Assalam
Siapa yang tak sayangkan ibu mereka? Saya percaya memang ada yang tak kisah... tak apalah kalau begitu. Tetapi bagi saya, alhamdulillah Allah berikan nikmat ini kepada saya untuk rasa sayang pada ibu saya walaupun kini ibu saya sudah tua dan uzur. Semenjak dia di hospital, sayalah yang paling banyak dan kerap berada di sisinya. Bukan nak puji diri sendiri, sekadar untuk berkongsi rasa sahaja. Saya rasa memang rugi kot kalau kita tak ambil peluang untuk rapatkan diri dengan ibu kita selagi umur kita dan umur ibu kita masih ada.
Doa ibu sangat berkesan kerana Allah memang sayang pada ibu-ibu, jadi ambillah peluang untuk meminta ibu kita doakan untuk kita, insyaa-Allah doa ibu sangat makbul. Walaupun berat dan mungkin susah, janganlah kita lepaskan peluang untuk sentiasa berbakti pada ibu kita. Jangan kita lukakan hati mereka, jangan kita hancurkan hati mereka, jauh sekali membohongi mereka kerana semua itu akan merugikan diri kita. Buatlah baik kepada ibu kita selagi ada peluang untuk buat begitu.
Saya juga merupakan seorang ibu dan insyaa-Allah, saya sentiasa doakan yang baik-baik untuk anak-anak saya. Semoga mereka diberkati Allah SWT dunia dan akhirat. Amin.
Wassalam.
Habib dan cucunya masa hari raya.
