Cik Sandy datang ke tempat ini
Salam semua
Kita semua digembarkan dengan berita yang datangnya dari kuasa besar Amerika Syarikat. New York diserang Taufan Sandy. Sekalipun New York gah dengan bangunan-bangunan mencakar langit dan kawasan yang mewah lagi elit, namun bila taufan datang, New York terpaksa didaruratkan. Gah mana sekalipun, kita tak dapat melawan bencana alam. Masing-masing jadi takut dan kecut perut kerana tidak tahu apa yang akan datang. Sekarang ini, walaupun tidaklah banyak mana yang mati, namun kawasan tanah besar itu sedang berdepan dengan satu kerugian yang amat besar juga. Suka tak suka, kuasa besar itu tetap menggelabah juga.
Bayangkanlah kita di negara ini, yang sentiasa rasa selamat dalam apa jua keadaan. Namun kita tak akan tahu bencana apa yang mungkin datang menimpa kita kerana ini adalah kuasa Allah SWT. Gah mana sekalipun kita ini, kita tak tahu dugaan yang bakal muncul.
Mungkin tidak ada Taufan Sandy atau Cik Tsunami... kadang-kadang bencana itu kita yang timbulkan sendiri. Kita juga tak sedar apa yang sedang terjadi kerana rata-rata manusia ini cepat leka dan terasa senang diri, maklumlah kita tak susah, kan? Kita bukan macam Bagladesh, atau Nepal, atau pun Ethiopia, kita bukannya Mesir atau Syria. Kita rasa macam aman sangat di sini... namun kita jarang fikirkan tentang kelemahan diri dan kelemahan ini, kadang-kadang mampu berubah, bertukar menjadi penyakit yang mungkin satu hari nanti jauh lagi teruk dan dahsyat daripada apa-apa bencana alam. Nauzubillah.
Dalam perasaan yang hebat ini, mungkin elok kita duduk dan fikirkan. Semuanya kena belaka? Semuanya bagus sudah? Semuanya sempurna? Kerja kita macam mana? Kita ni jenis kuat berikhtiar ke tidak? Kita ni kuat bersabar ke tidak? Kita ni dekat dengan Tuhan ke tidak? Kita ni fikirkan diri sendiri, adakah kita juga fikirkan orang lain sama?
Okeylah... saya tidak bertujuan untuk takutkan siapa-siapa, sekadar untuk mengingatkan diri kita agar sentiasa berwaspada dan jangan leka. Insya-Allah, segala doa yang baik-baik itu dimakbulkan Allah SWT. Amin.
Wassalam.
Buatlah apa yang hati kita suka dan apa yang kita tahu Allah akan suka. Buat baik akan dibalas baik...
Nature
Cinta baru dalam hidupku
Followers
Wednesday, October 31, 2012
Tuesday, October 30, 2012
Romantis, Roman atau Romen?
Yang macam ini kita kata apa? - sekadar hiasan
Salam
Oh saya tahu, ramai yang akan menjenguk ke blog ini sebab saya membawa judul yang sangat 'hot' dan sensasi. Masing-masing mahu tahu apa yang saya tulis tentang hal ini. Mungkin ada juga yang keliru, antara tiga perkara di atas ini. Novel romantis tu yang macam mana, yang novel roman pula apa dan ada tak novel yang banyak bawak babak 'beromen'? Alahai... sebenarnya ada orang tanya saya hal ini, itulah yang saya bangkitkan kat sini. Nak lah bercerita sedikit... tak banyak pun. Kalau banyak, nanti ada yang leka dan ralit membaca entri saya ini.
Romantis tu macam mana agaknya? Mungkin ada yang nak tahu. Setahu saya, romantis itu adalah sesuatu yang ada kaitannya dengan percintaan dan keindahan. Kadang-kadang, taman, ruang makan, kamar tidur boleh kita kata sebagai 'mengwujudkan suasana yang romantis' sekalipun mungkin tak ada kisah cinta yang dikaitkan, sekadar gambaran sahaja. Suasana yang digambarkan itu menyentuh perasaan seseorang. Romantis tak jauh beza dengan romantik. Lebih kepada deskripsi keadaan dan suasana.
Roman pula, ada kaitan dengan 'novel roman' yang mempunyai banyak babak-babak percintaan antara lelaki dan perempuan. Mungkin roman di sini datangnya daripada 'Roman' yang datangnya dari Rome dan suatu ketika dahulu banyak unsur-unsur cinta lelaki perempuan yang datang dari sana. Istilah ini juga digunakan untuk kaitkan dengan sastera picisan yang terlalu memberi tumpuan pada babak-babak 'asmara'. Mungkin bentuknya lebih kepada semi lucah.
Perkataan 'romen' pula adalah sesuatu yang menjadi istilah bahasa pasar untuk menggambarkan keadaan wanita dan lelaki yang sedang ralit bercumbuan atau melakukan aktiviti asmara, atau mungkin juga aktiviti di atas ranjang. Orang kita kata 'beromen' dan mengikut kata teman saya, sekarang ini memang banyak dah novel-novel Melayu di pasaran yang membawa babak-babak sebegini atau erotik untuk pembacaan masyarakat kita.
Tahun 1970-an dan mungkin juga 1980-an, memang banyak novel-novel picisan sebegini diterbitkan untuk pembacaan umum. Rata-rata penulisnya adalah lelaki. Tetapi hari ini, banyak penulis wanita lebih berani dan daring dan sudah berani juga menulis novel yang mempunyai babak ranjang, babak erotik atau apa kita kata episod 'beromen'. Bukan cerita romantis. Jangan salah faham, ya?
Okeylah, sekadar menyampaikan maklumat sahaja agar anda di luar sana tidak keliru antara novel berunsur romantis dan novel bercorak roman, yang mempunyai kisah-kisah ranjang!

Monday, October 29, 2012
Bila Jatuh, Bangunlah Semula
Happy Face
Salam semua
Semoga anda ceria-ceria selalu. Semoga kita maintain jadi insan yang bertaqwa, insya-Allah. Amin.
Dalam perjalanan hidup kita, banyak yang akan terjadi. Banyak juga perkara-perkara tidak enak atau apa yang kita katakan sebagai negatif akan terus terjadi. Kalau tak banyak, sedikit. Itu merupakan lumrah kehidupan. Walaupun ada segunung wang dan harta sekalipun, kita tetap akan berdepan dengan dugaan.
Orang kata, tak penting kalau kita terjatuh pun kerana itu merupakan perkara biasa. Apa yang penting ialah sama ada kita mampu bangun semula dan terus berjalan laju. Kalau kita jatuh dan kita biarkan terus jatuh dan jatuh lagi, maknanya kita tak sayang pada diri kita. Kenapa agaknya kita terjatuh tadi? Kemungkinan besar kerana kalau kita tidak pernah jatuh, kita tak akan belajar untuk berjaga-jaga dan cuba untuk berjalan laju. Kita akan terus terhegeh-hegeh, tak pernah jatuh tetapi tak rancak berjalan pun. Cuba kita lihat bayi yang belajar untuk berjalan. Ada tak yang tak pernah jatuh? Mesti tak ada, kan? Kalau mereka tak jatuh, mereka akan beranggapan bahawa untuk berjalan itu terlalu mudah. Tapi bila jatuh, mereka tahu yang mereka perlu berwaspada dan jangan jalan terhegeh-hegeh sangat. Bila bayi jatuh, mereka akan bangun semula dan berjalan lagi. Walaupun takut, mereka tetap akan cuba berjalan. Insya-Allah.
Sebagai manusia dewasa, tak usahlah takut untuk jatuh, kerana biasanya kejatuhan itu akan membawa kita untuk menjadi orang yang lebih cemerlang. Dalam apa jua keadaan, kita tidak akan berhenti untuk belajar. Kita akan terus belajar dan melatihkan diri hingga ke liang lahat. Sekali terkena tidak bermakna kita akan sentiasa terkena. Sekalipun terkena banyak kali, kita jangan putus asa kerana setiap musibah yang datang itu ada cara untuk mengatasinya. Insya-Allah. Apa yang penting, kita perlu berusaha, bersyukur pada Tuhan sentiasa dan tentunya berdoa pada-Nya. Wallahua'lam.

