Buatlah apa yang hati kita suka dan apa yang kita tahu Allah akan suka. Buat baik akan dibalas baik...
Nature
Cinta baru dalam hidupku
Followers
Tuesday, March 20, 2012
Ada Yang Sayang, Ada Juga Yang Benci
Salam
Iyalah, drama KLB dah habis dah malam tadi untuk kali ketiga ulang tayangnya. Saya tak tengok pun. Kebetulan malam tadi juga saya dikhabarkan bahawa pengarah drama KLB (Apache) telah mengarah drama di Astro berjudul Cinta Si Tukang Kasut (tak sure title dia) tapi Ayu Raudhah berlakon dengan Remy Ishak. Ada lagu background drama KLB yang dimainkan untuk drama di Astro ni. Maklumlah, pengarahnya yang sama, kan. Apa-apa pun, bagi penggemar drama KLB dan followers nya, saya pasti RTM2 akan ulang tayangkan lagi... tapi tunggulah lagi 6 bulan kot. Huhu... saya tak tengok sekali pun kali ini, tapi saya tahu sebab lepas aje drama tu, ramai yang masuk kat blog saya ni. Bila pagi macam ni, saya nampak hits nya yang naik mendadak.
Okeylah, pagi ni saya nak berbual tentang hal lain pula. Ada orang yang bangkitkan pada saya. Dia berkata pada saya, "Kak Aina, kenapa dalam hidup kita ni, ada sahaja orang yang benci pada kita. Pada hal kita dah cuba sebaik mungkin supaya tak bermusuh dengan orang."
Aduhai sayang oi, bukan senang untuk elak dari semua ni. Alangkan Nabi junjungan kita, Muhammad S.A.W., sebaik-baiknya insan yang dijadikan Tuhan, masih ada musuhnya, masih ada yang membencinya, apatah kita manusia biasa yang serba kekurangan ini. Buatlah macam mana pun, akan ada yang membenci kita, akan ada yang sakit hati dengan kita, akan ada yang memusuhi kita. Saya pasti tak ada manusia di dunia ini yang tak ada orang membencinya, kecuali mungkin dia tidak punyai apa-apa untuk menjadi orang lain benci padanya. Wallahua'lam.
Iya sungguh, bila ada orang sayang pada kita, akan ada juga mereka yang benci pada kita.
Memang payah untuk saya jelaskan mengapa manusia ini suka membenci. Mungkin perasaan 'sakit' itu selalu berada di sanubari, bukan sakit apa-apa tetapi sakit hati. Mungkin juga tahap kesabaran manusia ini terlalu tipis, kecuali bagi orang yang betul-betul kuat dan beriman. Bukanlah bermakna kita tidak beriman bila suka membenci orang, tetapi tahap itu tidak setinggi mana. Huhu.
Sebab itulah, rata-rata bila kita mempunyai kawan, kita juga mempunyai lawan. Ramai yang memusuhi dan membenci. Tetapi, paling takut kalau kita mempunyai teman yang rupa-rupanya bukan kawan tetapi lawan. Memang membimbangkan kalau ada orang berpura-pura untuk berkawan dengan kita tetapi sebenarnya dia juga membenci kita. Orang kata, dia bak 'musuh dalam selimut'. Yang ini memang membebankan. Kadang-kadang, bukan hanya teman tetapi saudara-mara kita sendiri. Memang ada manusia di dunia ini jenis suka mengambil kesempatan. Bila kita ada, dia datang. Bila kita kurang ada atau tak ada apa-apa, dia pun benci sangat-sangat pada kita. Paling takut, bila dia jadi musuh kita bila sedar yang kita lebih daripada dia.
Memang ramai yang berkawan tidak ikhlas. Kalau ikhlas, 'sakit hati' tak ada pada teman kita sendiri. Yang ada hanyalah simpati. Kerana kita menyayangi teman, kita tak akan terasa benci. Biar dia lebih atau kurang daripada kita, dia tetap kawan kita. Tak payahlah kita benci.
Saya sekadar bercerita sahaja tentang apa yang ada di hati teman-teman yang merungut ni. Apa pun, biarlah kita belajar untuk bersabar menerima segala macam orang di sekeliling kita. Biar orang benci dan tabur fitnah, kerana kalau kata-katanya tak benar, maka dialah yang akan terima padahnya nanti. Wallahua'lam.
Saya berterima kasih kepada mereka yang hantar SMS dan juga emel. Bertanya khabar, menjemput saya ke tempat mereka, bertanyakan tentang novel baru saya. Semoga anda semua (termasuklah semua pembaca blog saya ini) selamat dunia dan akhirat, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur. Ameen.
Wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)