Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Monday, December 02, 2013

Pilihlah Destinasi Untuk Bercuti

Assalam semua

Sejak kebelakangan ini, saya memang jarang update blog. Kadang-kadang kerana terlalu sibuk. Macam-macam yang ada dalam agenda rutin harian saya. Apa-apa pun, bila ada kesempatan, pasti saya akan meluangkan masa untuk bercerita di sini.

Okeylah, sekarang ini memang musim orang bercuti dan orang kahwin. Jom kita bercerita tentang cuti-cuti kerana memang cuti ini sangat menyeronokan. Bukan hanya kita dapat meluangkan masa untuk merehatkan badan, tapi minda kita juga. Selain itu, kita dapat melihat suasana yang berbeza. Pasti juga banyak yang akan jadi pengalaman hidup kita. malah bagi saya, kalau kita ada duit, mungkin elok sangat kalau kita cari peluang untuk makan angin, tak kiralah di dalam negara atau di luar. Tak ada nilai duit yang sama nilainya dengan pengalaman yang kita alami bila melihat tempat lain. Kalau kita simpan duit berguni-guni tapi kita tak melihat keindahan dunia, memang kita hidup dalam kerugian.

Tapi jangan pula kita asyik berjalan hinggakan tak ada apa-apa yang kita buat untuk mendatangakan hasil, kecualilah kita memang banyak duit. Dalam begitu, saya juga sering jumpa orang yang sanggup berjalan sambil bekerja di tempat orang. Masa saya di Phuket baru-baru ini, ramai juga saya melihat 'pelancong mat salih' yang bekerja di restoran untuk dapatkan hasil untuk membolehkan mereka berkunjungan di tempat orang. Begitu mereka menghargai penglaman melihat negara orang. Subhanallah.

Sepatutnya kita pun begitu. Jangan kedekut pada diri sendiri hinggakan kita tak mahu ke mana-mana. Biasanya juga, bila kita dah biasa berjalan, kita akan berusaha untuk berjalan lagi, kerana kita tahu nikmatnya melihat keindahan alam ini. MasyaAllah.

Okeylah, kalau anda tak rancang apa-apa lagi, jom kita cuba lakukan sesuatu untuk ambil kesempatan, selagi ada umur dan kesihatan, jom kita usahakan untuk melancong ke destinasi pilihan kita.

Wassalam.