Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Wednesday, June 12, 2013

Manusia Yang Tidak Sempurna

 Watak Maya Karmilla dalam drama Selamat Malam Kekasih - dilakonkan oleh Sharifah Anis Al Idrus


Assalamualaikum

Semoga anda semua berada dalam keadaan yang sihat walafiat. Saya pulak, masih kurang sihat (saya mengaku di Facebook) dan in syaa Allah, bukanlah sesuatu yang terlalu berat. Biasalah kan... umur semakin meningkat, kadang-kadang sakit urat saraf. Masalah besar saya ialah kerana terlalu banyak mengadap komputer... tapi nak buat macam mana lagi? Takkan nak baring pulak... susahlah le weh. Apa pun, saya masih bersyukur kerana Allah SWT masih mengizinkan saya untuk 'berlabon' di sini.

Malam tadi, saya ada melihat 'trailer' drama Selamat Malam Kekasih di TV Alhijrah. Harap2 drama itu tidak menghampakan penonton dan pembaca saya yang pilih untuk menonton nanti. Nampak macam okey, tapi tak tahu lagilah, kan? Apa-apa pun, saya harap penonton tidaklah mengharapkan yang 'bukan-bukan', walaupun drama ini agak Islami, tidaklah 'ekstrim', bagi saya agak sesuailah untuk penonton yang beragama Islam. Tidak ada aksi-aksi yang 'pelik', tidak ada dialog yang 'pelik', semuanya okey-okey, in syaa Allah, tetapi tidak juga 'perfect' dari segi Islamnya. Biarlah kita menonton dengan fikiran yang terbuka. Biarlah kita jadi penonton yang 'open minded', tidak mengharapkan segala yang 'perfect'. Lagipun, ini adalah drama sahaja, tentu ada kekurangan di sana sini. Yang penting, mungkin akan ada hati dan jiwa yang terbuka untuk mengarah ke jalan yang benar. Hanya Tuhan yang tahu.

Okeylah, hari ini saya tak nak banyak membebel, sekadar hendak menyampaikan maklumat sahaja. Semoga kita semua dilindungi Allah SWT. Wassalam.