Kawan saya bercerita lagi. Katanya, "Saya tak fahamlah dengan emak bapak hari ini."
"Apa pulak ceritanya kali ini?"
"Nak suruh anak perempuan kahwin, tapi nak letak harga yang tinggi-tinggi. Bermakna, bermula dengan menyusahkan menantunya juga. Alasannya, kadar inflasi yang tinggi sekarang ini." Keluh kawan saya itu. "Yang peliknya, kalau dah rasa tak mampu, tak payahlah jadi macam orang lupa daratan, nak buat glamor-glamor. Buat yang patut-patut cukuplah. Inilah masalahnya bila rajin sangat tengot selebriti kahwin glamor-glamor kat majalah dengan TV. Masalahnya lagi, selebriti kahwinnya dah memang free. Dah tu... kau tengoklah, mana ada yang bertahan lama. Masa kahwin sampai ke dalam kelambu pun nak cerita kat orang, nanti lepas tu... siaplah. Kau berkelahi ke, kau bermasam ke, semuanya masuk surat khabar. Tahu-tahu dah bercerai!takkan kita pun nak ikut mentaliti yang macam tu?" kawan saya itu dah mula naik angin.
"Kau nak hairan apa, Salmah." Kata saya pula, "Memang dah trend orang sekarang. Mesti nak pukul canang pada orang tentang hantaran anaknya itu. Lagi tinggi lagilah hebat. Nak kena bagi tahu semua orang. Kalau rasa anak cantik, lagilah kena letak tinggi-tinggi... macam jual tanah!" Saya seronok menyakatnya.
"Aku meluat betul lah! Bagi akulah, kalau dah rasa hebat sangat, tak payah letak tinggi-tinggi. Macam tu lah baru hebat. Kalau tak letak harga lagi baik... bermakna dia tak jual anak dia. Orang kalau sayang anak, janganlah nak menyusahkan anak dengan bakal menantu. Kalau dia tak susahkan menantu, menantunya mesti hormat mak dengan ayah mentuanya. Tambah dengan isterinya itu, lagilah dia sayang dan kena jaga elok-elok sebab dia tahu mak ayah isterinya itu sayang anak mereka dan tak jual anak!"
"Alahai, Salmah... kau ingat ada ke mentaliti orang sekarang macam tu? Tak usah kau mimpilah... budi pekeri kita dah lama hanyut dek mentaliti 'selebriti' hari ini. Orang kita tak ada kerja lain, asyik tengok TV, inilah jadinya!"
Kawan saya termenung buat seketika. Mungkin fikirkan apa yang saya katakan itu. "Eh, esok-esok, kalau anak perempuan kau nak kahwin, macam mana? Kau nak charge berapa?"
"Aku tak jual anak akulah, Salmah. No price tag!"
Buatlah apa yang hati kita suka dan apa yang kita tahu Allah akan suka. Buat baik akan dibalas baik...
Nature
Cinta baru dalam hidupku
Followers
Friday, February 27, 2009
Thursday, February 26, 2009
Muka Tak Malu
Minah mengadu. Katanya dia rimas. Ada-ada sahaja jabatan-jabatan tertentu yang suka minta duit dari syarikatnya itu. Konon nak kutip duit untuk pengajian anak-anak mereka. Pelik benarnya bunyinya. Takkanlah sampai macam tu sekali, kata Minah. Kalau anak mereka di sekolah rendah dan menengah, takkan ada orang lain pula yang nak kena sponsor perbelanjaan mereka? kalau anak mereka di IPT pula, takkan tak dapat bantuan PTPTN? habis tu yang beria-ia minta duit sana-sini, apa hal?
Minah kata dia sudah jemu melihat telatah orang-orang kita ni. Muka semuanya muka tak malu! Jabatan tempat mereka cari rezeki dibuatnya macam jabatan datuk nenek mereka. Macam berkuasa besar. Pada hal dia makan gaji sahaja di situ. Konon kalau kita tak sponsor, kata Minah lagi, mereka ni akan pastikan yang kita ni tak akan diberi apa-apa projek yang berkaitan dengan jabatan mereka! haiya! macam tu sekali. Minah kata, kalau macam tu tak macam makan rasuah ke? Budaya apa ni? Minah betul-betul geram dan meluat sangat-sangat. Katanya, dia penat berusaha supaya apa jua rezeki yang dia dapat, biarlah bersih dan halal. Tapi malangnya, ramai yang di luar sana tak peduli semua tu. Muka mereka memang muka tak malu.

