Sinopsis Wahai Kau Cinta…
‘WAHAI kau cinta… bersalah benarkah aku kerana menolak cinta dia?
Berdosa benarkah aku kerana menepis cintanya? Kenapa, cinta… kau datang dalam
bentuk dia, sedangkan aku tidak bersedia untuk terima dia? Aku memilih orang
lain yang bukan dia. Salahkah aku, cinta?’
Lisa… masih terlalu
muda untuk berdepan dengan segala perasaan hampa. Paranoid sering bertandang di
sanubari, bimbang kalau-kalau dirinya tidak layak untuk bercinta lagi.
Perumpamaan Inggeris, “What goes around comes around,” kerap menghantui jiwanya
kerana Lisa sedar setiap yang berlaku itu pasti bersebab. Walaupun dia
dikatakan cantik, namun Lisa tidak pernah lekang dengan rasa kecewa.
Cinta pertama datang
dan musnah begitu sahaja. Apakah mungkin cinta mahu menghampirinya lagi?
Buat seketika, dia agak selesa dengan Kaysan, salah seorang
anak majikannya. Namun dia juga tahu walaupun Kaysan menyayanginya, ibu lelaki
itu tidak menyukainya. Eshan pula, abang kepada Kaysan menunjukkan sikap
‘monyet’ nya dan merimaskan Lisa.
Mujurlah ada Elina dan Maisarah, kawan-kawan rapat yang tak
pernah menghampakan.
Pun begitu, Lisa tertekan dengan permintaan tayta dan jiddo
yang mahu Lisa berkahwin dengan lelaki yang ada kaitan dengan keturunan datuk
dan neneknya itu. Muncul lah Syed Khalil dan Muel dalam senarai pilihan mereka.
Lisa jadi kalut kerana sebenarnya dia belum bersedia untuk membelitkan dirinya
dengan lelaki lagi. Malangnya, Lisa tidak bebas untuk kata ‘tidak’. Banyak hal
yang sedang merunsingkannya apatah lagi bila dia terpaksa pilih untuk berhenti
kerja.
Yang merumitkan lagi apabila Lisa terpaksa berdepan dengan
kerenah ahli keluarga yang datang dengan pelbagai cerita yang menakutkan.
Betulkah kata-kata mereka ini? Mampukah Lisa untuk bertahan dan merasai bahagia
seperti yang diimpikan?
PS:
Ada promosi khas di E-Sentral untuk novel-novel digital saya. Bagi anda yang mahu mencuba, jom layari
PS:
Ada promosi khas di E-Sentral untuk novel-novel digital saya. Bagi anda yang mahu mencuba, jom layari
