Buatlah apa yang hati kita suka dan apa yang kita tahu Allah akan suka. Buat baik akan dibalas baik...
Nature
Cinta baru dalam hidupku
Followers
Thursday, April 28, 2011
Zul Huzaimy di Booth KarnaDya
Salam semua,
Suka saya memaklumkan bahawa pelakon utama drama Kau Laksana Bulan, Zul Huzaimy akan berada di booth KarnaDya (A70-72 dan A49-51) di dewan Tun Razak 3, PWTC pada hari Sabtu (30 April 2011) jam 2:00 petang. Bagi mereka yang suka dengan novel KLB dan juga drama KLB yang diadaptasikan dari novel, silalah datang untuk bertemu dengan hero Malaya itu!
Wassalam.
Tempat Orang Kaya-Kaya
Gambar kanak-kanak yang kurang kemampuan di tanah haram
Salam
Begitulah yang saya rasakan, wallahua'lam. Semasa saya di kota Mekah dan Madinah dan melihat dengan mata saya sendiri bagaimana akhirnya nanti kedua-dua kota ini akan diubah menjadi kota-kota yang sofistikated, dikelilingi oleh hotel-hotel terkemuka, restoran dan toko-toko modern dan popular, mempunyai mall beli-belah yang canggih-canggih, ke manakah mereka yang tak berduit akan pergi? Mampukah mereka untuk datang ke tanah haram ini? Malah, semasa saya di masjidil haram, saya melihat banyak keluarga yang menumpang tidur di dalam masjid. Saya percaya mereka datang dari tempat yang jauh, ada yang sejauh India, Mauritius, Croatia, Afghanistan, tentunya Malaysia, Indonesia dan macam-macam lagi negara di dunia ini. Bukan semua yang ke sana merupakan orang-orang yang berada. Ada yang mengumpul duit mereka sepanjang hayat hanya untuk ke sana. Ada yang memang tak mampu, tetapi semangatnya tinggi, mereka tiba juga di tanah suci.
Setiap kali saya mendongak memandang kepada bangunan-bangunan canggih dan gah yang sedang dibina, saya berfikir lagi. Apakah mereka semua lupa bahawa tanah haram ini djadikan Tuhan untuk semua umat Islam? Bukan sekadar untuk mereka yang datang dari Bahrain, Kuwait atau UAE sahaja.
Tentunya kita perlukan kemudahan yang baik untuk kebaikan semua yang ada di sana. Tetapi kita tidak perlukan kemewahan untuk ke sana. Siapa yang kita nak menunjuk-nunjuk? Pada Tuhan ke?
Semalam, semasa saya berhenti berehat ketika berada di Pesta Buku PWTC. Saya melihat kanak-kanak sekolah yang duduk di tepi-tepi kawasan itu, sedang menunggu untuk keluar dari situ. Saya difahamkan ada yang datang sejauh Gua Musang dan merupakan anak-anak orang asli. Ada juga merupakan anak-anak yatim. Semasa saya bersembang-sembang dengan budak-budak itu, ada yang kata mereka tak mampu nak beli buku kerana tak berduit. Dan kerana itulah saya terfikir juga, mampukah budak-budak ini untuk makan di kawasan PWTC itu? Setahu saya, makanan dan minuman yang disediakan di situ mempunyai kadar harga yang agak tinggi! RM12 untuk sepinggan nasi. RM10 untuk nasi ayam. RM5 untuk sebungkus nasi lemak! Adoi... patutlah ramai kanak-kanak yang duduk melopong aje menunggu untuk keluar dari situ.
Bagi saya, apalah salahnya kalau di PWTC itu disediakan juga makanan-makan yang murah harganya, supaya mereka yang kurang duitnya mampu untuk makan dan tak perlu keluar dari situ untuk cari makan?
Okeylah... saya terpaksa bersiap-siap untuk ke PWTC lagi. Walaupun saya kata saya tak pergi, nampaknya ada permintaan untuk saya ke sana. Siapa yang belum datang lagi, jangan lupa untuk datang ya?
Wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)
