Saya masih teringat tentang kisah madu. Semasa saya di Yemen, di Wadi Douwan, di katakan madu di situlah yang terbaik di dunia. Kata mereka ia sangat elok, sebab lebahnya tinggal di kawasan gurun dan datang ke wadi untuk keluarkan madunya! Harga madu di sana pun (Grade yang tinggilah)sangat mahal. Ada yang mencecah RM500 hingga RM600. Orang ramai tetap beli juga. Rasanya pun memang sedap giler!
Tapi dalam entri ini bukan kisah madu itu yang hendak saya bualkan, tetapi madu yang satu lagi. Madu yang biasanya lebih pahit daripada madu lebah! Saya pernah bincangkan hal ini, tetapi kali ini saya nak cerita kisah yang lain sedikit. Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa saya suka cerita pasal hal ini. Mungkin kerana saya dibesarkan dalam sebuah keluarga 'poligami' dan saya juga mempunyai ramai adik-beradik dan kaum keluarga yang hidup bermadu. Terlalu familiar, walaupun saya tak pernah impikan keadaan yang seperti itu buat diri saya. Cuma, sebagai seorang manusia hamba Tuhan, saya tetap bersimpati kepada mereka yang bermadu (Tak kiralah isteri nombor yang keberapa) sekiranya mereka terpaksa melalui sebuah kehidupan yang pahit seperti empedu! biasa kita dengar luahan hati isteri pertama. Tapi saya kerap juga mendengar luahan hati isteri kedua / ketiga. Bagi saya, mereka tetap manusia dan saya juga percaya mereka juga kalau boleh tidak mahu hidup bermadu. Namun, jodoh kita semua ditetapkan Tuhan. Kalau sudah ditakdirkan begitu, memang tak bolehlah nak melawan. Pun begitu, ramai isteri kedua dan ketiga, hidupnya lebih terdera daripada isteri pertama. Biasanya, lelaki yang sanggup kahwin lebih dari satu ni, memang jenis yang 'baik'2 juga... jenis hati yang lembut dan suka kesian pada orang dan mungkin kerana inilah, kadang-kadang mereka juga terlalu menurut kehendak isteri pertama atau takut pada isteri pertama hinggakan isteri keduanya terabai!
Maaflah, hari ni saya ada mood nak sokong hati bukan isteri pertama. Lain kali saya sokong pula isteri pertama! hehe...