Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Sunday, April 27, 2008

Hati Plastik

Sejak kecil lagi, kita diasuh agar sentiasa rajin belajar, supaya satu hari nanti kita akan hidup senang! Segala macam cara yang disampaikan kepada kita. Apabila kita dewasa pula, kita disuruh cari jalan untuk meningkatkan pendapatan. Buatlah apa cara pun supaya kita hidup senang. Suasana sekeliling mengajak kita untuk menjadi manusia yang materialistik. Tak ada lain yang mesti kita fikirkan tetapi duit, duit dan duit! Kalau bukan duit, kita kena fikirkan harta pula. Semuanya materialistik! Pakaian mesti yang berjenama, kereta mesti ada kelas. Rumah mesti tak kurang daripada jiran. Kalau susah nak dapat duit cara makan gaji, kita pinjam banyak-banyak. Atau mungkin... kita cari jalan supaya ada yang tukang 'sponsor'. Bukan susah pun. Ada macam-macam cara untuk dapat 'sponsor'. Asal jangan kata 'rasuah', cukuplah. Yang haram akan jadi halal. Budaya sogok-menyogok akan jadi cara hidup kita. Semuanya mesti berupah. Saya masih ingat kata-kata bos saya dulu. "Beresin pun nak minta upah. Tak ada yang ikhlas." Kerana materialistik, hati berubah jadi plastik! Kesiannya kita.

Mungkin kerana amalan yang jahat ini sudah meresap dan menjadi sebahagian daripada hidup kebanyakan orang, itulah bala yang menimpa orang-orang kita. Betul kata mereka. Buku-buku motivasi yang ada sekarang ini, lebih pentingkan isu material. Macam mana nak cepat kaya! buku-buku ini mengajar manusia supaya pentingkan wang ringgit hinggakan hati jadi batu dan kayu pun tak mengapa. Tak ada siapa yang kisahkan soal jiwa yang kosong. Tak ada siapa nak ambil kisah bagaimana untuk membuat kita jadi manusia yang mulia. Yang banyak, hanya pentingkan kita untuk cari jalan menindas orang lain. Nak memberi sudah jadi payah untuk kita kerana setiap pemberian itu kita harapkan balasan. Nak meminta, mudah kita lakukan. Memang sedih.

Sama-samalah kita melihat pada diri. Baikkah hati kita ini? Sudah banyakkah kita memberi tanpa meminta balasan, atau kita hanya tunggu untuk dihulurkan. Berapa banyak masa kita fikirkan tentang Tuhan kita? Ikhlaskah hati kita ini? Tidakkah kita rasa jelak apabila kisah rasuah menjadi tajuk utama berita setiap hari? Kenapa kita tak ajar diri agar jangan suka meminta dan mengharapkan sesuatu. Kalau nak memberi, berilah tanpa niat yang 'jahat'. Kalau orang lain tak tahu, bukankah Tuhan tetap tahu apa yang ada di hati kita itu? Jangan biarkan hati kita jadi plastik!