Assalam
Esok, kemungkinan besar saya tak update blog sebab saya akan berada di luar kawasan. Cik abang saya ada urusan dan dia mahu saya ikut dia sekali. Ikut sahajalah kan.
Hari Sabtu, insyaa-Allah saya akan kesibukan di siang hari dan pada malamnya pula ada majlis perkahwinan. Anak rakan sekolah suami saya akan melangsungkan perkahwinannya. Jadi... sekali lagi saya tak dapat menonton drama Setulus Janji. Tapi tak apa... sebab saya boleh menonton secara online, insyaa-Allah.
Okeylah... hari pun dah lewat ni dan saya perlu bersedia untuk 'travel' esok pagi. Good Night.
Wassalam.
Buatlah apa yang hati kita suka dan apa yang kita tahu Allah akan suka. Buat baik akan dibalas baik...
Nature
Cinta baru dalam hidupku
Followers
Thursday, December 03, 2015
Curiga Dan Sangsi
Assalam
Hari ini, sekali lagi lambat update blog. Banyak urusan... hehe
Judul di atas ini pernah saya bincangkan beberapa kali di blog ini. Bukan dah basi tetapi mungkin sifat atau perasaan ini merupakan sesuatu yang ada pada diri atau tak ada. Ada orang, dia tak mudah bercuriga dan sangsi dengan orang lain dan mungkin kerana sifat itulah dia sering dikelentong. Ada orang pula, memang perasaan curiga dan syak wasangka terlalu kuat dalam dirinya hinggakan payah kita mahu berurusan dengannya atau berkawan dengannya.
Bagi saya, sebagai manusia kita perlu ada sifat ini tetapi jangan pula biar ia menjadi sesuatu yang yang dominan dalam diri kita. Tapi kalau tak ada langsung, memang mungkin kita akan selalu terjerat. Tambah pula dengan orang yang kita kurang kenal. Kalau tak ada sifat curiga, bermakna kita mudah percaya. Tak akan bersifat waspada, walaupun mungkin dengan orang yang kita tak berapa kenali.
Ada kala, kita mungkin fikir apa yang kita lihat pada seseorang itu merupakan sesuatu yang tulen. Misalnya mungkin setelah berkenal-kenalan dan mendengar ceritanya, kita pun ingat orang itu tak akan 'buat-buat' cerita. Dari 'personaliti' yang kita lihat, mungkin kita fikir orang berkenaan tak akan menambah-nambah atau punyai niat yang serong pada kita. Oleh kerana itu, kita pun mula percaya padanya. Bertambah percaya kerana mungkin dia dikenalkan pada kita oleh orang lain yang kita juga kenal, sekalipun mungkin orang yang kita kenal itu taklah hebat mana.
Selepas beberapa tahun putus hubungan dengan orang yang dikenalkan kepada kita itu, tiba-tiba dia muncul dan kali ini dia buat cerita lagi hebat lagi. Kita pun semakin yakin dengannya. Kita rasa dia betul-betul 'tulen' dan boleh dipercayai. Apatah lagi kenalan kita yang kenalkan kita kepada 'si dia' ini meyakinkan kita lagi, lalu kita pun mengambil tindakan yang ketika itu kita fikir tak akan merosakkan hidup kita. Kita bersimpati dengan dogengnya.
Namun selepas 'betul-betul' mengenali kenalan yang kita sangka kita boleh percaya itu, akhirnya baru kita sedar yang dia sebenarnya 'penibu besar'. Dia menghampiri diri kita kerana mempunyai niat tertentu dan biasanya juga 'niatnya' ada kaitan dengan 'wang-ringgit' dan keuntungan untuk dirinya!
Sebab itulah memang elok kalau kita mempunyai sifat 'curiga' dan sangsi dalam diri apatah lagi dengan orang yang kita tak kenal sangat, sekadar mendengar 'dongeng' nya sahaja. Kita tak kenal familinya, tak kenal kawan-kawannya, tak tahu latar belakangnya, tak tahu niat dan amalan agamanya... hanya main percaya dengan 'kata-katanya'. Kalau kita tak punyai rasa curiga, bermakna kita mudah percaya dan pastinya kita akan menyesal bila satu hari nanti kita tersedar dari mimpi ngeri bahawa diri kita telah diperdaya oleh 'mulut manis' yang pandai berlakon, padahal hatinya 'jahat' seperti jin afrit! Nauzubillah.
Biar kita ada sifat curiga dan sangsi agar kita dapat berjaga-jaga. Biar kita berwaspada daripada dibiar diri terpedaya!

Subscribe to:
Posts (Atom)