Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Monday, July 05, 2010

Bila Bercinta...



Sedap bunyinya, kan? macam judul novel baru. Hari ini tak ada kisah bola, jadi saya nak bualkan tentang bercinta pula. Namun ramai yang fikirkan tentang alam percintaan sebelum berkahwin. Bagi saya alam itu tak penting sangat, yang penting ialah bercinta di alam perkahwinan.

Seperti yang kita sedia maklum, kadar peceraian di Malaysia sekarang ini sangatlah tinggi. Dah jadi macam trend, pasangan yang ada masalah, dengan cepat sahaja membuat keputusan untuk bercerai.

Dalam keadaan tertentu saya memang menyokong pun. Buat apa kita hidup berumah tangga kalau kasih sayang tak wujud? lebih baiklah kita hidup berasingan dan harap-harap kita akan berjumpa pasangan yang lebih baik dari sebelumnya.

Okeylah, susah ke nak 'maintain' bercinta dalam perkahwinan?

Entahlah ya, tapi saya percaya kalau kita usahakan, insya-Allah yang susah itu boleh jadi senang. Bila kita hidup berpasangan, sebenarnya hampir segala-galanya kita berkongsi. Dalam perkahwinan, kita tak boleh berkira-kira sangat, apa yang kita hendakkan ialah hidup berbahagia.

Suami isteri tentunya tak pernah lekang daripada tak bersetuju dengan pelbagai isu. 'Aku nak ini, kau nak itu'. Cara yang terbaik ialah berkompromi. Kadang-kadang kita akan bertekak dan dalam keadaan ini, paling bijak jangan kita keluarkan apa-apa kata yang kesat dan menyakitkan hati. Bila kita 'bermaki-hamun', susah kita nak berdamai.
Carilah jalan untuk dapat 'win-win' atau sama-sama menang. Jangan hanya nak menang seorang diri, kerana sebenarnya cara inilah yang membawa kepada kekalahan akhirnya.

Bila kita sedang berkelahi, ada dua pilihan. Satu ialah untuk menang dan satu lagi ialah untuk berdamai dan cari kebahagiaan. Kalau kita pilih untuk menang, kita akan berdepan dengan kekalahan. Tapi kalau kita bertolak-ansur dan cari jalan untuk meredakan keadaan, itulah kemenangan sebenarnya.

Jadi, bila kita nak 'maintain' bercinta dalam rumah tangga, insya-Allah, taklah susah sangat. Yang penting, kita jangan cari salah siapa, tetapi cari jalan untuk berbaik semula. Fikir positif sentiasa dan dengan cara itulah kita akan berkata 'I love you forever and ever'. Insya-Allah, berdoalah.