sekadar hiasan
Salam, semua
Okeylah, pagi ni jom kita bersembang tentang jenis-jenis suami yang wujud dalam dunia ni. Ada pelbagai, kan? Sebab suami ni adalah lelaki yang merupakan manusia. Sama juga macam isteri yang merupakan wanita yang juga manusia. Pun begitu, kaum Hawa memang suka kalau tajuk tentang suami dibicarakan.
Mesti anda nak tahu, adiwira tu yang macam mana eh? Huhu... macam Superman, macam Hero, macam Spiderman, macam Batman, macam Popye The Sailor Man, hahaha... apa-apalah, janji lagak mereka macam tu lah lebih kurang, semua boleh buat. Adiwira ni memang jenis rajinlah. Mana ada adiwira yang malas, ada ke? Hehe... ada tu jenis boleh masak kat dapur, siap boleh kemas lagi. Rajin pulak buat kerja rumah, tolong basuh pinggan, basuh kain (pakai mesin pun), siap sapu sampah, angkat sampah, basuh bilik air. Lagi hebat kalau bila bangun dari tidur, tolong pulak kemaskan bilik. Lagi best, bila dia juga tolong jaga baby, terutama baby yang suka berjaga malam. Suami yang macam ni, siap buatkan susu untuk baby (kalau tak minum susu badanlah), tolong tukarkan napkin, tolong mandikan baby dan anak-anak yang kecil.
Lagi dia jadi superhero kalau kereta isteri dia tolong cekkan. Pastikan ada air, ada minyak hitam, ada petrol lagi, supaya bila isteri bawa kereta, tak sangkut di mana-mana. Dah tu, rajin pulak cucikan sekali. Best punya suami.
Kalau anda dah bersuami, cuba tanya diri, 'suami aku ni jenis adiwira ke tidak?'
Yang jenis lagi satu pulak, mungkin fizikalnya tak lembut atau lembik, tetapi kelakuan dan perangainya yang lembik! Lagi lembik dari bubur nasi. Satu benda pun tak mampu nak buat. Tak usah haraplah nak tolong masak, tolong cuci sayur pun dia tak mahu. Tak usahlah nak lipat kain baju, lipat surat khabar pun dia malas. Bila dah baca, main campak aje. Tak usahkan nak cek enjin kereta isteri, kereta dia sendiri pun tak bercuci, apatah lagi di dalam enjin! Berhabuk dan berkarat selalu.
Memang ada suami yang jenis lembik, satu benda pun tak boleh nak buat dan tolong. Lagaknya macam bos, tapi bos lembiklah! Huhu... memang siapa dapat suami macam ni, aduhai... kalau boleh nak lipat-lipat dia, biar jadi macam lepat!
Okeylah, hari ni hari Rabu. Lusa akan bermulalah Pesta Buku Kuala Lumpur di PWTC.
Wassalam.