Assalam
Semoga anda berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Adoii... macam tulis surat kot. Orang dulu-dulu kalau hantar surat memang itulah yang dikatakan dahulu. Semoga sihat walafiat. Betapa pentingnya kita untuk berada dalam keadaan yang sihat.
Kalau kita berjaya dan sukses dalam kerjaya atau bisnes, tetapi kalah dengan kesihatan, mungkin kita tak happy juga. Kalau harta kita ada segunung pun tapi badan asyik tak sihat aje, mungkin kita tak seronok juga. Selagi ada umur, itulah yang kita minta daripada Allah swt, agar kita sihat badan. Sekalipun mungkin Allah berikan kita ujian dalam kesihatan, kita jangan lupa untuk terus berdoa, kerana setiap kesakitan itu ada penawarnya. Masya-Allah.
Saya ingat lagi kata-kata ayah saudara saya yang kini sudah pun berusia 92 tahun dan berada di Bandung. Katanya, "Tak apa kalau kita kalah dalam buat bisnes atau kerjaya kita, asalkan kita ada kesihatan yang bagus. Kerana kalau kita sihat, macam-macam yang mampu kita usahakan. namun kalau kita sedang sakit, duit segunung pun tak dapat nak menolong." Jadi... sangat penting kita jaga kesihatan. Memang betul ajal maut kita di tangan Tuhan, namun Allah berikan kita usaha, berikan akal, untuk kita fikirkan jalan terbaik bagi menjaga kesihatan. Semestinya semua sudah tertulis di Luh Mahfuz, namun sebagai insan hamba Allah, banyak benda yang boleh kita usahakan, insyaa-Allah. Pastikan kita jaga makan. Boleh makan semua, tapi carilah makanan yang baik untuk kita. Jangan lupa untuk exercise. Kalau tak exercise, lagi mudah kena penyakit apatah lagi kalau kerja kita hanya duduk di atas kerusi dari pagi sampai malam. Begitu juga dengan minda, biar rajin membaca agar minda kita sihat dan tak cepat kena penyakit nyanyuk. Kalau tak jaga memang mudah jadi pelupa. Belum lima puluh tak mustahil jadi manusia pelupa. Memang elok kalau kita rajin baca kitab suci al-Quran. Bertambah elok kalau kita rajin berzikir dan amal membaca ayat-ayat al-Quran.
Pasti kita semua akan mati jua, namun selagi ada umur yang Allah berikan, biarlah kita hidup sihat, insyaa-Allah.
Apa-apa pun, jangan hidup dengan penuh tekanan dan stress. Kalau dalam keadaan begitu, kita mudah kena strok dan siapa-siapa pun mampu kena strok kalau tidak mengurus kesihatan dengan baik.
Semoga Allah berikan kekuatan fizikal dan batin buat kita menghadapi masa depan. Semoga kita elakkan diri daripada melakukan kesesatan dan maksiat, jadilah manusia yang ikhlas sayangkan Tuhan. Kalau buat salah, carilah jalan untuk minta maaf. Jangan biarkan diri terbeban hingga ke liang lahat. Aamiin.
Wassalam.
Antara ubat untuk mencari ketenangan