Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Saturday, April 09, 2011

Ada Novel Baru?



Salam

Ada yang bertanya pada saya, Pesta Buku ni ada novel baru tak?

Hehehe... jawapannya ialah... TIDAK ADA. Kalau novel, memang tak ada. Insya-Allah, ada benda lain. Ada dua sebenarnya, tetapi saya tidak dibenarkan untuk maklumkan pada hari ini. Minggu depan kot.

Bukanlah satu kejutan, sebab tak ada apa-apa yang mengejutkan pun, sekadar mungkin ada sedikit kelainan. Yang satu tu, dah pernah buat dah, tetapi yang satu lagi, ialah 'pertama kali'. Namun, saya mengharapkan sesuatu yang akan menyeronokkan anda pengikut dan pembaca saya sekelian. Bagi saya, sebagai penulis, saya tidak bolehlah terperap dan terkongkong dengan satu genre sahaja. Saya ingin cuba pelbagai cara yang berbeza. Yang penting ialah mesej dan ilmu yang ingin saya sebarkan. Insya-Allah, karya saya kali ini akan membantu kebanyakan anda di luar sana, insya-Allah.

Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, saya akan berada di luar negara mulai 13 April ini dan akan pulang bila Pesta Buku bermula di PWTC. Jadi, kemungkinan besar, saya tak akan berada di Pesta Buku pada hari pertama itu. Saya akan cuba datang pada hujung minggu, itu pun bergantung kepada kesihatan saya dan tenaga yang ada.

Apa pun, seperti biasa, saya ternanti-nanti untuk berjumpa dengan pembaca-pembaca saya yang selama ini telah menyokong saya, terutama mereka yang berusaha untuk bertemu saya setiap tahun.

Insya-Allah, panjang umur, sihat tubuh badan dan murah rezeki, kita akan bertemu nanti.

Sekali lagi, kepada anda yang ingin saya tolong doakan sesuatu, silalah hantar email kepada saya. Saya telah pun buat senarai nama dan permintaan supaya saya tidak lupa bila berada di tanah haram nanti. Insya-Allah, kita mencuba, berdoa dan meminta, Tuhan yang Makbulkan.

Wallahua'lam.