Sunday, October 28, 2012
Sekalipun Putus Cinta, Biar Sahaja
Sekalipun pakwe anda handsome begini, kalau putus, biar sahaja
Salam
Semalam saya duduk relaks di rumah sambil menulis. Sebelah petang barulah saya keluar menghala ke Kuala Pilah (tak pergi sampai sana pun) mengikut Lekas Highway. Kami berhenti di sebuah restaurant untuk minum petang, lepas tu balik ke rumah. Kat rumah pun saya sambung menulis dan suami pula tengok movie, relaks-relaks. Kadang-kadang memang payah nak relaks sebab tak ada masa.
Saya pernah bawa kisah seperti ini di blog saya ini dan saya akan bawakannya sekali lagi. Kalau anda putus cinta, atau relationship anda tidak ke mana-mana tetapi putus di tengah jalan, tak usahlah anda meraung-raung, jadi macam orang bingung, atau asyik menangis siang dan malam. Jangan murungkan diri anda. Adalah satu kisah ni (real story), seorang young lady ni berjumpa dengan kawan-kawannya sambil duduk minum-minum. Dah lama mereka tak jumpa. Yang S beritahu kawan-kawannya yang dia dah dua minggu putus cinta. Katanya, dia sudah pun dirisik dan sedang aturkan untuk majlis perkahwinan, tiba-tiba kekasihnya ubah fikiran dan berkata padanya mereka terpaksa putus saja. Rupa-rupanya si kekasih dah jatuh hati pada orang lain.
Kata S, "Saya tak ada selera nak makan. Dah dua minggu saya murung. Tidur pun payah nak lelap."
Kawan-kawannya diam sahaja mendengar ceritanya.
Tiba-tiba kawannya N bersuara, "S... okeylah tu. Saya ni... baru aje bercerai dengan suami. Suami saya buat hal... ada perempuan lain. Dan saya pula ada di sini dengan anak kecil kami ni. S... tak usahlah awak sedih sangat. Sepatutnya saya yang lagi sedih sebab sekarang ni saya dah berstatus 'janda' dan 'ibu tunggal'. Tapi saya tak rasa kecewa pun. Saya okey. Saya juga tak nak bersedih. Buat apa? Kalau saya menangis keluar air mata darah pun, dia tetap bukan yang baik buat saya. Lebih baik saya ubah fokus saya untuk anak kecil saya ni. Saya tak peduli apa orang luar nak kata, tak ada sesiapa pun tahu apa yang terpaksa saya tanggung semasa berkahwin dengannya! Syukurlah awak tak sempat kahwin dengan kekasih awak tu., Cuba awak bayangkan... kahwin dengan dia!"
Sejak hari itu, S berubah. Sebenarnya dia tidak tahu pun yang kawannya N sudah bercerai. S jadi lega dan percaya ada hikmah di sebalik apa yang terjadi. Semangatnya jadi kuat. Minggu depan S akan berkahwin dengan orang lain, alhamdulillah. S lebih ceria dan bahagia daripada dulu, insya-Allah.
Ada apa pada cinta antara lelaki dan perempuan? Lebih baik kita fokuskan cinta kita kepada Allah SWT. Selagi kita cintakan-Nya, Allah juga akan mencintai kita, insya-Allah. Pun begitu, bukan semua cinta antara insan itu tidak bermakna, namun kita perlu berjaga-jaga dan berwaspada. Kalau bercinta pun, jagalah tertib, jadilah orang yang 'malu' kerana malu itu adalah perisai untuk kuatkan iman.
Percayalah pada Tuhan, setiap musibah yang datang itu ada sebabnya, hanya Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui.

Saturday, October 27, 2012
Activate Akaun FB
Firas dan Yusufia - Beraya Haji. Comel tak?
Salam
Semestinya kita masih berada dalam mood hari raya haji. Semalam, seperti biasa kami kesibukan kerana seperti biasa juga kami berkumpul satu famili. Alhamdulillah. Dapatlah meraikan hari raya korban. Tahun ini kami lakukan korban di negara Kemboja, semoga Allah swt memberkati hidup dan akhirat kita. Amin.
Sejak beberapa bulan yang lepas, saya activate semula akaun Facebook saya, tetapi saya tidak aktif di sana, sekadar untuk memudahkan hubungan dengan kaum kerabat yang berada di merata-rata tempat. Salah seorang daripada adik saya, memang aktif teramat sangat. Dia rajin update FB dia dan saya kata kepadanya, "Eloklah jadi penulis" Sekarang ini, dia mula buka blog pula, mudah untuk tulis panjang-panjang. Tak tahulah dia mampu bertahan lama atau tidak menulis di blog, kerana orang kaki tulis sahaja yang mampu aktif di blog. Apa-apa pun, memang tulis di blog seronok, tak macam di FB.
Semalam, kami makan satey buatan sendiri. Maklumlah bila dah ramai-ramai tu memang ramailah yang tolong membakar, dari tengah hari sampailah ke lewat malam. Semua satey ada, ayam ada kambing ada dan daging lembu pun ada, malah perut dan hati pun ada... hehe. Saya tak tolong apa-apa, yang buat semuanya ialah suami dan anak-anaknya (anak saya juga hehe). Sebaik sahaja habis solat Jumaat, mereka mula membakar satey. Alhamdulillah, cukup semuanya. Emak saya juga masak sambal goreng dan adik dan adik-adik ipar bawa makanan lain, pencuci mulut dan lemang. Memang meriahlah.
Hari ini saya keletihan. Walaupun saya tak masak apa-apa, tapi maklumlah bila dah raya tu semestinyalah sibuk. Saya tak masak, tapi tak berhenti-henti membancuh air. Jadi saya nak rehat.

Friday, October 26, 2012
Korban
Korban
Salam EidulAdha buat semua yang saya sayangi
Semoga kita menghargai dan reda dengan segala pengorbanan yang kita lakukan dalam hidup ini, di atas nama Tuhan kita yang maha Esa. Semoga hidup kita di dunia ini akan membawa kita ke syurga nanti, insya-Allah.
Bagi mereka yang ingin membaca novel-novel saya secara digital atau e-book, sila layari : http://e-sentral.com/
Saya tahu ramai yang sedang mencari. Jom kita cuba.

