Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Monday, October 13, 2014

Setulus Janji di Manchester

Assalam

Apa yang saya lihat setakat ini, pelakon-pelakon dan krew drama Setulus Janji sedang berbahagia di Manchester. Iyalah... bukan selalu dapat ke sana, kan? Selalu dengar tentang Manchester United lah, Manchester City lah... tiba-tiba dapat melihat stadium-stadium tu dengan mata kepala sendiri. Mestilah rasa seronok.

Bila saya tunjuk gambar-gambar tu pada suami saya, terus dia kata, "Hah rindunya nak pergi ke UK... jom... jom!"

Saya tergelak sahaja sebab memanglah rasa macam tu. Manchester tu macam kampung kami. Dua orang anak kami dilahirkan di sana. Yang sulung dan yang bongsu. Kami pun selalu ke sana, cuma sejak kebelakangan ini dah lama tak ke sana. In syaa Allah kalau masa mengizinkan, kami akan cuba pergi... mungkin tidaklah secepat mungkin kerana banyak perancangan lain.

Okeylah... hari ini hari Isnin, semoga anda sekelian bersemangat tinggi untuk mulakan minggu ini.

Wassalam.


Betapa romantiknya bila Rizuan (Fahrin Ahmad) berjalan-jalan dengan Imanina (Elfira Loy) di Manchester untuk drama Setulus Janji. Rizuan sedang cuba untuk ambil hati Imanina... semoga berjaya.