Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Monday, September 24, 2012

Dosa Ariel Peterpan

                        Ariel dari kumpulan Noah

Salam semua

Kembali kita kepada hari Isnin setelah berhujung minggu dan kemungkinan berehat. Alhamdulillah, kita masih di sini dan alhamdulillah saya masih terus menulis.

Di hujung minggu itu, saya sempat membaca surat khabar (kadang-kadang memang tak sempat pun) dan kebetulan saya membaca Utusan Malaysia. Salah seorang penulis Utusan (mempunyai ruang sendiri) bukan main marah lagi kepada peminat di Malaysia kerana memberi sambutan hangat buat bekas banduan Indonesia, iaitu penyanyi terkenal Ariel Peterpan (sekarang bertukar nama kumpulan iaitu NOAH). Kata penulis itu, kenapa orang Malaysia masih menyokong Ariel ketika mengadakan konsert di KL sedangkan Ariel pernah lakukan kesalahan seks luar nikah dan dengan itu telah mencemar nama agama Islam kerana Ariel itu adalah orang Islam. Kalau dia beragama lain atau tak ada agama, tak apalah. Sama macam penyanyi Barat yang datang ke Malaysia untuk buat konsert. Kebanyakan mereka memang pun mempunyai perangai buruk!

Aduhai... saya menarik nafas panjang juga bila membaca artikel itu. Buat satu ketika dahulu, saya pun pernah meminati lagu-lagu Peterpan. Jadi saya fikirlah dengan kata-kata penulis Utusan itu. Betul ke kita tak boleh menyokong Ariel lagi kerana dia telah melakukan dosa besar dan telah mencemar agama Islam? Kebetulan, kesalahan Ariel itu diketahui umum dan kerana itu beliau ditangkap dan dipenjarakan. Kalaulah perbuatan Ariel tidak diketahui umum, macam mana agaknya? (bukan ke ramai yang buat dosa?), kita bolehlah terus menyokongnya? Huh! Aduhai... siapalah kita ni, kan? Takkanlah kita pula nak menjatuhkan hukum kepadanya lagi (ambil alih kerja Tuhan ke?), sebab kita pun tak tahu, kemungkinan Ariel sudah menginsafi perbuatannya, mungkin juga dia sudah meminta ampun dengan Tuhan dan bertaubat dan mungkin juga Tuhan mengampunkan dia. Habis tu, kalau begitu keadaannya, macam mana? Masihkah kita perlu boikot Ariel terus-terusan? Sepatutnya Ariel jangan menyanyi lagi? Atau Ariel sekarang ini patut menyanyi lagu-lagu nasyid sahaja? Atau mungkin kita boleh menerima Ariel sekiranya dia berkata bahawa sekarang ini dia sudah berubah dan akan menjadi seorang 'ustaz' yang akan terus berdakwah?

Wow! Takutnya. Bagi saya, saya tidaklah gemar pun pada konsert atau apa pun, memang saya tak pergi pun. Tapi saya akan mendengar lagu-lagu, kalau ada, tak kisahlah siapa yang menyanyi. Tak kiralah kalau orang itu buat dosa atau tidak kerana saya pun tak mampu untuk menyukat dosa orang. Lagipun, bila cakap pasal buat dosa ni, rasanya macam ramai lagi yang juga buat dosa. Ada tu duk keluar masuk penjara dan juga pusat pemulihan, tapi kita terus menyokong. Begitu juga dengan orang-orang politik, kadang-kadang kita dengar juga tentang perbuatan buruk mereka (termasuk zina dan bunuh), tapi kita terus menyokong juga. Tak ada pulak wartawan suruh kita jangan sokong lagi.

Saya  tidak bersimpati atau menyokong Ariel, tapi rasa hal-hal begini memang susah hendak kita bicarakan. Mungkin tak usahlah kita sukat dosa orang dan terus menghukum lagi, kerana ada kala, orang yang kita benci tu, mungkin dosanya sudah pun diampun Tuhan, tapi dosa kita sendiri kita tak tahu lagi. Takkanlah orang yang pernah buat dosa tu, tak boleh cari makan lagi di dunia ini?

Siapalah kita ni, kan? Bukankah kita juga manusia kerdil yang banyak lakukan dosa. Ada yang orang tahu dan ada yang orang tak tahu, tapi Tuhan tetap tahu.

Wallahua'lam.

PS: Teruslah baca novel percuma ni:
  http://www.e-sentral.com/search/byid/1713