Wednesday, February 25, 2009
Hati atau Rupa?
Apakah yang membuatkan seorang lelaki itu terpikat dengan seorang wanita? Begitu juga sebaliknya. Mungkin ada pelbagai kriteria yang penting buat seseorang itu. Rupa yang cantik biasanya menjadi idaman lelaki. Begitu juga kekacakan. Ramai wanita yang akan lakukan apa sahaja hanya kerana ketampanan seseorang jejaka idamannya. Hari ini, selain daripada rupa, ada lagi perkara yang diutamakan. Bukan hati atau budi bahasa tetapi 'material' atau wang ringgit. Tak kira lelaki atau perempuan, ramai yang menyukat seseorang itu dengan harta benda yang ada padanya. Memang cerita sedih tetapi itulah hakikatnya. Kalau tak ada duit, tak ada pangkat, tak ada sesiapa yang mahu pandang padanya. Sekalipun tua, atau mungkin tak ada rupa, tetapi kalau koceknya penuh, sahamnya mungkin boleh naik melambung! Aduhai... sedihnya.
Jarang kita mendengar orang memilih calon pasangannya, wanita atau lelaki, yang berhati mulia. Kalau tak kerana rupanya, hartanyalah yang menjadi utama. Mana pergi hati kita agaknya? Kalau hati yang ada tidak melihat pada hati yang lain, bagaimana mungkin kita dapat menilai apa yang baik dan apa yang tidak. Mungkin kerana itu juga, ramai ibu bapanya yang meletakkan harga yang tinggi buat anak perempuan mereka. Macam jual lembu atau kambing! Ramai juga marah kalau perkara ini dipersoalkan kerana kata mereka harga barang rata-rata memang mahal. Macam mana nak buat kenduri kalau hantarannya tak tinggi. Bagi saya mudah sahaja. Buat apa yang kita mampu. Kalau dah tak ada duit, tak payahlah buat yang bukan-bukan. Mengapa harus kita cari susah sedangkan Tuhan tak pernah mahu menyusahkan kita.
Ke manakah pergi hati kita semua? masih ada lagikah perasaan yang dikatakan 'keikhlasan'? Tidakkah kita mahu keberkatanNYa?

Monday, February 23, 2009
Kahwin Janda?
Kawan saya memberitahu saya bahwa anak bujangnya akan berkahwin dengan seorang janda muda. Janda itu sudah beranak tiga dan kebetulan tua daripada anak bujangnya sekitar empat tahun. Anak bujangnya berusia 28 tahun dan wanita itu 32 tahun. Semasa berita itu disampaikan kepada saya, saya langsung tak terkejut. Kata kawan saya kepada saya, "Eh, kau okey je aku cakap macam ni."
"Kenapa pulak tak okey?" soal saya balik.
"Aku cakap kat member lain, dia orang bising-bising. Dia orang kata apalah bagi anak kahwin dengan janda macam tu. Takkan tak ada perempuan lain, takkan tak ada anak dara yang boleh dibuat bini?"
Saya masih relaks. "Apa salahnya kahwin dengan janda pun? dah jodoh dia macam tu. Lagipun, janda tu pun perempuan kan? dia pun ada hati dan ada perasaan. Lagipun anak kau suka kan? aku tak nampak apa-apa yang salah. Asal hatinya dah suka biarlah." Itulah jawapan saya.
Kawan saya bercerita lagi. "Sebenarnya anak bujang aku tu, sebelum ni dah pernah nak kahwin dengan anak dara. Tapi keluarga budak perempuan tu banyak pulak songehnya. Macam tu lah, macam ni lah... sampai jadi susah. Anak aku pun pening. Dia kata, takkan nak kahwin pun susah sangat? Last-last anak aku batal je. Dengan wanita ni (Janda), senang je. Tak ada songeh apa-apa."
Kebetulan saya menemannya semasa mereka mahu menghantar tanda. Saya tidak hairanlah kenapa anak bujang kawan saya tu minat pada wanita itu. Orangnya memang cantik, lembut dan sangat sopan. Walaupun tua empat tahun dari anak bujang kawan saya tu, dia kelihatan muda, macam 23 tahun sahaja. Memang kena dengan anak bujang kawan saya yang sangat kacak orangnya. Bagi saya, inilah yang dikatakan jodoh di tangan Tuhan. Kita sebagai manusia, terimalah dengan baik dan biarlah hati kita juga terbuka dan jangan kita bersangka buruk pada apa-apa yang bukan menjadi kebiasaan masyarakat. Insya-Allah, ada rahmat dan berkatnya yang sudah diaturkan Tuhan buat mereka.

