Assalam
Hari ini memang cuti pun untuk membolehkan kaum India menyambut perayaan mereka. Buat mereka yang beragama Hindu, saya ucapakan Happy Deepavali.
Kami, iaitu suami dan saya, sibuk dengan taman di rumah kami. Banyak yang kena kami lakukan dan alhamdulillah, dapatlah kami uruskan pada hari cuti ini. Selepas itu, kami ke Lenggeng untuk urusan tanah kami di situ. Sebelum kami ke Lenggeng, kami singgah sebentar di Restoran Aunty Aini di Nilai untuk makan tengah hari. Restoran ini sangat terkenal dengan makanan Melayunya yang enak, begitu juga makanan Baratnya dan restoran yang dikelilingi taman dan sangat cosy ini, kerap terpampar di stesen televisyen Pelancongan dan Barat kerana populariti makanannya. Kebetulan hari ini saya bertembung dengan tuan punya restoran dan kami berbual-bual. Rupa-rupanya Aunty Aini sangat rapat dengan seseorang yang saya juga kenali. Alhamdulillah.
Setelah selesai urusan kami di Lenggeng, kami pun meronda-ronda dan selepas itu hujan turun dengan lebat. Kami pun pulang ke rumah dan minum teh tarik serta makan jemput-jemput pisang. Memang sedap terutama bila cuaca dingin.
Malam ni pula, kami bercadang untuk ke Restoran Arab pula untuk makan malam. Kami akan makan bersama anak-anak dan cucu-cucu.
Okeylah... orang lain beraya sakan, kami pun beraya samalah...
Wassalam
