a.readmore{ /"CSS for read more links"/ }

Keindahan

Keindahan
Berehat dan Membaca di sini...

Followers

Monday, February 23, 2009

Kahwin Janda?

Kawan saya memberitahu saya bahwa anak bujangnya akan berkahwin dengan seorang janda muda. Janda itu sudah beranak tiga dan kebetulan tua daripada anak bujangnya sekitar empat tahun. Anak bujangnya berusia 28 tahun dan wanita itu 32 tahun. Semasa berita itu disampaikan kepada saya, saya langsung tak terkejut. Kata kawan saya kepada saya, "Eh, kau okey je aku cakap macam ni."

"Kenapa pulak tak okey?" soal saya balik.

"Aku cakap kat member lain, dia orang bising-bising. Dia orang kata apalah bagi anak kahwin dengan janda macam tu. Takkan tak ada perempuan lain, takkan tak ada anak dara yang boleh dibuat bini?"

Saya masih relaks. "Apa salahnya kahwin dengan janda pun? dah jodoh dia macam tu. Lagipun, janda tu pun perempuan kan? dia pun ada hati dan ada perasaan. Lagipun anak kau suka kan? aku tak nampak apa-apa yang salah. Asal hatinya dah suka biarlah." Itulah jawapan saya.

Kawan saya bercerita lagi. "Sebenarnya anak bujang aku tu, sebelum ni dah pernah nak kahwin dengan anak dara. Tapi keluarga budak perempuan tu banyak pulak songehnya. Macam tu lah, macam ni lah... sampai jadi susah. Anak aku pun pening. Dia kata, takkan nak kahwin pun susah sangat? Last-last anak aku batal je. Dengan wanita ni (Janda), senang je. Tak ada songeh apa-apa."

Kebetulan saya menemannya semasa mereka mahu menghantar tanda. Saya tidak hairanlah kenapa anak bujang kawan saya tu minat pada wanita itu. Orangnya memang cantik, lembut dan sangat sopan. Walaupun tua empat tahun dari anak bujang kawan saya tu, dia kelihatan muda, macam 23 tahun sahaja. Memang kena dengan anak bujang kawan saya yang sangat kacak orangnya. Bagi saya, inilah yang dikatakan jodoh di tangan Tuhan. Kita sebagai manusia, terimalah dengan baik dan biarlah hati kita juga terbuka dan jangan kita bersangka buruk pada apa-apa yang bukan menjadi kebiasaan masyarakat. Insya-Allah, ada rahmat dan berkatnya yang sudah diaturkan Tuhan buat mereka.