Thursday, October 25, 2012
Menulis Perlu Ada Stamina
Ini adalah restaurant Ayam Penyet di Jogja - saya suka tengok sinkinya. Lain kan?
Salam Eidul Adha buat semua
Buat masa ini, saya memang sibuk menulis. Maklumlah, deadline saya dah terlepas pun, terpaksa buat deadline yang baru. Esok dah hari raya, kan... jadi mesti tak dapat menulis lagi. Tak apalah, saya kena juga korbankan masa saya dan perhatian buat semua yang saya sayang. Walaupun saya juga sangat sayang dengan kerjaya saya, saya tak boleh abaikan keluarga. Insya-Allah.
Baru-baru ni, saya ada terbaca tentang mereka yang jadi penulis dan mampu bertahan di dunia penulisan buat tempoh yang lama. Serupa juga dengan bidang seni yang lain. Bila kita memasuki dunia ini, terpulanglah pada kita sama ada kita nak masuk dengan hati yang ikhlas atau kita nak masuk sebabkan 'trend'. Orang lain buat, kita pun nak buat sama. Kalau kita berada di platform penulisan sekadar untuk cuba-cuba atau hangat-hangat tahi ayam, memang kita akan datang dan berlalu pergi begitu sahaja. Malah, mungkin juga kita akan jadi popular atau meletup-letup buat seketika, lepas itu kita hilang terus dan orang pun lupa. Boleh jadi begitu. Sebenarnya untuk jadi penulis yang kekal lama di alam penulisan, terletak kepada keikhlasan dan kejujuran hati kita. Bukanlah bermakna bila kita cepat hilang kita tak jujur atau tak ikhlas, tetapi bermakna kita tak serius dalam bidang yang kita ceburi itu. Ia bermakna kita tak beria-ia dan tak bersungguh-sungguh.
Macam pakai bajulah. Kalau kita beli baju yang trendy dan up-to date, esok-esok kita dah tak boleh pakai baju itu lagi, sebab ia dah tak trendy lagi. Tapi kalau kita buat baju kurung atau jubah, lamalah ia bertahan dalam almari kita. Serupalah dengan apa yang kita tulis. Kalau kita pilih untuk tulis sesuatu yang terlalu 'fasionable', mungkin hayat karya kita itu tidak bertahan lama. Dua tiga tahun, lepas tu orang dah tak nak baca lagi. Tapi kalau kita pilih sesuatu yang 'ever green', buku kita mampu bertahan lama. Mungkin masa keluar tu ia tak meletup, tetapi sepuluh lima belas tahun masih ada yang mahu membacanya. Kalau bertuah, buku itu akan terus ada di pasaran hingga akhir hayat kita dan mungkin akan terus ada selepas kita di alam barzakh sekalipun.
Tidak mudah untuk jadi penulis yang bertahan lama, tapi untuk jadi penulis memang tak susah. Tapi, kalau sekadar tulis sekali atau dua kali meletup, lepas tu tak berdaya nak tulis lagi, kita tak akan berada di persada dunia penulisan untuk jangka masa yang lama. Kita merupakan pakaian yang trendy, bila hilang trend, kita pun hilang sama.
Nak jadi penulis yang bertahan lama, kita perlukan stamina. Tak boleh hilang stamina selalu. Bila tak ada stamina, payahlah kita nak kekal lama. Jadi, bila kita nak jadi penulis, kita kena bersabar. Janganlah asyik nak jadi penulis yang menulis buku 'meletup'. Bila meletup kita rasa hebat, tapi lepas tu kita hilang stamina, maka kita tak mampu untuk meletup lagi. Lebih baik kita jadi penulis yang mampu bertahan lama. Sampai bila-bila pun kita boleh berkarya, kerana sebenarnya kita adalah seorang penulis yang berjiwa penulis.
Bacalah banyak-banyak, tak kira karya apa sahaja. Kalau tak cukup baca tapi dah jadi penulis, mungkin kita tak mampu untuk bertahan lama. Bila kita tulis pula, tulislah baik-baik. Bila tak baik, kita buang dan tulis lagi. Jangan putus asa, jangan putus semangat dan jangan hilangkan stamina menulis.
Selamat menyambut dan meraikan Eidul Adha buat semua yang datang ke blog ini.

Wednesday, October 24, 2012
Tak Payah Buka Apa Yang Allah Tutup
Salam
Hari ini saya kesibukan. Tapi saya ingin tampalkan nasihat di bawah ini agar kita sebagai insan di dunia Tuhan beringat-ingat untuk kebaikan kita semua. Semoga Allah SWT merahmati kita, insya-Allah.
'Al-Quran melarang perbuatan mengintip bagi mencari maksiat peribadi yang bukan jenayah awam. Firman Allah dalam Surah al-Hujurat ayat 12: (maksudnya) “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang..” Al-Imam al-Tabari (meninggal 310H telah menghuraikan dengan jelas maksud ayat ini. Antaranya: wala tajassasu bermaksud jangan kamu mencari keaiban satu sama lain, jangan kamu mencari rahsia-rahsianya dengan tujuan untuk mengetahui kecacatannya. Namun berpadalah dengan apa yang nyata dari dirinya. Nilailah dia atas asas tersebut sama ada baik atau buruk. Jangan kamu mencari kesalahannya. Kata Ibn ‘Abbas: “Allah melarang orang mukmin daripada mencari keburukan-keburukan mukmin yang lain. Kata Mujahid: “Ambillah apa yang nyata, dan tinggalkan apa yang Allah tutup”.
Kata Qatadah: Tahukah kamu apa itu tajassus? Iaitu kamu mencari-cari keaiban saudaramu untuk mengetahui rahsianya. Kata Ibn Zaid: “Tajassus itu kamu berkata: sehingga aku dapat lihat kesalahan itu, aku bertanya mengenainya untuk mengetahui adakah benar atau tidak”.( al-Tabari, Tafsir al-Tabari, tahzib: Dr Salah al-Khalidi, 7/40-41 Damsyik: Dar al-Qalam (1997)'.
Semoga huraian di atas menjadikan kita manusia yang sentiasa beringat. Masya-Allah.
Wassalam.
Tuesday, October 23, 2012
Kota Jogja dan Orangnya.
Salam
Memang tak ramai orang Malaysia ke Jogja kalau dibandingkan Bandung, Jakarta atau Bali. Saya percaya ada sebab-sebab tertentu, tetapi saya tak hairan kalau memang kurang orang Jogja yang mahu bekerja di Malaysia. Rata-rata, orang di sana mampu untuk hidup selesa. Bukan hanya tempatnya agak menarik dan penuh dengan budaya, tetapi cost of living nya agak rendah tetapi standard of living nya pula okey. Kata suami saya, kalau dia ada projek di Jogja, dia sangat suka untuk tinggal di sana. Murah tetapi sangat selesa.
Rata-rata juga, orang-orang di sana sangat friendly. Di hotel kami, ada beberapa kumpulan pelawat dari bahagian lain di Indonesia (mungkin Jakarta dan Bandung), dan mereka kelihatan high class dan kurang friendly. Mak cik-makciknya sangat bergaya, bertas tangan prada atau LV (pelawat yang saya maksudkan), pakaian sedondon warna dengan tas tangan dan kasut, siap rambutnya tinggi-tinggi belaka, dengan pembantu yang ada untuk mengiring mereka. Tak samalah macam kami yang datang dari Malaysia ni... hehe... sangat simple.
Kami seronok makan di sana, bagi kami sangat murah. Kami tak kisah pun makan di hotel, masih murah kalau dibandingkan makan di hotel besar Malaysia. Malah, pada malam pertama, saya dan anak saya, kami siap buat facial di kamar tidur kami. Ada tukang buat facial yang datang (disediakan pihak hotel). Sangat berpatutan harganya. Kalau nak dikirakan, memang kami terasa 'holiday mood' nya. Kereta sewa (siap dengan minyak dan pemandu sekali) pun sangat berpatutan harganya. Dah tu, pemandu kami Mas Anang (bukan yang penyanyi tu tau) sangat friendly. Apa saja yang saya suruh dia tunjukkan, dia menurut sahaja. Seronok betul dia melayan kami.
Walaupun kedua-dua candi besar, Borobodur dan juga Prambanan itu tidak sehebat Angkor Wat di Cambodia, tetapi bagi saya, kedua-dua kawasan itu merupakan tapak penting yang perlu kita lihat dengan mata kita sendiri. Malah, setelah melihat, barulah kita faham dan dapat rasakan budaya tinggalan kerajaan-kerajaan besar yang pernah memerintah pulau Jawa suatu ketika dahulu sebelum datangnya Islam di pulau itu.
Di Jalan Malioboro (kawasan happening yang terletak tak jauh dari hotel kami), pada malam harinya sangat aktif dengan anak-anak muda yang berkeliaran. Ada ramai yang jual produk kraftangan mereka, terutama lukisan. Mereka datang dengan motosikal (tapi tak merempit) dan saya tak pernah tengok jumlah motosikal yang banyak macam tu parkir di tepi jalan. Anak-anak muda duduk hang out menikmati pelbagai kumpulan muzik jalanan yang bagi saya, sangat interesting. Mereka bermain muzik dengan alat-alat tradisional tetapi membuat persembahan moden. Sangat unik. Di sana bukan sekadar ada banyak beca (harganya murah tidak seperti di Melaka), ada banyak juga kereta kuda yang mengenakan tambang yang sangat berpatutan.
Kami tidak ke Solo walaupun pada mulanya bercadang untuk ke sana juga. Tetapi kerana tak cukup masa, kami batalkan niat kami itu. Jadi, kami habiskan masa di Jogja sahaja, pun tak puas kerana tak cukup masa. Untuk makluman anda, barang-barang seperti pakaian, kain ela, dan macam-macam lagi, sangat berpatutan harganya. Begitu juga dengan kenderaan dan harga rumah, sangat berbeza dari Malaysia. Kereta lebih murah dan rumah jauh lebih murah. Di sana juga, untuk fesyen Muslimah, sangat trendy, stailo-milo dan harganya sangat okey!
Overall saya berpuas hati dan seronok ke Jogja. Kalau anda sedang fikirkan untuk ke mana bila cuti nanti, kenapa tak nak cuba Jogja? Harga hotel juga sangat berpatutan dan anda boleh cuba pelbagai jenis makanan. Ada macam-macam tempat yang anda boleh pergi untuk melawat. Yang best ialah orang-orangnya. Sangat friendly maa.
Wassalam.
Melukis batik di Lobi Hotel
Kawasan penduduk. Nampak tak ada kedai potong rambut?
Nasi gudeg - makanan khas Jogja (buat dari nangka muda dan ayam goreng)
Bakal pemain bola Indonesia - di dataran kraton.
Menarik, kan? Kami ambil ni di sebuah surau.
Jogja di Malam hari
Jogja di malam hari
Candi Borobodur - masa kami di sana, cuaca sangat panas.
Di Jalan Malioboro - kawasan happening
Alat Permaian Gamelan di lobi hotel. Kereta kuda pun ada.
Gerbang Kraton
Sawah padi - kawasan desa
Candi - banyak yang musnah akibat gempa bumi

