Assalam
Dah tentu kita lebih suka hujan kan, walaupun ada juga orang yang suka komplen bila hujan. Tapi takkan kita lagi suka pada cuaca yang berjerebu? Biarlah hujan lebat-lebat asal jerebu tiada.
Hari tu masa kami ke Selatan, memang cuaca di sana teruk sungguh jerebunya. Semalam pun masa kami dalam perjalanan ke Lenggeng, kawasan Nilai dan Mantin nampak juga berjerebu. Kata cik abang saya, di PJ berjerebu agak teruk juga. Tapi alhamdulillah, ketika kami tiba sahaja di Lenggeng, hujan mula turun dan akhirnya sangat lebat. Memang di kebun kami tu sangat sejuk jadinya. Tak payah pakai kipas pun. Malah, kami tak buka tingkap pun, hanya buka pintu sedikit. Lepas solat, cik abang saya tidur dulu. Sedap giler! Hujan masih lebat ketika itu. Kolam penuh, malah jalan yang nak masuk ke kebun pun batu-batunya tertolak.
Hari ini kami akan ke sana lagi sebab esok jiran lama kami nak datang bertandang di Lenggeng. Harap-harap esok tak hujanlah sebab pagi ini pun hujan lebat di kebun kami. Biar hujan asal jangan jerebu kot.
Inilah rutin harian saya. Di rumah Nilai atau ke rumah Lenggeng. Saya tak komplen. Setiap kali ke Lenggeng, saya rasa lega kerana terasa nyaman dan tenang.
Semoga Allah swt terus hadiahkan nikmat tenang dan nyaman ini, semoga Allah berikan kesihatan yang baik, rezeki yang mencukupi dan iman yang kukuh, aamiin.

