Buatlah apa yang hati kita suka dan apa yang kita tahu Allah akan suka. Buat baik akan dibalas baik...
Nature
Cinta baru dalam hidupku
Followers
Thursday, June 06, 2013
Bila Penulis Kena Berjaga-Jaga
Assalam.
Semalam, saya memang kesibukan. Lepas satu mesyuarat (presentation lah) dengan sebuah stesen TV, saya ke KL (ada urusan peribadi) dan lepas itu, saya berjumpa dengan kawan Arab saya. Kebetulan, ada saudara mara mereka yang baru tiba dari Saudi Arabia, jadi kami pun makan sama-sama.
Sekali-sekala berbual dengan orang Arab ni, memang seronoklah, sebab dapat macam-macam cerita yang menarik. Orang Arab yang saya jumpa ni dia sangat sempoi, tapi... ya Allah, memang bukan sengkek lah. Mana tak saya kata macam tu, dia boleh book Ascott hotel sebuah apartment yang mahal untuk tempoh 3 bulan. Mak oi, memang tak berdayalah teman. Tapi, yang peliknya, dia tak kisah pun lepak2 dengan kita orang yang tak kaya ni... hehe. Siap semalam, dia cakap kat kami, "Please come to Dubai or Saudi... I will arrange everything for you..." Alahai... mujurlah kami ni bukan kaki 'pancung'. Saya memang suka berkawan dengan orang-orang macam ni, tapi saya tak suka ambil kesempatan. Kita tumpang seronok tengok orang kaya-kaya ni. Bagi saya, apa yang penting ialah budi bahasa mereka. Malam ni, kami akan lepak lagi di KL. Semalam, kami lepak kat South City, makan-makan di restoran Arab.
Okeylah... sambil bercerita pasal orang kaya-kaya ni (sekarang ni dah ramai benar yang saya kenal yang kaya-kaya... hehe), biarlah kita berpijak di bumi nyata semula. Ini kita nak bercakap tentang hal kerja kita pula. Kebetulan semalam, ada seorang pembaca saya bercerita tentang sesuatu yang menjadi 'concern' saya juga. Katanya (saya ambil dari emel original),
"Kak Aina nak tau, baru ni anak saya ada beli novel baru so fizah pun tumpang baca. Habis baca fizah duk terfikir, marah pun ada. Fizah bincang dgn suami. Novel tu memang menarik tapi mgkn penulis tu tak buat research. Dlm cerita tu watak remaja perempuan tu hidup dalam tekanan lalu mengambil dadah. Tapi penyampaian cerita penulis tu macam bila ambik dadah tu lepas tu senang senang boleh berhenti. Lepas tu boleh berjaya. Penulis tu tak tekankan macam mana susahnya nak berhenti bila dah ketagih. Pada fizah perkara dadah ni tak boleh main main cerita. Lepas berbincang dengan suami fizah pun duduk dengan anak. Fizah bagitau dia sekali dah terjebak susah nak berhenti. Fizah tak nak dia salah anggap, bila tertekan boleh ambik lepas tu senang senang boleh lepas. Kak Aina Fizah dah tengok sengsaranya bila orang yg ambik dadah ni. Fizah jadi takut sebenarnya. Peranan penulis ni besar kan Kak Aina........."
Kepada anda yang di luar sana yang mungkin merupakan penulis, pastikan kita berjaga-jaga. Walaupun mungkin kita buat sekadar untuk bercerita, kita perlu berhati-hati kerana ramai remaja yang tak tahu apa-apa membaca penulisan kita dan jangan biarkan mereka terperangkap dengan apa yang kita andaikan. Ini merupakan satu nasihat dari hati yang ikhlas, agar kita sama-sama bertanggungjawab untuk pastikan remaja kita tidak terikut-ikut dengan sesuatu yang sangat 'negatif'. Wallahuaklam.
Wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)

