Nature

Nature
Cinta baru dalam hidupku

Followers

Monday, January 12, 2015

Tak Pukul Canang!

Assalam

Saya memang bukan jenis pukul canang. Kalau tak bersebab, saya tak ceritalah kalau saya giat menghulur sana atau sini. Bagi saya... biar orang lain tak tahu tak apa. Lagipun bukan saya lakukan untuk menayang... saya buat kerana Allah. Biar Allah yang tahu, dah cukup. Full stop!

Macam yang saya tulis sebelum ini, saya sedang banyak urusan. Malah, hari ini pun sama saja. Pagi-pagi saya dah keluar rumah, macam orang lain yang sibuk nak ke ofis. Sebenarnya saya memang tak suka keluar ke KL masa orang sibuk nak pergi kerja, tapi nak buat macam mana... terpaksa sibukkan diri kerana tugasan. Mujurlah ada driver yang bawa saya tadi... hehe.

Lepas meeting, cik abang jemput saya. Memang saya tak ikut dia pagi tadi sebab pagi Isnin dia juga ada meeting di tempat kerjanya. Tetapi selepas mesyuaratnya, kami keluar untuk urusan yang tak habis lagi. Lepas tu balik semula ke ofisnya. Selepas itu kami ke IKEA pula, ada barang-barang yang saya perlu beli. Dua hari berturut-turut kami ke sana.

Okeylah... tak ada kaitan dengan cerita di atas ni, tapi... sekarang ini macam-macam cerita yang kita dengar sedang berlaku di dunia ini. Rata-rata memang banyak orang tak suka atau bersyak wasangka pada orang Islam. Konon-konon orang Islam jenis 'terrorists'. Kita di Malaysia ni macam mana pula? Sibuk berkelahi juga ke? Di seluruh dunia, Islam sesama Islam berperang dan berbunuh. Memang sedih. Macam-macam teori dan macam-macam kata-kata. Tapi, orang Islam juga perlu disalahkan kerana orang Islam tidak mahu bersatu dan orang Islam sanggup menuduh orang Islam lain macam-macam yang bersifat kafir sedangkan kita tak ambil kisah pun bila ada orang kafir yang memijak kepala kita!

Jom renung-renungkan hal ini. Jangan biarkan kita turut sesat sama dan jangan biar diri tersalah amal dan tersilap iman. Pastikan iman kita betul. Subhanallah.


Wassalam.