Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Monday, October 06, 2014

Pengorbanan...

Assalam

Semestinya anda sedang berehat-rehat, atau mungkin berada di perjalanan, atau mungkin juga sedang sibuk di masjid atau surau... mengurus 'korban' yang dianjurkan penduduk kawasan anda. Apa sahaja yang anda lakukan, semoga mendapat rahmat Allah swt.

Sekarang ini saya sedang rehat. Semalam memang sibuk melayan tetamu yang datang ke rumah dari tengah hari hinggalah ke malam. Alhamdulillah. Walaupun kami tidak lagi ditemani arwah ibu saya, syukur alhamdulillah, masih juga mampu untuk lakukan apa yang mampu kami lakukan. Pun begitu, hati ini tetap berasa 'sunyi' dan 'sayu' bila teringatkan arwah ibu saya. Semoga rohnya dirahmati Allah swt. Al Fatihah.

Sebenarnya, hidup kita ini bernilai tinggi apabila kita banyak melakukan pengorbanan atas nama Allah. Ada juga orang yang berkorban kerana 'rasa sedap di hati' tetapi bukan kerana Tuhan yang maha satu. Kalau kita rasa yang kita sanggup berkorban kerana korban itu akan membawa untung pada diri kita, kadang-kadang pengorbanan yang kita lakukan itu mungkin akan memudaratkan diri kita. Sebaik mungkin, segala pengorbanan yang kita lakukan biarlah di atas nama Allah swt. Allah yang maha satu. Kadang-kadang, dalam rasa sakit dan terluka, kita terpaksa maafkan orang yang kita sayang kerana dengan cara itu kita akan berdepan dengan kelegaan. Itu adalah satu pengorbanan. Kalau kita lakukan kerana kita pasti Allah akan sayangkan kita kerana melakukannya, pasti kita akan berasa tenang. Namun begitu, ramai kita yang tersasar dengan makna 'korban'. Kita tak faham bahawa segala 'pengorbanan' yang kita lakukan mestilah dengan niat yang 'bersih' bukan niat 'kotor'. Kalau kita sangka kita berkorban namun kita melakukannya melalui 'penipuan' maka 'korban' kita itu tak ada maknanya, kerana 'penipuan' itu adalah perbuatan orang munafik! Nauzubillah min zalik. Semoga kita tak keliru menunaikan ibadah 'korban' seperti mahunya agama kita.

Lakukan apa sahaja kerana Allah taala, jangan buat apa pun kerana kata hati kita yang mungkin terbelit dengan kehendak syaitan. Jangan syirikkan pegangan agama kita kerana kita mendahului material, duit, nafsu atau perkara-perkara lain yang memudaratkan diri.

Wassalam.


                                       Melayan antara tetamu-tetamu yang datang semalam
                               Antara pelajar-pelajar Yemen yang datang ke rumah semalam