Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Tuesday, August 04, 2015

Apa Makna Hidup Ini?

Assalam dan selamat pagi.

Cuaca pagi ini sangatlah best, angin sepoi-sepoi bahasa dan suhu pun tak tinggi. Malam tadi kat Lenggeng hujan lebat hinggakan ada 'soil erosion'. Kalutlah cik abang saya bergegas ke Lenggeng.

Apa-apa pun, buat seketika malam tadi, ada rasa terkilan kerana tak dapat nak terima kekalutan yang berlaku di negara ini. Semoga Allah swt tunjukkan jalan yang lurus buat hamba-Nya yang beriman. Bagi yang tak peduli, biarkanlah... mungkin mereka sudah selesa begitu tanpa mahu ambil tahu tentang alam barzakh dan alam akhirat.

Mungkin indah kalau saya bawakan statement ini untuk kita renungkan bersama.

"A meaningful life is not being rich, being popular, being highly educated or being perfect. It is about being real, being humble, being strong and being able to share ourselves and touch the lives of others. It is only then that we could have a full, happy and contented life."

Aamiin.

Tak ada maknanya hidup ini kalau zahir dan batin huru-hara. Apa gunanya ada duit setinggi gunung kalau jiwa dan raga tak tenteram. Buat apa dengan harta atau kebijaksanaan kalau apa yang kita ada tak membawa makna dalam kehidupan. Hidup ini tak perlu berpura-pura dan tak payah jadi 'artificial' buat-buat suka atau sayang sedangkan apa yang kita mahu sekadar kesenangan sahaja. Kesenangan tak bererti kebahagiaan. Kalau kita tak dapat pijak di bumi nyata, tak guna kalau ada ilmu sepadat dada atau terasa sempurna serbanya. Tak guna bercakap baik kalau hati kita tak pernah baik. Apa gunanya harta setimbun kalau kita tak pandang pada sanak saudara yang tak ada apa-apa.

Be real! Biar kita terima seadanya, buat yang terbaik, tidak gilakan harta benda, tidak merosakkan hidup orang lain, tidak busuk hati, tetapi berjiwa mantap untuk pastikan kita kongsi ilmu dan membantu mereka yang perlu, agar kita mampu tersenyum. Senyuman itu juga adalah sedekah, insyaa-Allah.

Hiduplah selagi boleh dengan membawa makna yang sebenar.

Wassalam.

                                                           Saya suka entrance ini