Assalam
Mungkin ada di antara anda yang rajin ke blog saya tertanya-tanya, apa istimewanya istana AlHambra buat saya? Saya pernah membawa cerita AlHambra dalam novel pertama saya 'Sesuci Cinta'. Asalnya, novel itu (ketika masih merupakan sebuah manuskrip), saya namakannya 'Mimpi AlHambra', betapa saya mahu naikkan nama istana yang gilang-gemilang itu, namun niat saya tidak kesampaian. Apa pun, ramai juga pembaca saya yang membaca novel itu mengambil peluang untuk mengunjungi negara Sepanyol lalu pergi ke Andalusia untuk melihat istana AlHambra yang terletak di atas kawasan tinggi di kota Granada. Istana itu mempunyai latar kawasan tinggi Gunung Sierra Nervada. Memang menakjubkan.
Pun begitu, saya sangat teruja bila semalam saya melihat sebuah program yang mengisahkan tentang 'Istana AlHambra' di saluran TV AlHijrah. Hos program itu (seorang lelaki Arab) bercerita tentang kegemilangan kerajaan Islam selama 800 tahun di Andalusia Sepanyol, lalu bukan sekadar membina istana secantik AlHambra, tetapi di zaman itulah buah zaitun mula ditanam, begitu juga buah oren dan kurma. Sebelum itu, Eropah tidak pernah tahu tentang ketiga-tiga tanaman ini dan dari Andalusialah lain-lain negara di Eropah termasuk Amerika Syarikat tahu tentang kewujudan ketiga-tiga jenis tanaman ini. Alhamdulillah. Malah, program semalam juga bercerita tentang kehebatan reka bentuk istana AlHambra dengan segala ukiran ayat al-Quran dan kata-kata pujangga Arab yang diukirkan di atas kulit lembu yang dijadikan sebahagian daripada dinding dan siling istana itu. Bertingkat-tingkat. Malah, jubinnya juga sangat istimewa. Setelah Andalusia jatuh ke tangan Permaisuri Isabela dan konco-konconya, tiada lagi bangunan yang dapat dibina di Sepanyol sehebat AlHambra. Malah, kawasan AlHambra juga melihatkan kita kepada pembinaan saluran air yang datangnya dari kawasan bukit itu dan terus kekal menyejukkan kawasan itu hingga ke hari ini. Walaupun Andalusia sudah tidak lagi berada di tangan orang Islam sejak sekitar 600 tahun lalu, namun kegemilangan AlHambra kekal menjadi lambang kehebatan Islam buat suatu ketika dahulu.
Bagi saya, AlHambra mampu menaikkan semangat kita sebagai ummat Islam kerana ia adalah peninggalan sesuatu yang menunjukkan kepada kita bahawa Islam berjaya menjadi satu kerajaan yang cemerlang. Namun, AlHambra juga mengingatkan kita bahawa sesiapa jua, sekalipun hebat dan cemerlang, mampu dijatuhkan bila tersesat dan tersasar dari ajaran Islam. Serupa kita insan di dunia ini, Allah swt akan memberi ganjaran kepada kita bila kita perjuangkan Islam, namun Allah jua berkuasa untuk punahkan kecemerlangan kita bila kita terlupa untuk menjadi manusia yang bertanggungjawab. Bila kita leka dan sesat dengan 'maksiat' atau lemah dengan 'nafsu' dengan mudah juga jiwa kita akan dirasuk syaitan, akhirnya akan jatuh tergolek. Segala kehebatan yang kita ada, segala kekayaan yang kita perolehi akan hilang begitu sahaja. Malah, iman kita juga goyang dan jadi lembik. Nauzubillah min zalik.
Semoga Ramadhan ini membawa kekuatan buat diri kita 'polish' semua yang berkarat, agar kita menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat. Amin. Agar kita mampu menjadi gah seperti 'AlHambra'.
Wassalam.
