Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Thursday, August 25, 2016

Seronok Bila Berjumpa Member Lama

Assalam

Tak puas menulis kot. Apa-apa pun, sajalah nak bercerita. Baru-baru ini, saya dah rakan-rakan universiti buat gathering. Alhamdulillah. Memang seronok giler dapat jumpa kawan-kawan lama. Bayangkanlah... hampir 80% kawan-kawan universiti saya merupakan Dato' atau Datuk, malah ada dua orang Tan Sri selain daripada Dato' Sri. Pelbagai jawatan yang disandang, rata-rata semuanya berpangkat tinggi dan teratas di dalam jabatan-jabatan kerajaan dan politik. Alhamdulillah, semuanya berjaya. Tapi yang seronoknya, gathering itu kami buat di kebun saya. Walaupun jauh ke dalam, tapi cukup happening! Ni katanya ada ura-ura nak buat gathering lagi sebab ramai lagi yang tak kami jemput masa gathering hari tu!

Insyaa-Allah, ada umur dan kesihatan, kami akan berjumpa lagi. Masing-masing dah jadi macam budak-budak belaka. Tak habis-habis melawak dalam group whatsapp.

Dalam pada itu, ada juga kawan-kawan yang sudah tiada lagi. Al Fatihah untuk yang sudah pergi bertemu dengan Pencipta kita. Semoga roh mereka aman damai. Aamiin.

Jumpa Lagi!

Assalam

Memang lama sungguh saya tak update blog ini. Mula-mula tu memang rasa nak tutup terus, tapi semangat nak menulis masa ada lagi, cuma fokusnya kali ini sangat berbeza.

Sudah banyak yang berubah dalam hidup ini. Saya sudah berada di alam percintaan baru, cinta yang lebih kukuh dan semula jadi. Dengan izin Allah, segala-galanya mampu berubah. Orang putih kata, 'I found a new love'. Sungguh ni... hidup lebih bahagia, lebih tenang dan terasa muda walaupun kini usia sudah meningkat. Yang penting, 'nature' membuatkan 'kami' seronok dengan aktiviti baru.

Semoga Allah swt permudahkan segala usaha.

Mulai sekarang, kisah-kisah yang akan saya paparkan mungkin berbeza dengan cerita dulu-dulu. Maklumlah semuanya dah berubah.

Saya juga bukakan blog ini untuk anda masuk ke mari.

Insyaa-Allah, agar hati ini terus aman damai dengan cinta baru yang wujud dalam hidup. aamiin.