Saya berada di atas Gunung Jerai sekali lagi. Semalam, ketika mahu ke utara, berkali-kali kami tersangkut di highway kerana kemalangan yang besar. Sepanjang perjalanan hujan lebat dan ketika sampai di kawasan Sungai Dua, mereka buat operasi besar-besaran. Bertambahlah sesak jalan raya. Apapun, alhamdulillah kami tiba di puncak Gunung Jerai hampir tengah malam selepas berhenti makan di Restauran Pondok Dapur, restoran feveret kami. Suhu pun agak rendah sebab hujan. Memang best giler. Tengah hari nanti kami akan ke Sungai Petani untuk hadiri majlis perkahwinan sepupu saya.
Sementera waktu, saya nak ingatkan anda penggemar novel Selamat Malam Kekasih, jangan lupa untuk tonton ulangtayang drama Selamat Malam Kekasih setiap hari jam 2.30 petang di TV AlHijrah mulai semalam.
Wassalam.
Dari balkoni kamar kami di awal pagi
Sarapan di Resort
Royal Villa
Dari balkoni kamar- kelihatan pantai dan beberapa pulau
Firas