Monday, October 22, 2012
Apa Bestnya Yokyakarta atau Jogja?
Salam semua
Oh ya, semestinya saya rindu pada anda semua. Kalau tak rindu bermakna tidaklah sayang, kan? Tapi kan... telinga saya ni masih terdengar-dengar lagi lagu-lagu Jawa yang selalu didendangkan di mana-mana sahaja kami pergi. Begitulah bangganya masyarakat Jawa di kota Yogyakarta atau apa kita panggil sebagai 'Jogja' sahaja. Orang Jogja sangat bangga dengan bangsa mereka, malah mereka juga kaya dengan adat budaya yang sangat kuat dipegang mereka. Sekalipun 75% rakyat Jogja merupakan orang Islam, namun mereka (tak kira agama apa) sangat kuat dengan budaya yang diamalkan.
Mesti anda nak tahu kan, best tak pergi ke Jogja ni? Hahaha... macamlah anda tak kenal saya, pernah tak saya kata ada tempat yang tak best kat dunia ni? Tentulah saya sangat suka dengan apa yang saya lihat dan apa saya alami ketika berada di sana. Dunia kurniaan Ilahi untuk semua insan. Saya sangat tertarik dengan budaya Jawa amalan rakyat daerah itu. Kota yang masih banyak kratonnya (istana) dan kota yang sangat menghormati raja-raja mereka. Di mana-mana saya pergi, lagu-lagu klasik Jawa akan berkumandang. Malah, setiap pagi ketika bersarapan, itulah lagu-lagu yang kami dengar di ruang makan hotel yang berlatarkan swimming pool bertaman nusantara. Sangat autentik dan buat kami tidak lupa pada Jogja.
Semua orang di sana sentiasa ingatkan kami untuk makan makanan mereka terutamanya Nasi Gudeg (buat dari sayur nangka), beli batik mereka (katanya antara terbaik di Indonesia), rasa kudapan mereka, lihat budaya mereka dan lihat juga kerja seni mereka. Walaupun Jogja kaya dengan kesenian, termasuk batik, lukisan dan kraftangan perak, Jogja juga mempunyai banyak sekolah-sekolah agama, kolej-kolej dan universiti yang terkemuka dalam pelbagai bidang. Ilmu merupakan sesuatu yang sangat sinonim dengan kota yang kaya dengan adat dan budaya itu. Sejak beribu tahun yang lalu lagi, Jogja sudah ada dan sudah tegak kerajaan dan pelbagai candi dan bangunan yang hari ini merupakan heritage rakyatnya.
Memang tak sah kalau ke Jogja tidak melihat candi-candinya. Ada candi Buddha dan ada juga candi Hindu dan ada juga sebahagian besar candi-candi itu termusnah dalam bencana gempa bumi di kawasan itu dan kini sedang dibaik pulih. Kota cantik ini juga mempunyai banyak masjid-masjid lama dan baru dan sentiasa kedengaran azan ke mana sahaja kita pergi. Tidak jauh dari kotanya, sudah ada kawasan kedesaan yang masih kerjakan hasil-hasil pertanian seperti padi, buah salak, sayur-sayuran, mangga dan macam-macam lagi. Tanah di sana sangat subur kerana tidak jauh dari gunung berapi. Malangnya kami tak dapat melihat Gunung Merapi (yang masih aktif) kerana cuaca kurang elok.
Bagi saya, Jogja ada sedikit macam Bali (tidak terlalu komersial seperti Bali), ada juga seperti Bandung dan Surabaya, tetapi Jogja sangat bersih, cantik dan menarik. Sangat-sangat Jawa. Orangnya sangat friendly dan lembut bahasanya. Berhenti dulu di sini untuk beri sedikit ruang saya letakkan foto-foto yang diambil di sana. Paling best... masa di sana, terasa mood holiday... hehe... best sangat-sangat!
Wassalam.
Kedai lukisan
Taman Sari - tempat mandi keluarga raja
Wayang kulit
Kraton - jadi kedai batik
Candi Prambanan
Menghala ke Candi Borobodur
Taman di kawasan Candi Borobodur
Naik beca
Lukisan

