Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Friday, May 06, 2011

Kongsi Cerita dan Rasa

Di kawasan Bukit Uhud

Salam

Saya seronok menulis di blog ini. Saya harap anda yang membacanya juga berkongsi rasa dengan saya.

Pagi ini saya terpanggil untuk berkongsi rasa tentang air zamzam yang terdapat di telaga zamzam di kota Mekah. Bagi saya, ini adalah satu kewujudan atau kejadian yang dikatakan 'mukjizat' bagi membuktikan keagungan agama Islam. Air itu hadir dari sebuah telaga yang terjadi akibat tendangan seorang bayi kecil sekitar dua ribu tahun yang lalu. Namun hingga kini, telaga itu masih mampu untuk mengeluarkan air untuk minuman berjuta-juta manusia. Bayangkanlah...

Dulu, saya pernah fikir tentang hal itu, tetapi mungkin saya sekadar 'take things for granted'. Tetapi, ketika berada di tanah suci Mekah baru-baru ini, saya fikirkan lagi. Setiap kali saya minum air zamzam, saya terasa macam tubuh saya dicaj bateri, penuh tenaga. Setiap kali tekak perit, saya minum air itu dan terus hilang segala sakit, alhamdulillah. Ada yang mengatakan, kalau rajin minum air zamzam, gula dan kolestrol boleh turun dari badan. Banyak lagi kehebatannya dan kerana itu, walaupun air zamzam berat, semua orang bawa balik ke Malaysia. Kalau boleh, kita mahukan telaga itu menghampiri rumah kita.

Apa pun, alhamdulillah... Tuhan berikan satu nikmat buat manusia dan fikirkanlah tentang hal ini. Satu kejadian yang fantastic!

Suka juga saya berkongsi cerita tentang 'penulisan'. Seperti tahun-tahun lepas juga, tahun ini masih ada yang datang kepada saya dan berkata, "Kak Aina, saya suka buku Kak Aina yang ini..." Maka disebutkanlah nama novel kegemarannya itu. Saya sekadar tersenyum dan biasanya saya akan kata, "Ya ke? Terima kasih..." Iyalah... nak kata apa lagi, kan?

Begitulah pandangan dan rasa pembaca yang membaca novel penulisan saya dan mungkin penulis yang lain juga. Tak pernah sama. Kalau A kata suka novel 'X', B pula kata suka pada novel 'Z'. Tak pernah lagi semua pembaca saya suka novel 'X' sahaja, atau semua tak suka novel 'X'. Saya tak kisah kerana saya tahu setiap kita mempunyai citarasa yang berbeza. Kita tak pernah sama dan kerana itulah, saya akan cuba sedaya upaya untuk mencari kelainan agar pembaca saya tak akan jemu membaca karya saya. Insya-Allah.

Apa pun, terima kasih sekali lagi kepada semua pembaca dan penyokong yang setia pada saya. Semoga Tuhan memeliharai anda sekelian dan selamat dunia akhirat. Kepada yang tak suka pada saya juga saya tetap memohon pada Allah SWT agar anda juga dilindungi-Nya, insya-Allah.

Malam ini, staf KarnaDya akan menghadiri majlis tradisi selepas Pesta Buku. Tetapi kali ini saya tak ikut sekali kerana saya ada hal peribadi. Semoga mereka akan bergembira. Alhamdulillah, Tuhan berikan kita rezeki dan kita berkongsi dengan mereka yang membantu kita dan mungkin ada yang kurang mendaptnya, semoga rezeki kita akan terus bertambah dan ada, insya-Allah.