Taman yang romantis di AlHambra
Jubin dan pintu dalam kawasan istana
Tingkap-tingkap dan ukirannya
Lambang AlHambra - jubin dan ukiran khat
Jubin dan ukiran khat
Antara taman di courtyardnya
Dari atas istana
Ukiran khat yang menakjubkan
Istana AlHambra
Lagi ukiran khat
Courtyard AlHambra
Buatlah apa yang hati kita suka dan apa yang kita tahu Allah akan suka. Buat baik akan dibalas baik...
Nature
Cinta baru dalam hidupku
Followers
Monday, June 30, 2014
Sunday, June 29, 2014
Satu Ramadhan
Assalam dan alhamdulillah, kita sudah pun berada di bulan yang mulia ini, semoga kita menggunakan masa yang ada ini untuk buat ibadah sebanyak mungkin. Rajin juga buat solah taubat di atas segala kesilapan dan kesalahan yang kita lakukan ketika menumpang dunia Tuhan ini. Rajinlah membaca kitab suci al-Quran, bukan sekadar mendekatkan diri kita kepada Allah swt, tetapi untuk menambahkan ilmu dan mendapat ketenangan jiwa. Al-Quran adalah ubat buat kita umat manusia dapatkan keharmonian jiwa raga dan emosi serta segala sakit fizikal, insyaa-Allah.
Sempat juga saya renung kembali kepada perjalanan saya baru-baru ini ketika berada di France dan Spain. Alhamdulillah, saya melihat begitu banyak pasangan yang berumur menjalankan aktiviti mereka seharian. Pasangan yang sudah meningkat usianya sangat rapat, mereka berjalan ke sana ke mari berdua-duaan, mereka berpimpin tangan, mereka memandu kereta mereka untuk berziarah, malah untuk makan angin, mereka memakai pakaian indah dan cantik-cantik untuk teruskan kehidupan, mereka 'appreciate' kehidupan itu, malah ada yang sangat 'berumur' mungkin sekitar lebih dari 80 tahun, masih kelihatan cergas dan mampu untuk memandu kenderaan masing-masing. Saya sering terjumpa couple berusia ini berpicnic di bawah pokok, berjalan berdua-duaan dan melawat tempat-tempat yang cantik. Mereka kelihatan segar dan sihat. Mungkin orang kita juga perlu laku begitu, tidak segan untuk berjalan berdua-duaan, tidak segan untuk berpegang tangan, tidak segan untuk teruskan kehidupan dengan penuh rasa ceria sambil tunaikan ibadah dalam agama kita.
Dalam pada itu, timbul juga rasa insaf yang tinggi ketika saya berada di kota-kota besar seperti Paris dan Madrid serta Barcelona. Saya melihat beberapa orang 'homeless' yang tidur di tepi-tepi jalan, tidak ada tempat, tidak ada bumbung dan tidak ada keluarga, hanya tinggal seorang diri. Ketika kami berada di atas kereta api bawah tanah (tube) satu malam di Paris, saya terpaksa menahan hidung dari mencium bau yang tidak menyenangkan kerana ada seorang 'homeless' yang berada di atas koc kami. Sedih saya melihat keadaannya yang tidak pun berkasut, apatah lagi pakaian yang elok. Walaupun kota Paris dipenuhi dengan mereka yang kaya-raya, yang sentiasa bershopping sakan di kawasan mewah, namun masih ada yang tidak mempunyai apa-apa, sekadar ada udara untuk disedut bagi dapatkan nafas untuk bernyawa. Begitulah keadaannya, kita yang ada di sini walaupun mungkin tidak mempunyai harta banyak mana, namun masih mampu untuk hidup jauh lagi baik daripada orang-orang 'homeless' seperti itu. Subhanallah. Bersyukurlah kita. Tak usahlah kita berdengki melihat orang yang lebih dari kita, tetapi cuba kita lihat pada mereka yang tiada apa-apa ini.