Wednesday, October 17, 2012
Ku Sangka Nak Hujan, Rupa-Rupanya Tak Jadi
Salam
Hari ini hari Rabu dan di luar sana kelihatan gelap, tapi burung sedang berkicau-kicauan, mungkin tak hujan kot. Lagipun malam tadi dah hujan. Tapi kalau hujan pun saya okey aje. Mungkin ada orang tak berapa gemar kalau hujan di siang hari, susah nak cari rezeki, terutamanya kalau anda meniaga makanan di gerai-gerai. Tapi kan, kadang-kadang kita rasa yang hujan mungkin akan mengganggu rezeki orang tapi di sebaliknya pula, kalau dah rezeki tu ada, ribut taufan pun masih okey juga. Orang tetap berpusu untuk datang membeli. Insya-Allah. Bila hujan, perut terasa lapar. Kalau boleh nak beli makanan dan terus pulang ke rumah untuk makan.
Okeylah... seperti yang kita sedia maklum, kita tak pernah tahu apa yang ada di masa depan kita. Kita rancang macam-macam, tapi kadang-kadang apa yang kita rancang dan impikan tak jadi ke situ. Namun begitu, bila Tuhan sudah menentukan masa depan kita dengan sesuatu itu, insya-Allah itu lebih baik daripada apa yang pernah kita fikirkan. Termasuklah bidang pengajian, pekerjaan dan insya-Allah juga jodoh. Mungkin kita belajar dalam bidang tertentu, tapi bila kita keluar dan mencari rezeki, bidang kerjaya kita tu tak ada kaitannya dengan apa yang kita belajar dulu. Tak rugi, beb.... sebabnya apa sahaja yang kita belajar dulu tu, itu adalah ilmu untuk kita matangkan fikiran. Bila kerja pun, kadang-kadang setelah lakukan sesuatu, kita tak rasa sesuai, lalu kita pun tukar kerja. Tahu-tahu, ada kerja lain yang lebih sesuai dengan jiwa kita. Orait, kita pun okey aje.
Ada orang bercinta dari sekolah rendah lagi. Tapi bila dah ready untuk berkahwin, tahu-tahu tak menjadi. Walaupun mungkin hati tak berubah dan tak ada pun orang ketiga, tapi sesuatu di keliling kita tak mengizinkan kita untuk bersatu. Maka terputuslah ia. Tak apa... jangan panik dan berasa hampa. Kerana apa yang akan jadi jodoh kita kemudiannya, insya-Allah itu lagi baik daripada apa yang anda tinggalkan itu.
Itulah dianya, bila hari gelap, kita sangka nak hujan, rupa-rupanya tak jadi.
Okeylah... mulai esok, blog ini tidak akan diupdatekan hinggalah hari Isnin depan, insya-Allah. Saya akan ke Jogja (YogYakarta) dan juga Solo, Indonesia, bersama suami, dua orang anak dan seorang cucu. Saja-saja je... nak relaks2, dah lama tak berjalan. Semoga saya akan kumpulkan ilham kalau diizinkan Allah swt. Sehingga kita berjumpa lagi, salam sayang saya buat anda yang rajin ke mari dan jaga diri ya!
Wassalam.
PS: Ada yang mencari novel saya 'Buah Hati Meera'. Untuk makluman, novel itu diterbitkan secara digital sahaja atau apa kita panggil e-book.
Masuklah ke :
http://www.e-sentral.com/search/byid/1713
Tuesday, October 16, 2012
Betul Ke Apa Yang Kita Rasa Bagus Itu Betul-Betul Bagus?
Tak bagus naik kereta api macam ni, tak nampak keretapinya... hehe
Salam
Adakah kita ni merupakan manusia atau insan yang sunyi? Atau mungkinkah kita terasa kosong dalam hidup dan perlukan sesuatu yang dapat mencabar minda kita setiap hari? Tentunya, perasaan manusia itu lain-lain, kan?
Pernah tak kita dengar tentang orang kita iaitu orang Melayu atau orang Malaysia lah... kadang-kadang atau boleh dikatakan selalu jugak lah... kita lagi suka percaya pada orang luar daripada orang kita sendiri, kan? Kalau ada seorang mamat Melayu datang kat kita dan nak jual kek buah, kita macam malas aje nak beli walaupun mamat tu kata yang kek tu mak dia yang buat sendiri. Tapi bila datang pulak seorang mamat Mat Salih yang berambut perang dan mata coklat menjual kek buah nak akan-akan jugak macam mamat tadi, kita lagi teruja nak beli. Tak payah pun mamat mat salih tu kata siapa yang buat kek tu, tapi kita rasa yakin yang mamat mat salih jual kek lagi sedap rasanya, lagi hebat semuanya. Hahaha... bila mat salih datang pada kita, semua berubah jadi sesuatu yang berbeza. Begitulah sikap kebanyakan orang.
Sama juga bila ada sebuah syarikat besar menjual produk, kita pun berkobar-kobar nak beli sebab kita sangat yakin dengan produknya. Maklumlah syarikat tu dah lama ada, sedangkan satu lagi syarikat kecil menjual produknya, kita langsung tak memandang, sekalipun ada orang bagi tahu pada kita yang produk syarikat itu lagi mengancam! Beginilah kebanyakan kita kan, rasa payah nak percaya pada sesuatu yang kita dah set dalam kepala otak sebagai tak elok. Kadang-kadang apa yang kita 'deal' dengan sebuah syarikat atau orang yang kita yakin tu, tak ada apa-apa pun atau orang kata tak menjadi pun, tapi orang biasa atau syarikat kecil itulah yang menjadi. Tapi sebagai manusia yang malas untuk berfikir atau malas nak semak, akhirnya kita rugi atau kerugian.... tak apalah kot, dah biasa macam tu.
Kita memang mudah termakan dengan iklan, kan? Biasanya orang banyak duit, mereka akan guna iklan untuk bayar bagi dapat pembeli. Lagi banyak iklan, lagi mudah menjual. Strateginya juga guna orang-orang yang boleh mengubah mind set kita. Sebab itulah dalam iklan kita nampak orang yang cantik-cantik, yang segak, atau yang kelakar, sebab orang-orang macam tu buat kita ingat. Sekalipun produk tak bagus tak apa, janji iklan sangat bagus dan pembeli terpedaya.
Agaknya, kita berfikir dulu tak sebelum nak beli sesuatu tu? Atau kita memang terpengaruh dengan apa-apa sahaja yang dah bina keyakinan kita?
Saja saya bawak cerita begini, mungkin untuk mengingatkan diri saya agar sentiasa berfikir sebaik-baiknya sebelum percaya dengan sesuatu sebagai 'bagus' hanya kerana melihat siapa tuan punya produknya. Kita menjadi manusia yang malang kalau kita yakin pada sesuatu yang sepatutnya kita anggap sebagai sama sahaja dengan sesuatu yang lain atau mungkin sesuatu yang lain itu lebih baik daripada apa yang telah meyakinkan kita!
Mungkin anda confuse, tapi fikir-fikirkanlah. Kadang-kadang apa yang kita sangka tak bagus itu, itulah yang sebenarnya paling bagus. Tapi kita dah melepas untuk mendapatkan yang bagus.

Monday, October 15, 2012
Kahwin Paksa, Tak Indah Mana
Sekadar hiasan
Salam
Pagi ini anak sulung saya dah pun sampai dari Germany, alhamdulillah. Mujurlah rumah kami dekat dengan airport, sekejap aje dah boleh sampai.
Okeylah, saya nak bercerita tentang sesuatu yang sangat real. Orang kata, boleh kalah semua realiti show, sebab ini yang betul-betul berlaku di dunia kita. Kita selalu tengok drama kisah perkahwinan yang konon-kononnya dipaksa atas pasangan. Banyak juga buku cerita yang mengisahkan hal ini hinggakan remaja hari ini ada yang tergila-gila nak baca kisah kahwin paksa. Mungkin ramai yang teringin juga nak kena kahwin paksa. Cumanya di Malaysia ni, payah nak dengar kot kisah mereka yang kena kahwin paksa. Kalau ada pun sekadar perkahwinan yang diaturkan, tetapi sebelum kahwin pasangan dah jumpa dan berkenalan. Memang tak samalah macam cerita orang kahwin paksa.
Kalau di UK, kita selalu dengar tentang kahwin paksa ni di kalangan rakyat Pakistan dan India, begitu juga di negara-negara sub continent, India dan Pakistan, memang selalu sangat. Tapi hari ini saya nak bawa cerita benar tentang kahwin paksa di Yemen, terutamanya daerah yang saya kenal iaitu Hadhramaut. Seperti pembaca blog ini sedia maklum, saya memang kenal ramai student Yemen yang belajar di sini. Bila mereka dah habis belajar pun ramai yang contact saya dan menjadi rapat. Saya seperti ibu dan kawan mereka.
Di sana, memang menjadi budaya dan amalan mereka untuk berkahwin dengan gadis-gadis yang dipilih dan diatur oleh keluarga. Dan juga, mereka tidak melihat gadis-gadis itu hinggalah setelah menikah. Kiranya, malam pertama tu barulah tahu bagaimana rupa isteri mereka. Bayangkanlah... tentu kita sebagai manusia biasanya dah mempunyai impian dan harapan pada pasangan kita. Tapi bila tak pernah lihat wajahnya, macam mana rasa agaknya bila pandang buat kali pertama?
Saya dah lama kenal S. Dia berkahwin sekitar dua setengah tahun yang lepas. Semuanya diaturkan buatnya. S belajar di Malaysia dan bila berkahwin, berkali-kali juga S datang ke Malaysia, tapi saya tak pernah pun jumpa isterinya. Sekali tu, S datang dan tunjuk gambar anak yang baru lahir. Sangat comel baby nya itu. Masa saya ke Mekah pun saya ada hubungi S, tapi malangnya S berada di Yemen dan tak sempat nak datang jumpa saya di Saudi.
Baru-baru ini saya dimaklumkan bahawa S sudah lama berpisah dengan isterinya. Saya memang terkejutlah kerana biasanya, mereka bukan jenis yang suka bercerai-berai, jadi saya tanyalah mengapa? Katanya, sekarang ini, memang dah susah buat lelaki Hadharamaut menerima perempuan yang tak sama wave length dengan mereka. Kata S kepada saya, "Dari hari pertama lagi saya tahu saya akan berdepan dengan masalah. Dan memang tepat jangkaan saya tu. Walaupun mungkin latar belakang kami sama, tetapi kami dah tak sekufu lagi. Saya dah ada banyak pendedahan dan dia pula masih terperap di sana dan masalahnya dia tak mahu ikut saya ke mana-mana. Jadi susahlah. Paling susah kerana keluarganya turut campur tangan."
Jadinya... kahwin paksa sebenarnya boleh jadi tak indah mana. Janganlah berangan-angan, konon-konon best giler!
Aduhai... sedihnya saya dengar. Sekarang ini, semua pelajar Yemen yang lain (yang saya kenal), takut nak kahwin macam tu lagi. Masing-masing nak cari bakal isteri sendiri, tapi masalahnya, boleh ke? Hahaha...
Ada tu kata pada saya, "Aunty... kalau cari orang Malaysia, boleh tak?" Hehe, boleh tu memang boleh, tapi nak ke minah-minah Malaysia ikut mereka balik ke Hadhramaut? Memang boleh, kalau minah-minah tu jenis adventurous macam saya... yang suka appreciate tempat lain. Wallahua'lam.

