Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Thursday, April 12, 2012

Bila Gempa Datang Lagi



Salam

Mungkin kita di sini tak pernah rasa macam mana 'gempa bumi', tapi banyak negara yang mengalaminya, termasuk jiran-jiran kita. Tapi sekarang ini, kita tak boleh pandang ringan lagi, mungkin gempa bumi di tempat orang, tapi tak mustahil kita ditimpa bencana tsunami pula. Jadi... bila saja kita mendengar tentang gempa bumi di mana-mana, kita juga perlu berjaga-jaga dan tak boleh leka.

Inilah kuasa Tuhan, apa-apa sahaja boleh menimpa kita walaupun dulu-dulu orang di negara ini tak ambil kisah pun tentang hal gempa bumi hinggalah ombak tsunami turut melanda kita.

Sebenarnya inilah realiti kehidupan. Kita tak boleh ambil ringan tentang hal-hal sekeliling kita walaupun sebelum ini kita tak pernah mengalaminya sendiri. Sebagai manusia, ada ketika, perkara yang kita tak sangka-sangka, itulah yang datang pada kita. Semua ini adalah kehendak Ilahi. Dulu, mungkin kita sekadar dengar cerita, tapi tiba-tiba dia datang pada kita. Itulah dugaan.

Wassalam.