Alkisah sebuah misteri
yang cuba kufahami
sekalipun sudah berkali-kali
aku menyinggah di Pulau Langkawi
Mahsuri mengusik diri
cuba aku mengerti
menyingkap teka-teki
sebuah kisah yang ngeri
namun tetap tak dapat kucari
legenda puteri Langkawi
sumpah yang terperi
pulau dijerat sepi
bertahun-tahun tak mahu pergi
Kini ku datang lagi
terpandang makam Mahsuri
masih terasa hati yang sunyi
mengapa jadi begini?
apakah rohnya tak tidur lagi?
masih dia tercari-cari
atau sekadar mainan di hati
pada sumpah yang baru nanti
akan terjadi
pada bangsaku lagi
yang tak pernah reti-reti
apabila Tuhan Memarahi
amanah yang sudah dikhianati
khilaf yang terus diulangi
seolah-olah tiada yang peduli
mungkin sumpah akan datang lagi
bukan pula Mahsuri kali ini
tanyalah pada diri!