Friday, February 20, 2009
Novel Baru
Insya-Allah, novel baru saya akan berada di pasaran tidak lama lagi. Ia sedang berada di hujung perjalanan untuk masuk ke kilang cetak. Ramai yang bertanya, apa pula tajuknya dan apa pula kisahnya. Dalam novel saya yang sebelum ini, saya tidak bawa pembaca berjalan jauh, jadi kali ini saya tentulah membawa angin baru. Kedua-dua hero dan heroin juga sangat berbeza daripada hero dan heroin novel-novel saya sebelum ini. Yang pasti, ada kelainan yang saya aturkan agar pembaca saya tidak jemu dengan stail penulisan saya. Insya-Allah, minggu depan akan masuk di website Karnadya dan sinopsisnya akan berada di situ. Kali ini, ada unsur-unsur 'Kenakalan' dan ada statement yang berbunyi 'It's all about going crazy and doing crazy things'... lebih daripada itu, tak boleh beritahu!
Wednesday, February 18, 2009
Susah Ke Nak Maintain Sayang?
Kata kawan saya, nak jatuh cinta tak susah. Nak kahwin pun okey lagi. Tapi yang paling susah ialah macam mana nak maintain sayang lepas kahwin. Mula-mula tu, tak berat sangat... maklumlah masih dalam mood 'honemoon'. Tapi keadaan akan berubah jadi berat selepas kahwin bertahun-tahun.
Saya seronok mendengar ceritanya. "Kau nak tahu? kau ingat tak S dengan J yang duduk tak jauh dari rumah kau dulu?"
"Apa pulak tak ingat? antara the most loving couple kat tempat aku tu." Jawab saya pula. Masih teringat kepada mereka berdua yang sentiasa 'berabang dan bersayang' tak kisah kat depan siapa pun!
"Ah yalah tu, loving couple! kau nak tahu... S dengan J dah bercerai. J dah kahwin lain... dapat isteri muda sikit dari S."
"Ya ke? pasal pulak sampai boleh bercerai?" saya memang hairan. Setahu saya S dengan J yang mempunyai lebih dari 7 orang anak, semuanya dah besar belaka. Ada yang sudah berkahwin pun.
"S sibuk dengan hal dia. Kau bukan tak tahu, S memang aktif... aktif politik, aktif bisnes. J tu kan pendiam. Agaknya tiba-tiba S jemu dengan J. Tak sama rancak dengan dia. Sekarang ni kau nak tahu?"
"Apa pulak?"
"S ada pakwe. Tak sampai 30 pun umur pakwenya tu. Muda dari anak sulung dengan anak keduanya."
"Amboi... tak koman taste dia." Saya sudah tergelak. Memang tak sangka sungguh.
"Pakaian dia pun dah berubah dah sekarang ni. Masih pakai tudung... tapi pakai tudung mak Datin lah... jambul keluar, baju pun seksi-seksi!"
Saya malas nak komen lagi, takut banyak pulak dosa saya nanti. Tapi apa yang saya perhatikan ialah betul dan tepat teori kawan saya tadi. Nak maintain rasa sayang tu lah yang payah agaknya. Bila dah lama berkahwin, ada orang sudah hilang rasa teruja nya dan kerana itulah mereka mula memandang yang lain!Perasaan jemulah yanga boleh mematikan segala rasa sayang yang ada.

