Ada orang bercerita pada saya. Katanya kalau nak bagi suami sayang, kenalah rajin masak yang sedap-sedap. Katanya lagi, perut yang kenyang tak mungkin akan cari perempuan lain. Ada teori lain pula yang saya terdengar mengatakan bahawa 'jaga tempat tidur'. Suami yang happy di atas ranjang tak akan cari lain. Betul ke ni? Memang soalan seperti ini payah nak cari jawapannya. Saya bertanya pula pada seorang teman baik (Lelaki), betul ke teori yang macam tu? Katanya pula, tak semestinya teori itu tepat. Malah katanya, lelaki juga ada perasaan.
Lelaki mahu dimanja-manjakan (Tak perlu masak pun tak apa sebab boleh makan di luar), lelaki mahu diberi perhatian, lelaki mahu matanya sentiasa sedap memandang. Itu bermakna isteri perlu bersiap selalu. Jangan asyik comot je sebab sibuk mengemas dan memasak, tapi tak perlulah terlebih siap sampaikan muka dah jadi macam 'Opera China'. Katanya lagi, rumah hendaklah kemas, tapi tak payahlah sampaikan nak duduk pun tak boleh sebab takut berselerak! Hahaha! kelakar sungguh (terasa pulak kat diri ni). Biasanya katanya lagi, suami yang baik akan selalu tolong isterinya mengemas (kalau tak ada pembantulah).
Ada lelaki suka memasak (tapi tak suka mengemas selepas siapa masak), ada pula tu suka tolong mengemas (siap cucikan bilik air). Apa pun, katanya lagi, suami suka pada isteri yang 'wangi-wangi'. Tak suka duduk sebelah isteri yang tak enak baunya.
Suami juga suka isteri yang romantik. Sesekali mungkin hantar mesej yang romantik, tapi janganlah asyik hantar mesej hinggakan mengganggu dia nak buat kerja. Mesej romantik ni bergantunglah... tapi janganlah bunyi macam mengarut pulak!
Banyak suami yang suka berjalan dengan isteri pegang-pegang tangan. Tapi banyak juga isteri yang tak suka, sebab katanya malu! Huhuhu (ni yang sedih ni). Kata kawan baik saya tu,banyak perkara-perkara kecil yang orang perempuan rasa macam remeh-temeh je, tapi sebenarnya penting untuk lelaki. Katanya, orang lelaki pun macam orang perempuan juga... ADA PERASAAN.