Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Thursday, September 11, 2014

Bukan Hanya Digital, Tetapi Interaktif Lagi!

Assalam

Sejak kebelakangan ini, saya dengar banyak resah gelisah yang menjadi rungutan mereka yang terlibat dalam dunia penerbitan buku. Katanya sejak akhir-akhir ini, banyak pihak yang terjejas kerana prestasi penjualan buku menunjukkan performance yang tidak bagus. Rata-rata, ramai yang terasa akan kelembapan 'sales' di kedai-kedai buku. Malah, sales buku di mana-mana pun dikatakan terjejas. Ini adalah tentang buku-buku fizikal, buku yang berbentuk 'hard copy', bukan buku-buku digital.

Kalau dengar cerita mereka yang terlibat dengan penjualan buku-buku digital pula, dikatakan bahawa prestasinya kini mula berkembang dengan baik. Mungkin benar kot, kerana buku-buku digital dijual dengan harga yang jauh lagi rendah daripada buku fizikal. Memang tak bijaklah kalau kita nak habiskan wang yang banyak untuk dapatkan hasil yang berkurangan dan memang pintar kalau kita gunakan wang kita dengan hasil yang jauh lagi lumayan!

Beginilah dunia, kita akan merasakan turun naiknya. Jangan ingat bila kita berada di atas, kita tak akan turun-turun kerana putaran dunia memang membolehkan kita untuk berada di bawah!

"Eh betul ke sekarang ni penjualan buku terjejas?" kata seorang teman.

Betul atau tak betul, terpulang sama ada kita nak percaya atau tidak. Tetapi begitulah khabar yang kami dengar daripada 'taukey' pencetak yang besar. Katanya sekarang ini, order untuk cetak buku sangat berkurangan. Mungkin orang tak kisah nak cetak buku dah, tapi buat e-book atau digital book, sebab itu kot, tak perlu cetak lagi. Buat apa buang kertas dan ink, kan?

Bagi kami pula, tak payahlah susah hati sangat. Sudah lama kami mendugakan ini dan tidaklah kami terkejut bila dengar berita seperti ini. In syaa-Allah kami sudah lama bersedia. Lagipun hari ini, dunia semakin menjadi lebih 'digital' tak mungkin kita mahu ketinggalan kot. Selagi tidak bertentangan dengan agama, kita perlu berubah kepada sesuatu yang lebih 'meyakinkan'. Sekarang ini, bukan sekadar buat buku dalam bentuk 'e-book' tetapi kita sudah beralih kepada 'interactive digital books'. Kalau kita tak tahu, hah apa lagi, kenalah pergi ambil tahu! Jangan biarkan diri ketinggalan zaman.

Bukan itu sahaja, kami juga sudah memasuki dunia yang berbeza, tidak tertumpu pada dunia buku sahaja. Yang penting, kita nak sebarkan ilmu. Memang wajib bagi umat manusia untuk 'berdakwah' dan menyebarkan ilmu kepada orang lain. In syaa-Allah, itulah yang sedang kami lakukan.

Doakan yang baik-baik, semoga Allah berikan yang baik juga.

Wassalam.