

Saya mendapat beberapa emel daripada pembaca-pembaca tentang drama Kau Laksana Bulan. Ada yang suka, katanya seronok tengok drama tu. Ada juga yang tak berapa puas hati, sebab tak suka pada watak-watak tertentu (pelakon) dan ada pula yang merasakan pelakon kurang menghayati watak-watak seperti dalam novel. Saya tak berani nak kata apa-apa. Yang pasti, pelakon tak bacalah novel KLB tu, jadi mungkin kerana itulah mereka kurang menghayati. Apa-apa pun... tak apalah. Kita pun tak harap sangat drama KLB sama macam novel KLB. Jadi... kalau nak puaskan hati, tengok drama, lepas tu bacalah novelnya pula... hehe
Okeylah... ni nak cerita sikit pasal pasukan Spain atau Sepanyol yang menjadi juara Piala Dunia. Bukanlah saya rasa mereka tu hebat sangat, tetapi saya tertarik dengan kerja pasukan yang kuat yang ada pada pasukan itu. Inilah yang banyak diperkatakan oleh pengkritik-pengkritik sukan. Saya percaya ini ada kebenarannya. Setiap kali Sepanyol masukkan gol, semua pemainnya seronok, termasuk mereka yang berada di dalam simpanan. Kreditnya juga tidak hanya pergi kepada si penendang gol, tapi kepada semua. Semangat pasukan mereka kuat dan kebetulan pula, ketua pasukan ialah si penjaga gol.
Mungkin semangat seperti inilah yang kita harus contohi. Nak buat kerja apa pun, semangat pasukan mesti kuat. Jangan 'aku-aku' sahaja. Bila kita bersifat individualistik, kita payah nak berjaya dengan cemerlang.
Tak kisahlah kita berada di mana. Dalam keluarga ke atau di tempat kerja. Kalau kita fikirkan diri kita sendiri, kita tak akan rasa nikmatnya seperti kalau kita fikirkan orang lain sama. Sebenarnya, nikmatnya lebih hebat kalau kita dapat jayakan semua orang yang terlibat dengan kita. Seronok kalau kita dapat lihat orang lain juga seronok. Bila kumpulan kita berjaya, nikmatnya kita rasa sama-sama.
Jom, kita ikut macam pasukan bola Sepanyol!