Assalam
Sejak pelakon dan krew drama Setulus Janji tiba di Manchester, mereka banyak upload gambar-gambar menarik di Instagram masing-masing. Ada yang connected dengan saya jadi dapatlah saya tengok. Memang cantik-cantik. Semestinya gambar-gambar ini mengingatkan saya kepada Manchester, tempat yang pernah menjadi tempat tinggal kami sekeluarga lebih dari enam tahun. Tempat ini juga merupakan tempat tinggal anak sulung saya suatu ketika dahulu. Malah, selepas saya menulis novel Setulus Janji, saya pernah ke Manchester dan melepak lama di sana. Ketika itu, Faiz anak sulung saya masih berada di sana.
Bila saya lihat gambar Fida Ibrahim di Manchester, saya teringat kepada kehidupan kami suatu ketika dahulu. Ketika itu, saya dan suami sibuk belajar. Saya buat Masters, suami pula buat PhD. Sama-sama sibuk, jadi terpaksalah kami didik anak-anak supaya pandai jaga diri dan membantu kami di rumah.Sebab itu mungkin anak-anak saya, mereka dah biasa independent. Sebab itu juga, mereka suka buat bisnes dan cari sesuatu yang mencabar.
Saya baca kisah pelakon Hollywood, Angelina Jolie ... dia mengatakan bahawa ibunya merupakan seorang ibu yang tegas tetapi sanggup pindahkan gunung sekiranya perlu, untuk anak-anaknya. Hahaha... saya tergelak... sebab saya rasa mungkin saya juga seperti ibu Angelina Jolie. Saya sangat tegas dengan anak-anak. Hingga sekarang, walaupun mereka semua sudah dewasa, bila saya perlu tegur atau marah, saya akan melakukanya. Yang penting buat saya ialah kebaikan untuk mereka. Saya memang bukan jenis manusia yang sibuk tentang hal peribadi anak-anak, termasuk rumah tangga mereka (bagi yang dah kahwin), tetapi kalau ada sesuatu yang saya rasakan akan menjejaskan keharmonian keluarga atau masa depan mereka, saya akan tegur!
Dalam pada itu, sayalah merupakan penyokong kuat mereka. Walaupun kadang-kadang mereka membentangkan sesuatu yang rumit dan pelik, saya akan cuba fahami dan menyokong mereka. Saya percaya dengan kebijaksanaan mereka dan saya tahu anak-anak saya memang jenis manusia yang tak tahu duduk diam. Mereka semua adalah workaholics. Alhamdulillah, Tuhan berikan semangat dan kesabaran buat mereka dan semestinya, saya sebagai ibu, saya berada di belakang mereka. Alhamdulillah, Allah izinkan nikmat ini.
Oleh kerana itulah, saya tak kisah pun kalau anak-anak saya mahukan saya menjenguk dan memastikan anak-anak mereka di bawah perlindungan kami ketika mereka bekerja. Bagi saya, inilah keharmonian keluarga. Saya tak suka berkira tenaga dan masa dengan ahli keluarga sendiri, asal sahaja Allah izikan masa dan kesihatan buat kami.
Setiap pagi saya akan berjumpa dengan semua anak-anak saya dan setiap petang juga, in syaa-Allah. Kami selalu berkumpul dan alhamdulillah, mungkin pengalaman kami tinggal di Manchester telah berjaya menguatkan silaturahim kami sebagai sebuah keluarga. Syukur pada Allah yang Maha Kuasa.
Wassalam.
The Lake District - tak jauh dari Manchester dan merupakan tempat favourite kami sekeluarga.

.jpg)