Assalam.
Kadang-kadang, kita sangkakan cinta itu pasti akan datang kepada kita. Mungkin betul. Mungkin akan datang sekali, mungkin juga berkali-kali. Mungkin tidak langsung. Kita tak akan tahu sekalipun kita rancang macam-macam dalam hidup ini, ketentuan-Nya adalah hak Allah SWT. Pun begitu, tidak pernah salah untuk kita berusaha, malah manusia memang dipinta untuk terus berusaha bila mahukan sesuatu.
Cari rezeki pun begitu. Orang Islam wajib bekerja kuat seolah-olah kita akan terus berada di dunia ini. Pun begitu, kita wajib ingat tentang kematian kerana itu adalah satu kepastian. Bila kita mati kita tak akan tahu. Di mana dan bagaimana juga kita tak tahu. Kita hanya perlu berusaha untuk jaga diri agar kita tidak ditimpa kesakitan.
Dalam semua hal yang diperkatakan ini, ada turun naik dalam hidup ini. Ada musibah yang mungkin akan datang pada diri. Ada ujiannya, ada rintangan dalam hidup ini. Tak perlulah kita kesal bila sesuatu buruk yang berlaku kerana ia adalah lumrah sebuah kehidupan. Selagi ada umur di badan, selagi itulah kita akan diuji. Yang penting, pastikan iman terus kental, tidak tergugat, dan tidak pula kita cepat melatah untuk tuduh itu dan ini.
Semoga anda sekelian terus sihat dan dapat beribadat kepada Dia Yang Maha Satu.
Bagi followers drama BBK, jangan lupa untuk tonton episod ke lapan pagi ini jam 11.20 di slot Bidadari TV1.
Wassalam.
