaaAllah saya akan letakkan cerpen lagi untuk anda semua.
Semoga Allah swt selamatkan kita dunia akhirat, ameen.
Gambar-gambar di atas ini adalah di 'Zamani's Place' di Yan
Gambar-gambar di Restoran Pondok Kitchen di kaki Gunung Jerai
Gambar-gambar di Regency Resort Gunung Jerai
Di Kuala Kedah. Atas tulah laksa Kuala Kecai
Gambar-gambar di Restoran Pondok Kitchen ketika kami lunch - makan masakan kampung
Buatlah apa yang hati kita suka dan apa yang kita tahu Allah akan suka. Buat baik akan dibalas baik...
Nature
Cinta baru dalam hidupku
Followers
Tuesday, January 28, 2014
Monday, January 27, 2014
Gunung Jerai
Assalam.
Dah banyak hari saya tak update blog ini. Sebenarnya saya tak ada di rumah. Memang malas nak update bila berada di luar walaupun ada komputer dan gadget2 yang patut yang dibawa sama, tapi bila berjalan tu, saya rasa malas nak buat benda lain. Suami saya ada tugasan di daerah Kedah dan saya diajak sekali. Mula-mula tu rasa macam malas nak ikut, tapi bila dah beria-ia ajak tu, saya pun ikutlah. Saya ajak Nabil dan kawannya sekali. Bukan apa, buat temankan saya masa suami sibuk ada urusan.
Kebetulan kerjanya itu di daerah Yan, Kedah, jadi saya pilih untuk tinggal di Regency Gunung Jerai Resort. Dah lama saya tak ke Gunung Jerai, jadi agak terkejut juga melihat perubahan di tempat itu. Kebetulan juga, cuaca sangat dingin. Malam-malam darjah turun hingga ke 15, sejuk, beb. Sebenarnya saya dah banyak kali di daerah itu sebab memang ada kaum kerabat yang tinggal di sana, tapi kali ini, saya tak melawat pun. Dah tak ingat alamat mereka. Apa-apa pun, saya, suami, Nabil dan Fitri... kami enjoy sangat-sangat. Semuanya best, termasuklah makanan, di resort dan di kawasan sekitar kaki gunung. Saya lampirkan gambar-gambar yang sempat kami ambil, termasuk ketika kami buat trekking dalam hutan untuk menuju ke Alor Naga (water fall). Dua kali saya jungle walk. Mungkin kalau anda tak tahu hendak ke mana bila cuti nanti, jom ke Gunung Jerai!
Wassalam.
Swimming pool di resort Recency - sesuai untuk kanak-kanak aktif
Lanskap di kawasan resort
Bunga Siti Zubaidah
Orkid hutan- sangat unik
Cantik kan? Warna-warni
Bahagian restoran di resort
Orkid yang menarik
Macam bunga plastik tapi sebenarnya bunga betul
White and blue....
The royal villa
Lanskap di kawasan resort
Semasa jungle trekking
Macam bukan di Malaysia... hehe
Good exercise - apa yang ku suka
Alor Naga - airnya sejuk giler
Gua - dulu-dulu tempat orang betapa
Sangat cantik
Resort di malam hari
Dari balkoni restoran di resort
Cik abang dalam hutan
Siap-siap nak balik
Ready to go!

Tuesday, January 21, 2014
Siri Cerpen 'Aku dan Aku Aku'
Assalam
Semalam, puas saya godek-godek blog ini. Ada yang nak menolong, tapi tak jadi jugak. Huhu... tak apalah. Tak kisahlah, saya buat apa sahaja yang termampu, insyaaAllah masih okey. Janji anda semua boleh baca. Okeylah, sekejap lagi saya akan upload cerpen pertama saya. Mungkin saya bahagikan kepada dua atau tiga bahagian setiap cerpen. Semoga anda semua enjoy membacanya. Tapi ingat ya... ini adalah COPYRIGHT saya, jadi janganlah cilok pula dan tampal di mana-mana. Tak boleh tu. Itu adalah satu perbuatan plagarism.
Untuk makluman anda semua, siri cerpen ini saya namakan 'Aku dan Aku Aku'. Setiap episod, ada namanya yang berlainan.

Monday, January 20, 2014
Tolong Saya
Assalam
Saya janji nak buat cerita-cerita pendek kat blog ni, tapi saya masih belum mula lagi. Maaflah ya... kebetulan saya sangat sibuk buat masa ini, semuanya hal-hal personal. Hujung minggu pun sibuk, ada wedding, ada kunjungan kaum kerabat, jadi tak dapat nak update blog ini. Insyaa-Allah akan saya usahakan dalam masa yang terdekat ni. Okeylah... pada blogger yang boleh tolong saya, ada benda yang saya nak tanya tentang pengisian entri, agar setiap entri saya tidak kelihatan terlalu panjang. Kalau ada yang pandai, tolong hubungi saya boleh?
Semoga anda semua dilindungi Allah SWT. Ameen.
Wassalam

