Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Friday, May 10, 2013

Orang Pakai Bazuka, Kita Pakai Parang Panjang

                         Inilah bazuka

Assalam semua

Hari ini, saya akan sibuk sedikit, kerana kawan lama a.k.a. kawan baik saya akan datang ke rumah dan saya janji untuk melepak-lepak dengannya di kawasan Nilai ni. Hujung minggu (esok malam), saya akan kesibukan untuk hadir sama majlis perkahwinan anak saudara saya yang kebetulan juga lahir pada hari yang sama dengan anak perempuan saya. Anak saya dan anak saudara itu macam kembar, tapi lain emak dan ayahnya. Dah kahwin pun dia... alhamdulillah.

Esok, sepupu saya akan tiba dari Bandung untuk hadir sama majlis perkahwinan ini. Harap-harap best sebab kami akan bertemu dengan saudara mara yang ada yang datang dari jauh, in syaa Allah. Saya harap tak ada siapa-siapa yang nak bercakap tentang politik dalam majlis seperti ini, in syaa Allah.

Betul tak saya cakap, kadang-kadang kita rasa bosan dan jemu melihat pelbagai 'perkelahian' di antara penyokong-penyokong parti dalam Facebook? Yang menghairankan, ada yang buat bising tu sebenarnya tak pergi pangkah pun! Saya tak kisahlah anda nak sokong siapa, tapi biarlah kita sama-sama ingat, adalah jauh lagi baik kalau kita tidak main 'share' segala apa tuduhan, unsur-unsur fitnah, segala macam tekaan dan jangkaan, segala macam kisah benar dan tak benar, yang kita sendiri tidak tahu pun sahih atau pun tidak. Ini adalah kerana, sebagai insan Tuhan, kita akan sama-sama tanggung dosa kalau apa yang kita tolong edarkan sama, beria-ia membacanya, tolong tambah-tambah tuduh lagi, sebenarnya tidak benar. Tak payahlah kita sibuk kutip dosa hanya kerana kita seronok nak buat macam orang lain juga.

Insan yang bertakwa tak perlu jadi mana-mana penyokong parti politik. Sekadar menjalankan tanggungjawab sudah cukup. Apa sekali yang kita mahu lakukan, kita wajib ingat pada Allah SWT kerana Tuhan tidah merahmati kita kerana kita berada di 'parti' tertentu. Kadang-kadang, kerana kita terlalu leka dan ralit, kita terlupa yang kita sedang lakukan kesalahan kerana sama naik dengan orang lain yang suka berkelahi di Facebook. Ada kenalan yang 'unfriend' kenalan lain dalam Facebook kerana berperang parti. Ada yang hilang kawan kerana bergaduh tentang parti. Ada yang menjauhkan diri daripada kawan kerana kini dah jadi lawan. Astaghfirullah...

Tak ada untung apa-apa pun kalau kita sekadar meluahkan emosi tak tentu pasal. Kalau nak berperang, pergilah masuk ke dalam forom-forum politik yang disediakan, tetapi pastikan kita cukup bijak untuk 'berkelahi', jangan pula kita akan kelihatan seperti 'orang bodoh' yang akan ditembak hidup-hidup!

Dalam peperangan, kadang-kadang kita tak perlu biarkan diri mati membabi buta. Semuanya kena ada strategi. Kalau musuh pakai bazuka, takkanlah kita nak datang dengan parang panjang? Itulah yang dinamakan strategi. Kalau kita perlu berundur dulu, biar kita berundur sekadar untuk menyiapkan diri dan datang lagi dengan serangan yang seimbang dengan musuh kita itu. Harap-harap anda faham apa yang saya maksudkan.

Wassalam.