Tiba-tiba teringat pula nak bercerita tentang hal ni. Hal orang yang tak berapa betul kepala otaknya, tak tenteram jiwanya. Mungkin saya tertarik dengan subjek ini kerana ingin bicarakan dalam manuskrip yang sedang saya lakarkan. Kisah orang gila! bunyi tak sedap tapi ini bukan kisah baru. Cerita lama.
Masa saya kecil dahulu, saya memang takut benar dengan orang gila. Ada di tempat saya, orang tak siuman tu kami panggil 'Mat Sekupang', dia hanya meminta sepuluh sen sahaja, tak lebih dari itu. Dia suka naik bas dan mengganggu penumpang. Kalau saya nampak dia, cepat-cepat saya siapkan sepuluh sen dan hulurkan padanya, kerana saya tak mahu diganggunya.
Di Kuala Lumpur juga, ada banyak orang yang tak siuman berkeliaran di sana sini. Kita tak tahu mengapa mereka begini. Mungkin suatu hari dahulu, mereka pernah berdepan dengan tekanan jiwa dan kerana tak mampu untuk mengawal, mereka terus jadi gila. Entahlah.
Hari ini, orang yang tak tenteram jiwanya ada macam-macam rupa dan boleh menjelma di mana-mana sahaja. Di alam siber pun mungkin ada. Orang yang tak siuman ini, mereka mungkin boleh lakukan apa saja. Maklumlah,jiwa tak tenteram dan perasaan tak dapat dikawal.
Sebaik-baiknya, kalau kita rasa tertekan, dekatkanlah diri dengan Tuhan. Allah SWT Maha mendengar rintihan di hati, dan berdoalah agar Tuhan memberi jalan untuk mencari ketenteraman. Jangan biarkan hati kita tak terubat, takut satu hari nanti... kita akan jadi orang yang tak siuman dan mula berkeliaran di sana sini!
Buatlah apa yang hati kita suka dan apa yang kita tahu Allah akan suka. Buat baik akan dibalas baik...
Nature
Cinta baru dalam hidupku
Followers
Thursday, July 16, 2009
Aku Saman Baru Tahu!
Kawan saya ni memang macam tu. Kalau dia marah, itulah yang akan dikatakannya. Dia akan menyaman orang yang sengaja nak mengaibkannya. Tak kiralah orang ke atau syarikat. Biasanya, memang dia buat macam tu pun.
"Aku tak tulis apa-apa pasal dia pun dalam blog aku. Kenapa dia perasan sangat? Dia ingat aku kisah ke pasal dia tu? Aku langsung tak peduli pun. Dia tak penting buat aku. Boleh jalan! Pasal apa pulak dia menyibuk hal aku? Siap sebut-sebut nama syarikat aku. Dia ingat aku ni apa, bahlul ke? bodoh macam dia ke?"
"Huhu... kenapa ni?" Saya jadi hairanlah juga.
"Sebenarnya aku tak baca pun blog dia tu. Aku tak pernah bukak pun. Member aku yang cakap. Dia kata dia nampak apa yang dia tu tulis dalam blog dia. Dia sengaja nak mengata aku. Siap nama syarikat aku pun disebutnya. Ini yang aku marah ni!"
"Alah, kau ni. Biar ajelah... dia geram kot."
"Nak geram dengan aku pasal apa? Aku tak pernah tulis pasal dia pun. Aku tak berkelahi dengan dia pun. Kalau aku tulis apa-apa kat blog aku, aku tak pernah sentuh pasal dia. Kenapa dia perasan sangat?"
"Dia tak tahu yang kau bukan cerita pasal dia pun. Kau cerita pasal benda lain yang tak ada kaitan dengan dia."
"Memang pun. Aku cerita pasal kaum kerabat aku. Dia bukan kerabat aku! kenapa dia perasan sangat?"
"Dia tak cerdik. Mungkin dia jenis beremosi kot."
"Kalau aku tahu dia mengumpat lagi pasal aku, atau dia sengaja nak mengaibkan syarikat aku... jaga dia! aku saman dia. Aku repot pada polis!"
"Huhu... kau pun nak beremosi jugak ke?"
"Eh,aku ni bukan beremosi tau... aku sekadar nak jaga hak aku aje."

Subscribe to:
Posts (Atom)