Assalam.
Mungkin anda merupakan seorang penulis, atau mungkin juga hanya pembaca, tetapi pasti anda ingin tahu bagaimana seorang penulis berjaya untuk bina watak-watak dalam novel mereka. Biasanya, kita lakarkan sesuatu yang kita tahu dan kenal, mungkin juga sesuatu yang dah lama berada di dalam imaginasi kita.
Tetapi sebagai insan, kadang-kadang kita mungkin terlupa atau buat-buat tak tahu pada watak-watak hidup yang ada di sekeliling kita, yang sekadar memakai topeng sahaja. Faham tak apa yang hendak saya gambarkan? Ini adalah perwatakan mereka yang suka berselindung di balik apa-apa sahaja, mungkin kelakuan atau pakaian, konon-konon mereka bukan seperti apa yang sebenarnya!
Bagi saya, perwatakan beginilah yang palik menarik, kerana watak seperti ini mampu untuk wujudkan 'twist' dalam penceritaan yang kita bentangkan. Misalnya, kita melihata satu watak ini. Umurnya mungkin dalam tiga puluhan. Orangnya bertudung litup. Kalau dari luar, kita nampak dia macam biasa-biasa sahaja, jadi mungkin kita juga anggap yang dia ini sangat biasa orangnya. Kita tak tahu disebalik apa yang kita lihat, sebenarnya dia mempunyai watak lain. Di belakang rakan-rakan kerja, atau di belakang bos, dia adalah seorang penipu!
Selama ini, orang tak tahu kerana beranggapan yang dia ni mungkin okeylah agaknya. Rupa-rupanya dia suka pada lelaki, tak kira lelaki tua atau muda. Dia juga banyak berkenalan dengan lelaki. Watak seperti inilah yang akan menjadi menarik bila kita masukkan dalam novel, kerana pembaca tak dapat menjangkakan apa watak pelik yang akan keluar nanti. Siapa sangka wanita yang begitu, rupa-rupanya adalah seorang 'cracko' - otaknya kurang waras, mungkin akibat tekanan yang pernah dilaluinya.
Saya pernah gambarkan watak-watak sebegini dalam novel saya, sebagai contoh dalam novel 'Pukul 3.00 Pagi' juga novel terbaru 'Wahai Kau Cinta.' Kalau anda perasan, ada watak dalam PTP saya selitkan juga dalam WKC.
Kadang-kadang kita melihat seorang wanita separuh usia, yang mungkin kelihatan biasa-biasa sahaja. Maklumlah dah ada anak-anak yang bujang dan besar panjang. Status sebagai ibu tunggal seringkali membuat orang bersimpati padanya, tetapi siapa sangka di sebalik watak biasa-biasa yang dipaparkan di organisasi tempat kerjanya, tidak sama langsung dengan karakternya yang sebenar. Wanita yang serupa itu, walaupun mempunyai status yang boleh buat orang bersimpati, apatah lagi dirinya yang biasa-biasa itu, sebenarnya merupakan wanita 'desperate' yang sanggup lakukan apa sahaja untuk pastikan dia akan dapat pendapatan yang lebih!
Sebab itu mungkin, bila kita dengar tentang cerita pelajar perempuan Institusi Pengajian Tinggi yang sanggup menjadi pelayan di pusat Kareoke atau pusat urut di malam hari, pada hal di siang hari, mereka pergi ke kelas dengan bertudung lagi, sepatutnya kita janganlah terkejut. Jangankan yang muda belia, yang dah tua pun sama saja!
Allahuakabar.
Sebenarnya, tak kiralah perempuan itu tua atau muda, berstatus apa sekalipun, cantik atau tak berupa, ada kerja atau tak ada, kadang-kadang bila tiada akhlak, tiada maruah, apatah lagi tiada iman, mereka sanggup buat apa sahaja di atas nama 'material'. Astaghfirullah...
Inilah realiti kehidupan. Sering kali kita terjumpa dalam novel.
Mungkin elok juga kalau kita perhatikan teman-teman kita di tempat kerja, bayangkan mereka bukan orang yang sama bila pulang ke rumah nanti. Seperti ulat bulu yang mampu berubah jadi rama-rama. Tengok rama-rama macam okey aje, tapi rupa-rupanya dia ulat bulu!
Wassalam.
