Sekadar Hiasan
Salam sayang semua
Bila saya komen tentang TV3, ramai yang datang ke blog saya, nak tahu apa cerita. Saya bukannya nak kutuk siapa-siapa, sekadar menegur sahaja, kerana sebagai penonton, itulah yang saya nampak dan kebetulan saya juga merupakan penonton yang cerewet! Huhu... bukan saja-saja nak komen kosong. Lagi satu tentang stesen TV ini juga, ada programnya agak menarik, misalnya WHI atau Wanita Hari Ini, tapi saya rimas betul dengan slot-slot komersial yang turut disiarkan. Sudahlah banyak sangat iklan, tak cukup itu ditambah pula dengan slot komersial yang sungguh membosankan!. Biasanya saya tengok WHI pada part mula-mula sahaja, tentang isu menarik yang dibincangkan, lepas itu saya akan berubah stesen atau kalau tak ada apa-apa, saya akan tutup aje TV tu. Saya kisahkan di sini sebagai penonton, kerana bagi saya slot komersial yang disiarkan itu tak menarik minat saya dan mungkin juga orang lain, sebab slot-slot itu terlalu 'artificial'. Harap-harap adalah orang TV3 yang masuk ke blog ini.
Okeylah, saya nak berubah topik pula, tapi masih tentang perempuan. Kali ini saya nak bercerita tentang perasaan perempuan. Semua orang tahu hati perempuan lembut. Kalau keras pun biasanya macam kerak nasi, bila dituangkan air di atasnya, akan berubah jadi lembut juga. Dalam pada itu, sebagai orang perempuan, pastikan cinta anda yang terunggul dan teratas ialah Tuhan Maha Esa, kerana dalam kehidupan kita ini, sebaik-baiknya jangan berikan seratus peratus atau seratus dua puluh peratus cinta anda kepada lelaki, termasuk suami sendiri.
Bukannya kerana apa, tetapi semua lelaki adalah manusia biasa, begitu juga wanita. Pada mula-mula bila kita mengenalinya, mungkin hatinya baik (setidak-tidaknya itulah yang mahu dipaparkan), tetapi kemudiannya, ramai yang berubah hati. Kalau tak banyak pun, sedikit pasti ada. Kalau anda (perempuan) curahkan segala kasih-sayang padanya, takut anda akan makan hati di kemudian hari. Sebab itulah saya kata, biar kita tidak serahkan semua rasa kasih dan sayang kepadanya, biar banyak kasih dan sayang kita tinggalkan untuk diri kita. Jika terjadi apa-apa yang tidak diingini (seperti dia berubah hati), anda masih mampu untuk teruskan kehidupan di dunia ini. Anda pasti mampu untuk berdiri tegak kerana ada Tuhan yang menyayangi anda.
Percayalah... saya dah banyak lihat keadaan seperti apa yang saya ceritakan ini. Ada yang tahu agama, ada yang kurang pengetahuannya, tetapi bila manusia berubah hati, mereka yang tahu agama juga akan lari daripada tanggungjawab. Apa tah lagi mereka yang tak ambil peduli. Wallahua'lam.
Apa-apa pun, biar saya nyatakan di sini seperti kata mat salih, 'Everything that happens happens for a reason.' Semua yang beralku ini, ada sebabnya. Hanya Allah SWT yang tahu.
Wassalam.