Assalam
Saya update blog sementara menunggu tukang urut saya sampai. Malam tadi dia tidur di rumah anak sulung saya. Sekejap lagi ke sinilah dia. Mungkin anda tertanya-tanya kenapa saya suka berurut. Kalau nak tahu sebenarnya berurut ini memang sangat baik untuk kesihatan, insyaa-Allah. Blood circulation kita jalan dengan baik insyaa-Allah. Kalau sakit badan atau lenguh-lenguh, semuanya mudah reda, insyaa-Allah. Segala-galanya di atas izin Allah swt. Tanpa izin-Nya, semuanya mudah kaku dan beku.
Kita sentiasa kena beringat tentang nikmat Tuhan buat kita semua. Janganlah pula bila dapat bala atau musibah kita cari Tuhan, bila dapat nikmat kita terlupa pada Tuhan. Perkara ini sering diingatkan Tuhan Maha Esa kepada hamba-Nya dalam kitab suci al-Quran. Manusia mudah lupa, sering kali ingat pada-Nya bila sedang dalam kesusahan. Nauzubillah min zalik.
Semoga kita selalu ingatkan diri untuk dekat dengan Allah swt dalam apa jua keadaan. Jauh sekali untuk membanggakan diri di atas apa yang kita ada kerana sebenarnya semua kesenangan atau kesusahan sekadar pinjaman kita sahaja. Cintailah Dia setiap masa yang kita ada.
Insyaa-Allah 'reunion' keluarga saya akan dibuat di Jakarta dan bukan Bandung. Mungkin kerana lagi mudah untuk dapatkan 'flight' dan mudah juga untuk keluarga Indonesia mengaturnya kerana di Jakarta kami punyai lebih ramai kaum kerabat kalau dibandingkan di Bandung. Apa-apa pun, kami semua 'look forward' untuk ke sana, insyaa-Allah.
Okeylah, tak ada apa sangat yang nak saya bualkan. Semoga kita berjumpa lagi.
Wassalam.
