Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Monday, January 16, 2012

Kalau Calon Merupakan Suami Orang

               Pinjam dari Yahoo


Salam

Saya percaya, jarang-jarang kita bertemu dengan kaum Hawa yang sememangnya niatnya mahu mencari suami orang sebagai suaminya. Bukan tak ada, tapi jarang yang kita dengar atau kita tahu. Kebanyakan akan cuba mengelak kerana tahu kesusahan yang bakal ditempuhi. Bukan semuanya susah, tapi jarang yang kita dengar tak susah.

Hahaha... kalau nak diikutkan, ada ke siapa-siapa yang berkahwin dan tak pernah melalui sebarang kesusahan atau kepayahan? Malah, tak kiralah berkahwin dengan suami orang atau dengan orang bujang... mesti ada aje masalahnya? Betul, tak? Kalau nak diikutkan, mana ada orang hidup di dunia ni yang tak ada masalah? Kalau ada yang berkata dia tak ada masalah, memang kelentonglah tu!

Maknanya, tak kira kita kahwin ke tidak, kahwin dengan suami orang atau dengan janda, kahwin dengan orang bujang atau anak dara, semuanya sama saja, mesti ada sahaja masalahnya. Cuma... bila berkahwin dengan suami orang, lebih banyak masalah yang akan timbul. Memang kita akan dengar tentang kisah-kisah 'gempaq' yang menceritakan bahawa rumah tangga boleh aman damai walaupun suami mempunyai lebih daripada seorang isteri. Ada dua mungkin, ada tiga dan empat.

Saya sendiri merupakan produk keluarga poligami dan pernah hidup dalam suasana mempunyai lebih daripada seorang ibu (tiga sebenarnya). Saya tak mahu komen apa-apa tentang keadaan itu kerana ini kisah lama, mungkin tak relevan dengan masa kini.

Pun begitu, sebagai manusia yang menumpang di dunia fana ini, siapalah kita untuk tahu apa akan terjadi sebenarnya. Kita semua akan lakukan perancangan, namun kalau tiba-tiba sahaja kita terpaksa berdepan dengan keadaan untuk berkahwin dengan suami orang, nak buat macam mana lagi? Boleh ke kita menafikan takdir? Mampukah seorang wanita menolak takdir Tuhan? Bolehkah kita melarikan diri daripada sesuatu yang merupakan ketentuan-Nya?

Dalam kes-kes tertentu, mungkin itulah nasib kita dan mungkin juga itu merupakan sesuatu yang terbaik buat kita. Insya-Allah, kadang-kadang kita terpaksa menerimanya dengan baik dan redha. Kalau naiwatu kita ikhlas, insya-Allah juga sekalipun terpaksa berkahwin dengan suami orang, ia merupakan sesuatu yang 'the best'.

Oi oi... mesti ada yang marah kat saya ni. Relaks lah... saya pun tak suka, tapi benda ini tak pernah diharamkan, makruh pun tidak. Tetap halal kalau dijalankan dengan baik. Tak payahlah kita kata tentang 'adil' dan 'tidak', kerana dalam kisah dan kes biasa pun, kalau lelaki tak mahu berlaku adil, masih sama juga masalahnya. Jadi... sebenarnya bukan soal itu yang harus kita risaukan. Apa pun... saya tidaklah menggalak anda semua pergi mencari suami orang untuk dijadikan suami sendiri... sekadar bercerita tentang keadaan di mana anda tak dapat mengelakkannya.

Tapi... memang jadi masalah besar kalau sang perempuan yang tergedik-gedik pergi menggatal dengan suami orang! Itu memang bodoh namanya kerana akhirnya nanti sang perempuan akan menerima akibatnya. Sekalipun tak haram berkahwin dengan suami orang, kadang-kadang yang halal boleh jadi haram kalau caranya yang diguna itu tak halal! Yang itu kita kena ingat. Janganlah kerana nak sangat kahwin dengan suami orang, kita sanggup lakukan apa saja! Kalau diajak mutaah, kita pun terus ikut. Kalau mutaah tu betul tak apa, kalau tak betul... dah jatuh berzina pula... wallahuaklam. Apa-apa pun, kalau jadi perempuan kita wajib berjaga-jaga jangan sampai kita menganiaya orang lain atau kita yang teraniayai.

Wallahua'lam.