Sunday, October 14, 2012
Orang Kaya Berbudi Bahasa
Bugshan Group - sekadar hiasan
Salam
Seperti yang saya katakan, malam tadi kami ada majlis perkahwinan di KL. Kebetulan pula, teman kami dari Saudi Arabia tiba dan mahu berjumpa dengan saya dan suami. Jadi, terpaksa kami pendekkan kehadiran kami di majlis perkahwinan (Chinese wedding) yang kebetulan berlangsung di Hotel Westin dan bergegas pula ke Hotel Mandarin Oriental yang terletak tidak terlalu berjarak (nasib baik). Kami bertemu dengan rombongan Sheikh Abdullah Bugshan, yang suatu ketika dahulu kami bertemu di Yemen. Mereka pergi ke negara China dan dalam perjalanan pulang, mereka singgah di Malaysia. Sheikh Bugshan singgah untuk jumpa penuntut-penuntut Hadhramaut yang belajar di Malaysia di bawah tajaannya.
Malam tadi juga, selepas makan malam (kami tak join pun makan malam sebab ada di majlis perkahwinan), sekitar jam 10.00, ada pula majlis samrah (muzik dan tarian Arab Hadrami) dan ketika itulah kami join mereka. Seperti biasa, saya merupakan 'the only lady'. Sempat saya berbual dengan Ali Sulaiman yang turut datang bersama Sheikh Abdullah Bugshan, dan Ali yang sepatutnya menjadi pengurus Resort Heyd Al Jazeel di Hadhramaut (macam novel saya Matahariku), terpaksa bekerja di Movernpick Hotel di Mekah (dekat jam besar Mekah), kerana katanya di Yemen masih tidak aman dan tak dapat jalankan resort itu buat sementara waktu.
Seronok sangat-sangat dapat berjumpa dan berbual dengan Ali (dia macam anak saya) dan begitu juga dengan dia, sangat teruja untuk berjumpa kami. Kata Ali kepada kami, dia suka berada di Mekah, kerana sentiasa berpeluang untuk solat di depan Kaabah. Syukur... dan aduhai... kami pun rasa macam nak sangat pergi ke Mekah lagi (tapi tak duduk kat Movernpicklah - mahal giler). Jam satu pagi barulah kami tinggalkan Mandarin Oriental. Masa kat hotel itu, saya terpaksa order mee goreng mamak pulak, sebab tak kenyang (kerana saya tak makan sangat masa kat majlis perkahwinan tu).
Okeylah, sebenarnya ada sesuatu yang Ali Sulaiman maklumkan kepada kami yang merupakan sesuatu yang mengejutkan juga, mungkin lain kali saya bercerita pulak.
Bagi anda yang tak familiar dengan nama Sheikh Abdullah Bughshan tu... dialah merupakan Arab kaya yang saya ambil untuk novel saya 'Matahariku' dan anak saudara dialah saya jadikan hero novel saya itu. Pengalaman 'first hand' dengan orang kaya macam Skeikh Bughshan (travel dengan private jet (kapal terbang sendiri)) itu memberi saya peluang dan ilham untuk novel itu. Untuk makluman anda, Sheikh Bugshan sangat rendah diri walaupun kaya raya. Mungkin anda boleh baca entri-entri lama saya (ketika saya ke Yemen) untuk membaca kisahnya.
Take care dan wassalam.

Saturday, October 13, 2012
Ikut Suka Hati AJe Nak Cakap Apa...
Awek Cun - Kristine Hermosa (pelakon Filipina)
Salam
Pagi Sabtu begini, kadang-kadang teringat macam nak berjalan-jalan, tapi hari ini, setakat breakfast di luar okey kot. Sebabnya saya nak menulis. Lagipun, petang nanti nak keluar lagi, ada wedding kat KL. Saya kena keluar awal sikit, takut hujan macam semalam... traffic jam pulak. Kalau ikutkan hati nak duduk di depan komputer aje, tapi malangnya tak boleh... huhuhu...
Berbalik pada judul entri ini. Kadang-kadang kita macam tu, kan? Kita main ikut mulut aje nak cakap apa-apa. Tak fikir langsung tentang hati orang yang mendengarnya. Kadang-kadang kerana kita terlalu ghairah tentang sesuatu tu, kita pun bercakap-cakaplah, tak ambil hal pun mungkin orang yang mendengar itu tersentuh hatinya. Saya bagi contoh yang mudahlah. Misalnya kita sedang mengumpat tentang seorang selebriti yang berstatus janda. Kita mungkin mengeluarkan kata-kata seperti ini, "Itulah... bukan main gedik lagi. Patutnya ingatlah awak tu dah ada anak tiga, sibuk nak bercintan-cintun... tu lah orang-orang macam ni, kan. Kalau dah janda tu memang susahlah... kalau tak bujang, laki orang. Mesti nak dikebasnya!"
Kebetulan pula bila lepaskan kata-kata begitu, kebetulan salah seorang yang mendengar itu juga merupakan seorang yang berstatus janda. Rasa-rasanya dia terasa tak?
Mungkin kita tak kisah sebab kita jenis mulut celopar pun, memang pantas mengata orang. Tapi yang pelik pulak tu, kalau ada orang terlepas cakap apa-apa dan terkena pula batang hidung kita, cepat pula kita melenting! Hahahaha...
Biasa macam ni, kan? Kita boleh kata apa-apa saja, tak peduli siapa mendengarnya, tapi kalau orang kata kita, kita pun melompat marah!
Satu lagi contoh. Katalah kita sedang melihat sebuah lukisan yang dilukis oleh seorang pelukis dan pelukis itu ada di sebelah kita. Kita pun bercakap, "You tahu... hari tu kan, I tengok ada satu art work ni kat...., cantik giler work orang tu. I suka giler!"
Tak ke bodoh namanya? Kerana dengan sengaja keluarkan kata-kata bodoh macam tu. Mestilah pelukis itu berkecil hati. Awak bercakap tentang work orang lain sedangkan awak tak puji pun work dia. Betul-betul tak sensitif.
Okeylah... saya bercerita sekadar untuk mengingatkan kita, bila kita nak kata sesuatu tu, sebelum buka mulut kita yang cantik tu, lihat dulu siapa yang ada dekat dengan kita. Jangan sampai kita merobekkan hati mereka yang mendengar.

