Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Sunday, March 01, 2015

Fatamorgana Kekasih Lama

Assalam

Hari ini hari Ahad... 'it's a relaxing day' buat kami sekeluarga. Semalam kami semua berada di Lenggeng kerana ada kerja yang perlu kami lakukan. Hari ini tentulah kami masih letih lagi, tetapi Ya Allah, betapa kami bersyukur kerana dapat lakukan apa yang kami mahu lakukan. Bersyukur juga kerana Allah izinkan kekuatan buat kami sekeluarga. Yang bestnya, kami berpicnic sambil buat kerja walaupun hari agak panas. Hari ini kami berada di rumah dan seperti biasa mengemas garden kami. Alhamdulillah.

Semasa saya dan adik saya pulang ke Kuala Kangsar, ketika dalam perjalanan, kami berbual tentang kawan-kawan sekolah kami. Saya dan adik saya sebenarnya berjarak sebanyak lapan bulan sahaja. Dia beribu yang berbeza dari saya, tetapi kami mempunyai ayah yang sama. Jadi memang kami rapat dan mengenali kawan-kawan yang sama juga.

Kami sempat bercerita tentang rakan sekolah saya (sebaya dengan saya) yang bernama A. Ketika di sekolah, A dah ada kekasih hati bernama S. Bagai nak rak mereka bercinta dan saya sangat yakin yang akhirnya nanti A dan S akan berkahwin. Kedua-duanya tinggal di Kuala Kangsar. A menjadi guru sekolah. Ketika itu, kami juga mempunyai rakan sesekolah yang bernama C. C mempunyai seorang abang yang sedang bercinta dengan rakan sekolah kami bernama R.

Namun malangnya buat mereka, bila sudah sampai masa, kedua-dua A dan S putus cinta. Begitu juga dengan R dan abang C. Kemudiannya saya diberitahu yang A berkahwin dengan abang C. R berkahwin dengan orang lain (yang saya tak kenal), begitu juga dengan S yang kami tak tahu khabar tentangnya.

Tapi saya diberitahu juga bahawa abang C masih teringat-ingatkan R, kekasih pertamanya. Walaupun berkahwin dengan A, namun hatinya masih berada dengan R. Adoii...

Namun begitu, saya juga percaya, sekiranya abang C berkahwin juga dengan R (saya tak rasa akan berlaku begitu), pasti dia akan menyesal jua, kerana kadang-kadang kita hanya beranggapan bahawa mungkin kekasih lama kita mampu untuk membahagiakan kita. Tetapi sebenarnya dalam banyak kes 'cinta lama' adalah serupa dengan 'fatamorgana' di padang pasir. Kita ingatkan bayangan air, rupa-rupanya sekadar ilusi sahaja. Banyak orang terperangkap dalam keadaan yang begitu kerana walaupun kita konon-konon mencari 'sesuatu yang mungkin dapat membahagiakan kita' sebenarnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita. Subhanallah.

Wassalam.


                                                  Sekadar hiasan - Fata Morgana