Sunday, February 15, 2009
LELAKI JUGA ADA PERASAAN
Ada orang bercerita pada saya. Katanya kalau nak bagi suami sayang, kenalah rajin masak yang sedap-sedap. Katanya lagi, perut yang kenyang tak mungkin akan cari perempuan lain. Ada teori lain pula yang saya terdengar mengatakan bahawa 'jaga tempat tidur'. Suami yang happy di atas ranjang tak akan cari lain. Betul ke ni? Memang soalan seperti ini payah nak cari jawapannya. Saya bertanya pula pada seorang teman baik (Lelaki), betul ke teori yang macam tu? Katanya pula, tak semestinya teori itu tepat. Malah katanya, lelaki juga ada perasaan.
Lelaki mahu dimanja-manjakan (Tak perlu masak pun tak apa sebab boleh makan di luar), lelaki mahu diberi perhatian, lelaki mahu matanya sentiasa sedap memandang. Itu bermakna isteri perlu bersiap selalu. Jangan asyik comot je sebab sibuk mengemas dan memasak, tapi tak perlulah terlebih siap sampaikan muka dah jadi macam 'Opera China'. Katanya lagi, rumah hendaklah kemas, tapi tak payahlah sampaikan nak duduk pun tak boleh sebab takut berselerak! Hahaha! kelakar sungguh (terasa pulak kat diri ni). Biasanya katanya lagi, suami yang baik akan selalu tolong isterinya mengemas (kalau tak ada pembantulah).
Ada lelaki suka memasak (tapi tak suka mengemas selepas siapa masak), ada pula tu suka tolong mengemas (siap cucikan bilik air). Apa pun, katanya lagi, suami suka pada isteri yang 'wangi-wangi'. Tak suka duduk sebelah isteri yang tak enak baunya.
Suami juga suka isteri yang romantik. Sesekali mungkin hantar mesej yang romantik, tapi janganlah asyik hantar mesej hinggakan mengganggu dia nak buat kerja. Mesej romantik ni bergantunglah... tapi janganlah bunyi macam mengarut pulak!
Banyak suami yang suka berjalan dengan isteri pegang-pegang tangan. Tapi banyak juga isteri yang tak suka, sebab katanya malu! Huhuhu (ni yang sedih ni). Kata kawan baik saya tu,banyak perkara-perkara kecil yang orang perempuan rasa macam remeh-temeh je, tapi sebenarnya penting untuk lelaki. Katanya, orang lelaki pun macam orang perempuan juga... ADA PERASAAN.

Thursday, February 12, 2009
Madu yang Tak Manis
Saya masih teringat tentang kisah madu. Semasa saya di Yemen, di Wadi Douwan, di katakan madu di situlah yang terbaik di dunia. Kata mereka ia sangat elok, sebab lebahnya tinggal di kawasan gurun dan datang ke wadi untuk keluarkan madunya! Harga madu di sana pun (Grade yang tinggilah)sangat mahal. Ada yang mencecah RM500 hingga RM600. Orang ramai tetap beli juga. Rasanya pun memang sedap giler!
Tapi dalam entri ini bukan kisah madu itu yang hendak saya bualkan, tetapi madu yang satu lagi. Madu yang biasanya lebih pahit daripada madu lebah! Saya pernah bincangkan hal ini, tetapi kali ini saya nak cerita kisah yang lain sedikit. Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa saya suka cerita pasal hal ini. Mungkin kerana saya dibesarkan dalam sebuah keluarga 'poligami' dan saya juga mempunyai ramai adik-beradik dan kaum keluarga yang hidup bermadu. Terlalu familiar, walaupun saya tak pernah impikan keadaan yang seperti itu buat diri saya. Cuma, sebagai seorang manusia hamba Tuhan, saya tetap bersimpati kepada mereka yang bermadu (Tak kiralah isteri nombor yang keberapa) sekiranya mereka terpaksa melalui sebuah kehidupan yang pahit seperti empedu! biasa kita dengar luahan hati isteri pertama. Tapi saya kerap juga mendengar luahan hati isteri kedua / ketiga. Bagi saya, mereka tetap manusia dan saya juga percaya mereka juga kalau boleh tidak mahu hidup bermadu. Namun, jodoh kita semua ditetapkan Tuhan. Kalau sudah ditakdirkan begitu, memang tak bolehlah nak melawan. Pun begitu, ramai isteri kedua dan ketiga, hidupnya lebih terdera daripada isteri pertama. Biasanya, lelaki yang sanggup kahwin lebih dari satu ni, memang jenis yang 'baik'2 juga... jenis hati yang lembut dan suka kesian pada orang dan mungkin kerana inilah, kadang-kadang mereka juga terlalu menurut kehendak isteri pertama atau takut pada isteri pertama hinggakan isteri keduanya terabai!
Maaflah, hari ni saya ada mood nak sokong hati bukan isteri pertama. Lain kali saya sokong pula isteri pertama! hehe...

