Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Wednesday, November 23, 2016

Elak Ribut Taufan!

Assalam semua.

Dalam hidup ni, kadang-kadang kita jadi teruja konon-konon nak cari perubahan. Mungkin kerana kita fedup dengan apa yang kita lalui, atau mungkin saja-saja kita nak cuba sesuatu yang baru, atau mungkin juga kita terikut-ikut dengan orang lain, nak trendy sangat! Macam tak kena kalau tak mencari perubahan atau buat apa yang orang lain suka atau suruh buat!

Masalahnya, bila kita dah buat dan ikut trend yang ada tu... rupa-rupanya kita akan jadi menyesal! Barulah kita sedar yang kita dah buat silap. Apa yang kita ada itu jauh lagi baik daripada apa yang kita cuba ubah. Yang baru tak semestinya hebat! Cuma kadang-kadang kita terlampau ralit hinggakan apa yang hebat pada apa yang kita ada itu, kita tak nampak atau buat-buat tak nampak. Subhanallah.

Bagi sayalah... apa sekalipun yang kita nak ubah tu, eloklah kita fikir panjang-panjang. Jangan buat keputusan mengikut emosi sebab takut akhirnya nanti kita yang rugi.

Ini termasuk juga hal-hal politik dan macam-macam dalam hidup kita ni.

Jangan cepat ikut cakap orang, yang terbaik biarlah kita guna akal fikiran, jangan sampai apa yang kita kendong itu keciciran kerana sifat tamak haloba yang ada pada diri! Astaghfirullah.

Buat apa sekalipun dalam dunia ini, kita dulukanlah agama. Biar kita buat kerana Allah, termasuklah bersabar dengan segala kelemahan dan kerenah, jangan sampai akhirnya nanti kita terperangkap. Kalau mampu keluar tak apa lagi. Takut terus terjerumus dalam lubang kegelapan hinggakan tak mampu untuk bernafas lagi.

Lihatlah di sekeliling kita, lihatlah dunia di mana kejahatan menjadi fokus, maka negara-negara berkenaan akan menjadi negara yang zalim pada rakyat sendiri. Bukan sekadar zalim sikit-sikit, tetapi zalim sezalimnya. Apabila kita bersekongkol dengan sesuatu yang tidak percaya pada Islam, semestinya segalanya nanti tidak akan ada dalam semangat Islamnya. Sekalipun mungkin ada khilaf dan kesalahan, masih lagi kita mampu untuk perbetulkan, jauh lagi baik daripada berubah angin memanggil ribut taufan melanda hidup kita ini. Bila sudah dipukul angin kencang semestinya tak mampu kita untuk bertahan!

Fikirlah masak-masak dah hilangkan semangat yang dibelit dek emosi yang akan menjadi jerat kepada masa depan kita dan anak cucu kita nanti.

Lihatlah pada Andalusia. Bila jatuh kerajaan Islam Sepanyol ke tangan kafir, maka hancurlah rakyat Islam Andalusia ketika itu. Nauzubillah min zalik.

Semoga kita kuatkan iman dan mencari jalan serta alternatif yang terbaik, agar kita dapat teruskan perjuangan sebagai Muslim tegar. Aamiin ya Rabbal alamin.