Assalam...
Sebelum saya bercerita panjang, sajalah nak maklumkan kepada anda sekelian bahawa saya pun baru saja dapat tahu yang sound track untuk drama Setulus Janji adalah sebuah lagu ciptaan Ajai bernama Frman Cinta yang akan dinyanyikan oleh Fida Ibrahim, juga heroin drama tersebut. Music videonya akan dirakamkan di Manchester!
Okeylah... saya nak bersembang tentang penyakit orang sekarang yang mungkin sedang merosakkan perhubungan sosial masyarakat hari ini. Cuba kita perhatikan, di mana-mana sahaja, orang ramai akan memegang telefon bimbit mereka atau gadget lain seperti iPad dan lain-lain dan dengan gadget inilah semua orang menjadi ralit dan leka. Lebih seronok tengok skrin gadget masing-masing daripada berbual atau bersosial dengan orang yang berada di sekeliling. Kadang-kadang tu, di sebuah ruang, masing-masing semua ralit dengan gadget sehinggakan ruang itu menjadi kosong pada realitinya!
Ada yang berchatting, ada pulak yang suka benar berselfie!
Pelik bin ajaib, tapi inilah penyakit orang sekarang. Bukan hanya yang muda sahaja ralit, kadang-kadang yang tua pun sama naik. Ada yang sibuk berinstagram, ada yang sibuk berFB, ada yang sibuk bertweet, ada yang sibuk berchatting kat Whatsapp, Telegram dan yang masih ketinggalan tu, ada juga yang masih chatting kat BBM! Apa-apa pun, yang pasti ini merupakan penyakit yang sedang merosakkan segala perhubungan.
Banyak kes perceraian akibat gejala ralit dengan media-media sosial ini, Banyak kes 'curang' akibat penyakit ini. Banyak kes 'tak tahu berkawan' kerana ralit dengan gadget hinggakan tak tahu nak berinteraksi dengan manusia secara berdepan.
Kata seorang kawan, "Hari ini manusia lebih pentingkan orang yang jauh sedangkan yang dekat di mata, diabaikan." Iya sungguh... kerana ralit berchatting dengan orang yang kita tak nampak, orang yang ada bersebelahan kita, kita abaikan! Nauzubillah min zalik.
Dalam pada itu, ramai juga kerana penyakit seperti ini, ada yang suka jadi 'busybody' suka mengintai aktiviti orang di laman-laman media sosial. Misalnya mengintai orang di 'Instagram', di Facebook atau mungkin di 'Blog'. Ada tu, memang itu sahaja kerjanya, hanya sibuk mengintai orang. Entah apa penyakit kita pun tak pasti.
Cerita seorang kenalan saya yang mempunyai 'blog'. "Aku tak tahu kenapa perempuan ni suka sangat datang ke blog aku. Bila aku update aje entri, mesti dia akan masuk blog aku. Aku memang nampak IP address dia dan dan aku tahu gadget apa dia pakai. Dia aje yang tak tahu aku tahu. Aku tahu dia pernah cuba nak ambil suami aku tapi tak dapat... jadi itulah agaknya dia asyik mengintai blog aku. Nak tahu aktiviti aku kot. Aku rasalah... mungkin elok kalau aku pergi ke ofis dia... biar aku tanya dia, 'Nak apa lagi hah? Buat apa nak mengintai blog aku ni?' Barulah puas hati dia kot!"
Adoii... memang peliklah manusia ni, kan? Apa-apa pun, yang pasti ramai di antara kita mungkin tidak tahu mengguna kemudahan yang ada. Ada tu sambil bawa kereta pun sibuk berchatting, sibuk nak ambil gambar siap berselfie lagi! Tak tahulah nak jadi apa dengan manusia hari ini.
Semoga kita renung-renungkanlah hal ini dan jangan musnahkan kehidupan kita kerana terlalu terpedaya dek kemudahan yang ada pada gadget! Janganlah jadi manusia yang 'peghak' sangat...
Jangan juga jadi manusia 'busybody' yang sibuk nak ambil tahu hal orang. Ada tu, banyak buang masa menjenguk sana sini, nak tahu apa ada di tepi atau dalam kain orang lain!
Penyakit seperti ini, in syaa Allah boleh diperbaiki kalau manusia teguhkan iman lalu dekatkan diri dengan Tuhan, dan lakukan apa sahaja untuk Allah... bukan bertujuan untuk lupa diri atau lupa daratan.
Wassalam.
SEKADAR HIASAN
.jpg)