Thursday, January 16, 2014
Bandung Kota Dingin
Assalam
Sambung dari entri semalam. Hari ini saya akan kisahkan perjalanan kami dari Jakarta ke Bandung dan aktiviti kami ketika berada di Bandung. Kalau anda yang tidak familiar dengan kota Bandung, ia adalah sebuah kota yang agak dingin kalau dibandingkan dengan kota-kota lain di Indonesia, mempunyai sekitar lima juta penduduk dan kebanyakan bangunannya mempunyai reka bentuk zaman Belanda. Perjalanan highway dari Jakarta ke Bandung sangat enak. Lanskapnya menarik, siap ada sawah padi, tanaman yang lain dan juga perkampungan. Tak ada tanah yang terbiar. Sebaik sahaja tiba di Bandung, cuacanya mendung dan suhunya sudah jadi rendah dan sangat nyaman. Kami ke rumah sepupu saya Ahmad Basweedan. Ibu Ahmad dan ayah saya adalah adik beradik dan kedua-duanya sudah tidak ada lagi.
Di rumah Ahmadlah saya bertemu semula dengan ami saya Ami Mustafa atau Ami Mus, yang kini usianya sudah 91 tahun. Dulu Ami Mus memang tinggal di Amerika Syarikat dan sejak dua tahun yang lalu, Ami Mus dibawa pulang oleh anak-anak saudaranya ke Indonesia, tempat lahirnya Ami Mus. Memang seronok dapat jumpa Ami Mus lagi dan kedatangan kami memang dinanti-nantikannya. Selain Ami Mus, rumah Ahmad juga dihadiri oleh ayah mertuanya, seorang profesor linguistik, yang kini sedang dirawat daripada penyakit strok. Betapa mulianya hati Ahmad dan isterinya Sofi, yang begitu prihatin terhadap mereka yang sudah tua dan uzur. Semoga Allah cucuri rahmat dan murahkan rezekinya.
Makan tengah hari disediakan di rumah Ahmad. Seketika kemudian, sepupu saya Lula dan suaminya Raof (mereka tinggal di Bandung) datang ke rumah Ahmad untuk berjumpa dengan kami. Kebetulan, Inez dan suaminya telah dibawa Misyal (suami Mira yang merupakan anak Inez) untuk turut berada di Bandung. Mereka juga datang dari Jakarta. Selepas itu, kami beramai-ramai ke rumah Yasmin untuk melawatnya. Yasmin ialah adik kepada Lula dan kedua-dua Lula dan Yasmin adalah anak-anak tante saya, Tante Amnah, juga sudah tiada lagi.
Dari rumah Yasmin, kami telah ke Rumah Mode, iaitu outlet untuk shopping. Tempat ini merupakan tempat popular bagi pelancong Malaysia yang datang ke Bandung. Merata-rata di tempat itu kami bertembung dengan orang Malaysia. Ahmad dan Sofi menemani kami ke Rumah Mode. Selepas itu, kami dibawa pula ke Restoran Meditarrenean, restoran autentik Mediterranean kepunyaan menantu Ahmad yang bernama Arif. Beliau adalah seorang arkitek dan saya sangat tertarik dengan reka bentuk dan deko restoran comel itu. Anak Ahmad (yang berkahwin dengan Arif) bernama Fairus dan beliau adalah seorang doktor. Kedua-dua anak menantu Ahmad sangat budiman dan rendah diri. Ibu Arif (yang saya tak kenal) siap memberi hadiah kepada saya, membuatkan saya rasa terharu sangat-sangat. Semoga silaturahim ini berkekalan hingga ke jannah.
Malam itu, kami dibawa ke villa Suzy yang terletak di puncak kawasan Bandung. Kami telah dilayan oleh pembantu-pembantunya seramai tiga orang. Kami tidur di villa Suzy, sebuah rumah besar yang mempunyai lima kamar tidur. Alhamdulillah, segala-galanya nyaman. Cuaca sangat dingin membuatkan kami berasa seperti berada di Eropah.
Esok paginya, setelah bersarapan di villa Suzy, kami ke rumah Ahmad sekali lagi untuk berjumpa dengan Ami Mus dan ahli keluarga yang lain. Selepas itu kami ke Rumah Mode buat seketika dan makan tengah hari masakan Sunda sebelum pulang ke Jakarta. Bagi saya, kalau ke Bandung memang tak sah kalau tak makan Sunda. Kami sekeluarga memang suka makan masakan Sunda terutama ikan terbang.
Alhamdulillah bagi kami semuanya lancar, walaupun hujan sepanjang lawatan kami di Bandung, tetapi cuaca sangat enak. Makan pun enak-enak. Tetapi yang paling penting, kami dapat berjumpa dengan semua ahli-ahli keluarga, termasuk Irsyad, anak Ahmad yang sangat baik budi. Irsyad sangat friendly, walaupun masih muda, dia mempunyai karakter yang sangat menyenangkan dan sangat rendah diri. Semoga mereka menjadi contoh untuk kami di Malaysia, insyaaAllah.
Wassalam.
Lepak di rumah Ahmad bersama Ami Mus (atas wheel chair)
Di hujung itu adalah ayah mertua Ahmad. Baju kuning ialah Misyal
Bersama Sofi (berkerudung) dan Inez. Cucu Sofi bernama Ibrahim
Bersama famili di rumah Ahmad, yang berbaju hitam.
Rumah Ahmad
Bersama sepupu saya Lula
Bersama ahli keluarga di rumah Yasmin. Baju hitam itulah Yasmin
Di Rumah Mode
Basuh tangan di restoran kepunyaan Arif
Cantik, kan dekonya?
Nasi Arab bersama kambing. Tengoklah tekonya, sangat unik.
Lula dan Raof sedang menikmati makan malam
Buku Menu Restoran Gaza
Bersama ahli keluarga di Restoran Gaza kepunyaan Arif. Lelaki berbaju hitam ialah Irsyad, anak bujang Ahmad. Yang berdiri antara Sofi dan Ahmad ialah Arif.
Di balkoni Villa Suzy di atas puncak
Dari Villa Suzy
Di Villa Suzy
Di Villa Suzy
Di rumah Ahmad bersama Ami Mus dan Profesor
Di Restoran Sunda
Di Restoran Sunda
Ikan Terbang, di Restoran Sunda

Subscribe to:
Posts (Atom)