Semoga iman kita terus kita mantapkan, bersabar banyak-banyak dan berusaha bersungguh-sungguh dengan cara yang halal untuk dapatkan berkat Allah swt. Semoga bulan ini kita gunakan sebaik mungkin untuk meningkatkan amalan ibadah kita. Ameen.
Wassalam.
Dalam perjalanan dari Granada ke Barcelona, Spain
Perkampungan di Sepanyol
Di kota Barcelona
Kota Barcelona
Makan makanan Turki di Barcelona
Barcelona di malam hari
Jambatan Millau, France, jambatan tertinggi di dunia
Di depan hotel di luar Barcelona
Bergambar berlatarkan jambatan tertinggi di dunia
Jambatan Millau
Jambatan lain dalam perjalanan pulang ke Paris dari Barcelona
Makan makanan Kashmir di Broges, Peranchis
Bersarapan di hotel di Broges
Di pekan kecil Broges, Peranchis
Broges
Kota Paris- depan Notredam
Kota Paris
Kota Paris
Kota Paris
Paris
Mangga kunci yang diikat di 'jambatan cinta' di Paris
Bandar Versailles, Peranchis
Kota Paris di malam hari
Istana Versailles - sangat gah
Di depan pagar istana Versailles, Peranchis
Taman di istana Versailles
Shopping-shopping di Lafayette, Paris
Depan Galeria Lafayette
Depan Galeria Lafayette
Opera, kota Paris

Friday, June 27, 2014
Cerita Perjalanan di France dan Spain
Assalam buat semua.
Terlebih dahulu saya ingin ucapakan selamat menyambut Ramadhan al Mubarak, semoga Ramadhan ini membawa kebarakatan buat kita semua. Mungkin elok juga kalau saya ingatkan diri saya sendiri dan anda yang saya sayangi, pada bulan yang indah ini, kita akan sama-sama rajin membaca kitab suci al Quran, kerana bulan ini juga merupakan bulan al Quran. Insyaa-Allah.
Okey.... saya nak cerita secara ringkas tentang pengalaman kami ketika berada di perantauan baru-baru ini. Asalnya, memang rancangan suami saya mengajak saya untuk ke Sepanyol. Dah lama dia mengajak saya ke sana. Kami pernah ke sana suatu ketika dahulu. Bagi kami, Sepanyol merupakan negara yang sangat romantis. Tetapi kali ini kami mahu lakukan sesuatu yang berbeza. Kami mahu ke Peranchis juga dan mahu merantau Peranchis Selatan dan Sepanyol dengan membawa kereta sendiri. Kerana itu juga, kami mengajak anak bongsu kami untuk meneman kami dan alhamdulillah, semasa saya sibuk menulis skrip, saya dan Nabil sibuk juga mengatur perancangan untuk ke dua-dua negara itu. Bagi pihak suami saya, permintaannya ialah untuk melintasi jambatan tertinggi di dunia yang kebetulan terletak di Selatan Peranchis. Jadi, kami pun aturkan perjalanan agar apa sahaja yang kami ingin lihat dan rasa kami dapat lakukannya. Tentunya klimaks buat kami ialah untuk berada di istana AlHambra sekali lagi.
Alhamdulillah, kami dapat lakukan semua yang kami rancang. Syukur juga tiada apa-apa yang tak elok berlaku dalam perjalanan. Maklumlah, bukannya dekat. Sangat jauh dan sangat rigid aturcaranya, namun Allah swt meringankan semuanya. Hotel yang menjadi tempat tinggal kami di tujuh tempat juga sangat elok. Tak perlulah saya bicara tentang kosnya. Nama pun Eropah, tentulah harganya berganda-ganda dari Malaysia, tetapi kami sudah menjangkakannya, jadi tidaklah menghairankan. Tetapi, sekadar untuk berkongsi dengan pembaca semua, kos di Sepanyol lebih rendah sedikit kalau dibandingkan dengan Peranchis.