Monday, February 09, 2009
Permintaan Pembaca
Saya selalu mendapat e-mel daripada pembaca novel-novel saya. Biasanya mereka seronok berbual-bual dengan saya. Sekadar bercerita-cerita sahaja. Kadang-kadang pula, ada juga yang menyampaikan permintaan. Ada yang minta saya tulis cerita sedih-sedih, ramai yang suka saya tulis episod-episod yang romantik, yang menikam jiwa, ada yang mahukan unsur-unsur lucu.Ramai yang mahu saya bawa mereka ke luar negara. Ada juga yang suruh saya tulis karakter yang berkerjaya seperti mereka(pembaca), misalnya jururawat, guru dan macam-macam lagi. Bagi saya, saya akan cuba menunaikan permintaan mereka, tetapi kadang-kadang memang sukar untuk buat semuanya. Bukan apa, kadang-kadang fakta tak cukup untuk saya buat begitu, terutama tentang kerjaya. Biasanya saya tulis apa yang saya familiar, kalau tak, memang saya tak berani. Takut tak nampak real!
Ramai yang tertanya-tanya tentang novel yang sedang saya siapkan ini. Ah, satu rahsia! Yang pasti kali ini saya akan membawa pembaca ke tempat lain... hahaha... ada unsur Hindustan kot! Tukar-tukar baju, menyanyi dan menari!

Friday, February 06, 2009
Kalau A, katakan A. Jangan Kata B!
Betulkah orang Melayu tak pandai hendak berterus-terang? Kalau hendakkan B, dikatakannya A. Orang yang mendengar kena faham-faham sendiri. Saya pernah dengar cerita seorang kawan. Ada tetamu suami isteri (Orang kampung kawan saya) datang ke rumahnya. Kawan saya ni pun siapakanlah air minuman untuk menghidangkan. Kebetulan, dah masuk waktu makan tengah hari. Kawan saya pun bertanyalah. Nak makan sekali ke? kawan saya ni jenis yang berterus terang. Dia hendak pastikan kalau hendak makan, dia akan siapkanlah apa-apa yang patut, kalau tidak tak perlulah dia bersusah payah kerana kebetulan rumahnya itu tak ada orang lain. Tetapi, tetamunya beria-ia kata tak payah. Berulang-ulang kali juga kawan saya bertanya untuk kepastian, masih mereka menolak. Tup-tup, selepas itu kononnya heboh orang kampungnya bercerita yang kawan saya tu jenis tak kisahkan tetamu.Kedekutlah. Konon-kononnya tetamu tadi terpaksa tinggalkan rumahnya kerana terlalu lapar! Aduhai... kesian kawan saya tu.
Kes kedua pulak menceritakan tentang wang hantaran. Adalah kawan saya tu cuba 'usya-usya' bakal menjadi besannya. Dia nak tahu berapa agaknya jumlah hantaran yang dikendaki bakal besannya itu. Kata orang berkenaan..."Kami ni tak kisah. Terpulanglah kepada kemampuan bakal pengantin lelaki. Tapi dulu... masa time kakaknya, orang sana bagi RM10,000... tapi itu dah tiga tahun dah. Sekarang ni... lainlah agaknya."
Hahaha... kawan saya jadi bingung. Dia berceritalah kepada saya pula,"Isy... aku tak fahamlah. Kalau kata nak RM12,000 atau RM15,000 ke, cakap je lah! tak payahlah belit-belit macam tu! menyusahkan orang je."
Memang payah kalau kita tak tahu berterus terang. Kalau kata percuma, katakanlah dengan ikhlas, tapi kalau masih nak dikena bayaran, baik jelaskan betul-betul!

Thursday, February 05, 2009
Pilih Suami
Semasa zaman saya dulu, ramai anak gadis yang berkahwin di usia yang muda. Ada di antara kawan baik saya bernikah sebaik sahaja tamat LCE (sekarang ini kita panggil PMR). Dalam usia 15 tahun dia sudah pun bersuami. Kawan saya itu sekarang ini adalah seorang pelakon drama dan setelah berpisah dengan suami pertamanya, dia sudah berkahwin dua kali lagi!
Rata-rata semasa zaman saya dulu, anak gadis berkahwin dalam usia 20, 21 atau 22. Ada juga yang lebih daripada itu (Kalau ke universiti, biasanya sebaik sahaja tamat pengajian, mereka berkahwin) tetapi ketika itu, itu bukanlah trend masyarakat. Saya sendiri berkahwin dalam usia 21(masih belajar di UM lagi).
Semasa di kampus dulu, semasa kami baru masuk, kami digelar freshy dan budak lelaki meletakkan posisi gadis2 freshy sebagai 'buku red spot'(Menjadi rebutan). Bila dah masuk tahun dua, kami sudah duduk di atas shelf (Ada ketika masih jadi rebutan juga). Tapi bila masuk tahun yang penghujung, anak gadis yang belum berpunya dikatakan berada di 'shelf majalah'(ambil, tengok-tengok lepas itu letak balik). Begitulah kami kerana bergelar 'perempuan'.
Masa itu juga, apabila anak gadis yang masih tidak ada 'teman' dan tiba-tiba sahaja cuba bergaya dan tukar imej, akan dipanggil 'strata' - konon-kononnya sedang memasang strategi untuk mencari bakal suami! kalau diingatkan memang lucu, tetapi itulah keadaannya semasa di kampus dulu! saya tak tahulah trendnya sekarang, kerana orang sekarang tak ambil kisah sangat pasal hal itu semua. Rata-rata gadis sekarang berkahwin pada umur yang lebih lanjut daripada kami di zaman saya dahulu.
Apa pun, saya ingin mengingatkan anak gadis zaman sekarang, agar pilihlah suami yang beriman, yang mencari rezeki cara halal. Janganlah kita tergila-gilakan mereka yang ada harta sahaja! Jangan risau kalau dia bukan jenis yang berduit. Rezeki Tuhan berikan kepada mereka yang rajin dan Tuhan juga berikan zuriat yang baik-baik bagi mereka yang mencari rezeki secara halal!