Friday, October 12, 2012
Duit Seciput Tapi Bertahan
Hanya hiasan
Salam pagi Jumaat
Semoga kita berada dalam keadaan yang baik-baik hendaknya.
Ada orang bertanya saya, Kak Aina tulis tentang apa pulak kali ini? Hehe... tak boleh cakap. Yang boleh saya katakan ialah kali ini juga sangat berlainan daripada yang dulu-dulu, latar belakangnya, karakter-karakternya, kerjayanya, keluarganya dan juga jalan ceritanya, tak pernah lagi saya tulis sesuatu yang begini. Semoga pembaca-pembaca saya juga turut teruja nanti. Insya-Allah. Kata orang putih, "Right now I am so into it."
Pagi ini, saya akan ke rumah jiran buat seketika, untuk meraikan 'tea ceremony' untuk perkahwinan puterinya. Jiran saya ini berketurunan Cina tetapi kerana dia dah biasa sangat dengan orang Melayu, apa sahaja yang dibuatnya, mesti kami pun ikut serta. Malam tadi dia buat majlis perkahwinan untuk semua jiran-jiran dan kami makan Chinese Muslim food. Sedap teramat sangat.
Pada pagi yang penuh barakah ini, saya ingin katakan sesuatu sekadar untuk ingatan kita semua. Kadang-kadang kita dapat banyak duit dan banyak harta, tetapi kerana tiada barkatnya, duit dan harta itu bagaikan hilang begitu sahaja. Kadang-kadang pula, kita dapat sangat sedikit, tetapi kerana barkatnya juga, yang sedikit itu dirasai macam segunung, tak habis-habis. Dalam poket mungkin ada seciput aje duitnya, tapi berminggu-minggu mampu bertahan.
Ada orang, sangat kedekut untuk memberi. Takut hartanya habis cepat. Ada tu pula, yang wajib pun tak mahu ditunaikan sekalipun lebih dari mampu. Anak isteri diabaikan, ibu bapa pula diketepikan. Duit yang ada dibuat joli supaya dapat 'happy-happy'. Orang yang begini, datang segunung pun tak ada erti, kerana yang segunung itu sekadar rupa sahaja, malangnya tak ada harga dan tak ada nilainya.
Begitulah besarnya kuasa Tuhan yang maha Esa, boleh lakukan apa sahaja buat insan kerdil seperti kita. Jadi, eloklah kita sentiasa beringat-ingat. Apa pun, tunaikan tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim dan jangan sesekali kita takut untuk berkongsi apa yang kita ada. Lebih banyak yang kita beri, lebih besar barkatnya. Insya-Allah.

Thursday, October 11, 2012
Aku Tulis Bukan Kerana Wang
Saya suka lihat gambar ini - tiada kaitan dengan judul entri
Salam
Waktu pagi untuk saya sememangnya merupakan masa yang terbaik... untuk menulis. Tapi bila mood saya baik dan idea mencurah-curah, bila-bila masa pun okey aje.
Alhamdulillah, syukur pada Ilahi kita masih di sini lagi. Alhamdulillah juga kerana saya masih mampu menulis, sesuatu yang saya lakukan dengan rela hati dan keikhlasan, tanpa mengharapkan apa-apa pun. Begitulah cerita seorang teman baik saya, dia menulis kerana menulis membuat dia bahagia. Tidak pernah pun dia mengharapkan apa-apa balasan atau bayaran. Katanya, "Kak... saya dah tulis beratus-ratus kali untuk surat khabar. Kalau kumpul dah lebih dari tiga empat buku kot. Tak pernah sesen pun orang bayar saya, tapi saya suka. Bila melihat artikel saya dibaca orang, saya teruja dan itulah ganjaran buat saya."
Ya betul... sebab saya pun rasa begitu. Bila menulis, saya tak pernah fikirkan berapa banyak bayaran yang saya boleh dapat, tetapi saya akan berasa seronok bila orang beritahu saya yang mereka membaca apa yang saya tulis. Sebagai contoh, ada orang beritahu saya bahawa dia dan kawan-kawannya yang tinggal di kawasan yang sama membaca buku saya di library kampungnya secara percuma. Saya suka mendengarnya, kerana memang mereka itu ramai. Besar hati saya kerana tahu yang mereka suka baca buku saya. Begitu juga ada pembaca-pembaca saya yang tinggal di asrama. Mereka membaca novel saya kerana meminjam buku kawan.
Kadang-kadang saya tulis buat suka-suka, dan mahu melihat tulisan saya itu pergi ke merata-rata tempat untuk orang baca, tak kisah pun kalau saya tak dapat apa-apa. Ada orang beritahu pada saya, "Mana boleh tulis saja-saja dan tak harap apa-apa? Rugilah macam tu." Tapi saya pula tak fikir begitu. Bagi saya rezeki Tuhan yang tentukan. Tak semestinya rezeki datang 'direct' dari hasiul tulisan kita itu, rezeki boleh datang dari mana-mana sahaja. Misalnya kawan saya tadi, walaupun dia tidak mendapat ganjaran daripada tulisannya, tetapi orang ramai mengenalinya kerana tulisannya itu. Dan dari situlah perlahan-lahan datang rezeki untuknya. Tuhan yang menentukan dan kita sebagai insan di dunia ini, wajib percaya yang kita perlu berikhtiar, tetapi jangan sekali-kali fikir kita mampu mengatur semuanya. Allah yang menentukannya.
Sebagai contoh juga, saya seronok update blog saya ini dan mengambil masa untuk menulisnya. Memang saya tak dapat apa-apa dari segi kewangan, tetapi alhamdulillah, saya mendapat kepuasan dan rasa itu tak boleh ditukar dengan nilai wang. Syukur di atas nikmat-Nya. Bagi saya, inilah cara saya berinteraksi di alam maya dengan mereka yang suka membaca entri-entri di blog ini.
Manusia ini tidak serupa, jadi saya tahu tak semua orang bersetuju dengan kata-kata saya. Mungkin ada juga yang berkata, "Iyalah... dia bolehlah cakap macam tu sebab dia bukan orang susah..." Huh! Kalau anda fikir begitu, janganlah... sebab saya juga tahu apa itu hidup susah. Tetapi itu tidak bermakna bila susah kita kena lakukan segala-galanya di dunia ini hanya untuk dapatkan 'Wang'! Ada benda yang kita suka lakukan tetapi tidak memberi ganjaran kewangan, takkan kita tak mahu lakukan kerana tak berbaloi?
Apa pun... mungkin kita akan rasa lagi seronok kalau tulisan kita akan terus dibaca orang, mungkin hingga sepuluh tahun lagi, dua puluh tahun lagi atau hingga bila-bila. Bayangkanlah betapa banyak tulisan yang ditinggalkan dan masih dibaca dan mereka yang menulis tidak pun mendapat ganjarannya. Namun, semestinya kepuasan itu ada, mungkin juga untuk cucu cicit dan generasi akan datang. Jangan tulis sekadar untuk jadi popular hari ini dan mendapat banyak wang hari ini sahaja. Rugi kalau kita tulis begitu. Wallahua'lam.