Untuk makluman juga, perjalanan kami dibantu oleh GPS yang Nabil aturkan. Sangatlah mudah untuk mencari jalan. Kami juga mudah untuk bersolat kerana mudah mendapat tanda arah kiblat. Alhamdulillah.
Apa pun, kami seronok kerana orang-orang Peranchis dan orang-orang Sepanyol sangat baik hati, sangat mesra dan sangat peramah. Walaupun ramai yang tak boleh bertutur bahasa Inggeris, mereka tetap melayan kami, alhamdulillah. Dari segi makanan, memang tiada masalah, tidak seperti dulu-dulu. Malah, di Sepanyol pun sangat mudah untuk mencari makanan halal, walaupun di pekan kecil, kami masih mudah untuk mencarinya. Rata-rata, memang banyak orang Islam di negara Peranchis, malah di Sepanyol pun dah ramai.
Kami juga seronok melihat pemandangan kedua-dua negara ini. Tak dapat nak saya gambarkan kerana semuanya indah belaka. Mungkin kerana kecantikan anugerah Illahi inilah perjalanan kami menjadi mudah dan tidak bosan. Ada kala, kami memandu lebih seribu kilometer dalam sehari.
Dalam perjalanan, macam-macam yang kami lihat, terutama ladang-ladang zaitun, ladang bunga matahari, ladang anggur, pelbagai ternakan terutama kambing, lembu dan kuda, pelbagai tanaman yang lain. Ada ketika, hingga beribu-ribu ekar ladang zaitun kami melihat saujana mata memandang. Alhamdulillah.
Bagi saya, perjalanan dari Sevilla untuk memasuki kota Malaga merupakan sesuatu yang sangat menakjubkan. Sangat mempesona mata yang memandang. Alhamdulillah. Gunung ganang, laut dan tasik, jambatan-jambatan dan pelbagai tanaman dan tumbuhan.
Kami bersyukur kerana Allah tunjukkan kepada kami betapa kami mendapat layanan yang baik daripada rakyat Peranchis dan Sepanyol walaupun saya kelihatan 'Muslim', mereka tidak descriminate.
Pada entri kali ini, saya akan letakkan gambar-gambar ketika kami berada di Alhambra dan juga Granada. Kami mengambil gambar-gambar dengan 3 buah kamera termasuk 'Gopro' jadi memang terlalu banyak gambarnya. Alhambra, istana yang sangat romantis. Kali ini, banyak sungguh pelawat dan tetamu yang hadir sama di istana itu.
Semoga anda dapat berkongsi rasa dengan saya. Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak.
Wassalam.
Taman di istana Alhambra
Wanita Sepanyol dengan pakaian mereka
Taman di Alhambra
Di istana AlHambra
Courtyard Alhambra
Buah anggur di taman Alhambra
Taman Alhambra yang romantis
Kawasan Granada diambil dari Alhambra
Istana Alhambra
Taman Alhambra yang sangat kemas
Tingkap Alhambra- tempat pertemuan Armand dan Nuraina
ukiran dan tiles di dinding istana Alhambra
Dalam kawasan istana Alhambra
Alhambra
AlHambra
AlHambra
Taman Alhambra
Jubin di dinding AlHambra
AlHambra
Pancur air di taman Alhambra
ukiran di istana Alhambra
Makanan Arab di Granada
Taman di Alhambra
Bunga di Alhambra
Ukiran di istana Alhambra
AlHambra
AlHambra
Ukiran di Alhambra

Dari bahagian atas Alhambra
AlHambra
Pancur air di taman Alhambra
ukiran di istana Alhambra
Makanan Arab di Granada
Taman di Alhambra
Bunga di Alhambra
Ukiran di istana Alhambra
AlHambra
AlHambra
Ukiran di Alhambra
AlHambra
AlHambra
Taman Alhambra
Alhambra
Alhambra
Taman Alhambra
Alhambra
Subscribe to:
Posts (Atom)