Tuesday, February 03, 2009
Untung-Rugi
Ramai yang mula panik kerana keadaan ekonomi dikatakan bertambah meruncing. Di siaran berita malam tadi, saya melihat beberapa orang yang mengurut-urut belakang kepala di depan skrin pasaran saham kerana takut melihat pasaran yang sedang jatuh merudum! Tension! Di United Arab Emirates, dikatakan ramai yang main 'blah' tinggalkan Dubai dengan meninggalkan kereta-kereta mereka sekali di pekarangan lapangan terbang Dubai. Kereta bersepah-sepah tak bertuan kerana tuannya dah cabut lari!
Entahlah, saya pun tidak faham dengan sesetengah manusia ini, yang merasakan bahawa hidup di dunia ini sekadar mengira 'untung-rugi' sahaja. Kalau rasa tak untung, maka mereka akan terus pergi. Tak ada lagi perasaan 'loyalty' kepada tempat yang mereka mencari rezeki. Kita mudah panik apabila 'wang-ringgit' kita kaitkan. Mungkin ramai akan kata saya tidak sensitif, tetapi percayalah, saya pernah melalui semua keadaan seperti ini. Percayalah juga, Tuhan memberi kita ilmu dan kita hanya perlu berusaha dan tidak berputus asa. Kalau kita cepat melatah, memang kita taka akan berjaya.
Hidup di dunia bukan sekadar pentingkan material sahaja. Banyak benda lain yang sama pentingnya. Misalnya hormat-menghormati, kasih-sayang... semua ini tak dapat kita nilaikan dengan 'wang-ringgit'!

Monday, February 02, 2009
Datuk vs Akak
Hujung minggu yang baru berlalu, sekalipun saya belum seratus peratus pulih, tetapi kerana jemputan teman, saya menemani suami untuk makan nasi minyak anak teman kami itu. Kali ini, giliran kawan suami saya pula. Rata-rata, mereka yang dah ada anak yang 'besar-besar' (matang dari segi umur), sibuk mengaturkan majlis perkahwinan anak masing-masing. Malah, sudah berpuluh kali kami ke majlis perkahwinan anak teman-teman yang sebaya kami. Kalau hendak diikutkan, saya dan suami merupakan antara pasangan yang paling awal berkahwin dulu, tetapi... apa nak buat! belum lagi ada peluang untuk mengaturkan majlis perkahwinan anak kami. Insya-Allah... coming soon!
Kebetulan juga, ramai teman-teman suami saya yang sudah mendapat gelaran "datuk"... anugerah raja dan sultan dan ada juga anugerah Tuhan (bila dapat cucu). Begitu juga dengan teman-teman saya. Ramai yang sudah bergelar 'datuk', termasuk rakan-rakan wanita saya. Ramai rakan-rakan 'batch' saya yang memegang jawatan penting dalam badan kerajaan dan kerana itu ramailah yang mendapat anugerah 'datuk'. Ramai juga teman-teman saya yang merupakan orang politik. Sekarang ini, seorang adalah Menteri Besar, seorang bekas Menteri Besar, seorang lagi Ahli Parlimen. Saya pula.... masih maintain... "KAK AINA".... rakan-rakan dah jadi datuk-datuk!
Best jugak jadi 'Akak' ni!

Subscribe to:
Posts (Atom)