Wednesday, October 10, 2012
Biar Aku Dibenci Kerana Diriku...
Salam
Terharu bila saya mendapat pesanan SMS daripada seorang teman lama yang berkata kepada saya bahawa dia selalu datang menjenguk blog saya ini. Sebelum itu, ada juga teman-teman rapat saya yang buat begitu, menyinggah di blog saya untuk membaca tulisan-tulisan saya yang tak seberapa ini. Apa pun... daripada teman yang SMS tadi, saya tak menyangkanya. Saya suka meletakkan sesuatu yang dia lampirkan untuk berkongsi dengan anda semua.
"It's better to be hated for what you are than to be loved for what you are not." Cantik, kan? Biarlah kita dibenci kerana siapa diri kita yang sebenar dan bukan disayangi kerana diri yang berpura-pura." Sangat dalam maksudnya. Mungkin terlalu biasa berlaku begini, kita berlakon untuk jadi baik atau kita berdongeng di mata masyarakat, maka kita pun disenangi lalu disayangi. Namun kalau itu bukan kita yang sebenar, lambat laun, akan terbongkar juga. Sekalipun di luar kita tutup, namun kalau hati tak bersih, akan terpancar suatu hari nanti.
Tentunya sukar buat orang menerima kita seadanya kerana masyarakat mempunyai 'standard' tertentu dalam kehidupan dan mungkin kerana mahu kejarkan 'standard' itu, ramai yang senang berpura-pura, melakukan sesuatu yang bukan dirinya. Ramai pula yang kena tipu kerana 'makan' lakonan yang berpura-pura tadi.
Kadang-kadang pula, kita payah mahu menerima sesuatu yang ikhlas kerana bagi kita, mungkin tidak mencapai 'standard' kita tadi. Tetapi hidup kita tak bahagia kerana terpaksa berlakon sama dalam sebuah sandiwara yang sedang dipentaskan.
Kata teman saya lagi, "I may not be perfect but part of me is excellent." Menarik. Sungguh tu, kita tak pernah sempurna, namun demikian ada sesuatu yang indah di dalam kita dan keindahan itulah yang paling hebat. Setiap kita ini ada kelebihannya. Kita tak perlu berlakon untuk jadi sesuatu yang bukan kita kerana sebenarnya setiap kita ini mempunyai sesuatu yang cantik dan indah sekalipun tak pernah sempurna. Masya-Allah.
Saya lampirkan beberapa gambar cantik telur siput gondang emas. Memang cantik dan menarik, namun siput yang mempunyai telur yang cantik ini merupakan racun buat pokok padi, mampu memusnahkan padi. Dalam pada itu, siput ini menjadi makanan buat sesetengah orang. Masya-Allah. Terima kasih buat Rozie kerana mengirim gambar-gambar ini. Saya melihat sendiri telur siput ini berhampiran dengan sawah padi.

Tuesday, October 09, 2012
Dunia Real dan Dunia Mimpi
Dream garden
Salam
Walaupun semalam hari Isnin, tapi saya sibuk di luar. Tengah hari, saya telah ke Kuala Lumpur dengan famili untuk meraikan anak saudara saya Sofia dan suaminya yang datang dari Brunei (Sofia berasal dari Singapura tapi berkahwin dengan orang Brunei). Selepas maghrib pula, saya ke sebuah tempat makan yang terletak tidak terlalu jauh dari rumah saya, untuk meraikan hari jadi dua orang teman (yang tinggal setaman dengan saya). Lebih jam sebelas baru pulang ke rumah.
Okeylah, pagi ini tak ada apa sangat yang hendak saya ceritakan, cuma tension aje... penulisan manuskrip saya ni agak slow. Mana tak slownya, ada-ada saja yang membuatkan saya terpaksa tinggalkan komputer ni. Maklumlah ada urusan lain... tapi, dah biasa macam ni. Bila jadi penulis, kadang-kadang kita tak mampu untuk hidup dalam dunia kita sahaja, kerana apa sekalipun, dunia di luar tetap ada dan itu adalah sebuah realiti. Mungkin di sinilah cerita saya kot. Bila terlalu ralit menulis manuskrip, kadang-kadang terasa seperti ada lagi satu dunia untuk kita. Ada masa kita di dunia realiti, ada ketika pula kita di dunia yang satu lagi. Asyik keluar dan masuk dan setiap kali berubah tempat, kita kena adjust cara kita pula. Lagi banyak kita menulis, lagi involve kita dengan dunia yang baru ini, kadang-kadang bila di dunia real, kita terpanggil watak-watak dalam manuskrip, seolah-olah mereka sudah keluar di luar. Hehe... macam cerita lawak, tapi betul, beb.
Sebab itulah, bila saya habis menulis satu-satu manuskrip itu, saya akan cuba lupakan agar saya boleh menulis manuskrip yang baru pula. Kalau tak nanti, termasuk dunia yang lama tu... kan susah!
Hari ni saya nak rehat dan nak menulis lagi. Malam nanti nak ke rumah anak saya sebab menantu saya kata dia nak masak kebab. So, bye-bye all... jumpa esok, insya-Allah.

Monday, October 08, 2012
Rindu Tanda Sayang
Jantung hati kami - Ali, Yusufia dan Firas
Salam
Malam tadi anak sulung saya ke Germany bersama seorang rakan kerjanya, untuk ke Franfurt Book Fair dan kami temankanlah isteri dan anaknya ke lapangan terbang. Ali Fawaz, bila melihat babah nya bersalaman untuk pergi, mula menangis (orang Perak kata melolong-lolong) terjerit-jerit memanggil babahnya. Aduhai... kesiannya. Anak saya Faiz, terpaksa datang balik untuk memujuk Ali, siap kami belikan coklat. Dia diam sekejap, itu pun sebab Faiz yang dukung, bila Faiz pergi lagi, sekali lagi dia menjerit, meraung-raung. Masa tu airport dah tak banyak orang, hanya dengar suara Ali menangis kuat. Sedih lah pulak, nasib baik Faiz pergi untuk seminggu (kira dah lama lah untuk budak-budak).
Saya teringat masa anak-anak saya kecil, kadang-kadang memang begitu bila kami hendak ke mana-mana terutama ke luar negara. Masa saya nak pergi haji dulu, saya ingat lagi masa tu anak bongsu saya masih kecil (belum sekolah betul) dan dia melalak-lalak masa kami nak pergi. Tapi alhamdulillah, saya tak rasa sedih pun mungkin panggilan untuk ke tanah suci itu sangat kuat. Apa-apa pun, bila kita sayang anak dan terpaksa tinggalkan mereka, biasanya kita berasa sedih bila anak-anak kita menangis. Kami pula (saya dan suami) kalau nak ke mana-mana, terpaksa pula berdepan dengan cucu-cucu yang juga begitu. Biasanya mereka sedih kalau tengok suami saya pergi (suami saya suka layan cucu-cucunya) dan suami saya juga cepat rasa rindu pada cucu-cucunya. Nikmat yang Tuhan berikan kepada kita, alhamdulillah.
Rasa rindu itu, payah hendak kita gambarkan, cuma orang yang tahu sahaja dapat bayangkan. Rasa rindu itu ada kerana kita menyayangi orang yang kita rindukan itu Kanak-kanak memang begitu, cepat berasa rindu. Orang dewasa juga begitu, ada rasa rindu pada mereka yang kita sayang.
Orang yang tak pernah rasa rindu pada siapa-siapa pun, memang jenis orang yang tak berperasaan kerana mungkin dalam hidupnya, hanya dirinya sahaja yang penting dan mungkin juga dia hanya sayang pada dirinya sahaja. Wallahua'lam.
Wassalam.
PS: Masa Ali tengah meraung-raung di airport dan saya pula cuba memujuk sambil melakukan macam-macam untuk buat Ali diam, kami diperhatikan oleh sepasang suami isteri yang duduk di depan kami. Hehe... Ally Iskandar (pengacara TV3) bersama isterinya melihat kami... agknya berasa gerun melihat cara Ali meraung! Huhu
Subscribe to:
Posts (Atom)